Thursday, December 6, 2012

PEMBUKA TIRAI ALUMNI SESI 2012/2013


Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt kepada seluruh ALUMNI SMASID  yang di rahmati oleh ALLAH ..

Alhamdulillah. Segala puji dan syukur kita panjatkan kehadrat Allah, selawat serta salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W ,seluruh keluarga baginda, para tabi’en, sekalian ulamak as-solihin dan para pejuang, dan mata rantai-mata rantai perjuangan ini.

Pertamanya,kami dahulukan setinggi-tinggi ucapan Tahniah kepada seluruh saff kepimpinan ALUMNI sesi 2010/2012 di bawah pimpinan  Yb Hafizul Faris bin Che Razlan dan Ustazah Khairiyah Binti Sulong atas usaha dan komitmen mereka dalam membawa dan merencanakan ALUMNI sehingga berada pada hari ini. Semoga segala usaha dan amanah yang telah dilaksanakan oleh mereka mendapat nilaian sebaiknya di sisi Allah SWT.

Sebelum kami meneruskan kalam ini, suka untuk kami mengajak seluruh sahabat ALUMNI untuk  sama-sama bermuhasabah. Kami masih teringat kata-kata dari arwah Ustazah Rokiah : Jangan di Tanya apa sumbangan sekolah  kepada kamu,tapi tanyalah  apa sumbangan kamu kepada sekolah.Dengan kata-kata ini,ia memberi satu suntikan yang besar buat sahabat ALUMNI.Jadi  selaku insan yang acap kali mengaku diri sebagai tenaga kepada pelapis Islam ,ayuh sama-sama kita bersatu demi melihat natijah yang kita semua impikan tercapai dan semoga semangat perjuangan  kita ini tidak akan pernah tergelincir daripada landasan perjuangan yang asal iaitu Islam.Insya ALLAH

Atas dasar inilah, Allah SWT telah mempertemukan kita melalui wadah PERSATUAN ALUMNI SMASID demi mewujudkan satu kesinambungan perjuangan mendidik adik-adik SMASID yang memerlukan pengalaman dari ALUMNI untuk mencapai satu cita-cita yang murni dan merapatkan lagi ukhwwah dikalangan ALUMNI SMASID.

Kepimpinan baru bukanlah bermaksud yang terbaik dalam kalangan kita, bukanlah yang paling hebat dalam kalangan kita, namun merekalah yang bertindak sebagai barisan utama yang akan menjayakan misi dan visi persatuan ini sedaya upaya mungkin dan meletakkan “nasrullah” itu sebagai senjata utuh dalam perjuangan ini.

Oleh itu, meminjam kata-kata hikmat seorang tokoh Islam yang ulung dalam memimpin, Khulafa’ Ar-Rasyidin yang pertama, Saidina Abu Bakar As-siddiq:

“ Wahai semua yang hadir, saya dilantik menjadi pemimpin kamu,pada hal saya bukannya orang yang terbaik dalam kalangan kamu. Sekiranya saya seorang yang berlaku baik,bantulah saya, sekiranya saya berlaku buruk, perbetulkan saya. Benar itu amanah dan bohong itu khianat. Orang yang lemah di sisi kamu menjadi kuat di sisiku sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat pula menjadi lemah di sisiku sehingga aku bertindak dengan cara yang benar (adil). InsyaAllah, tiada seorang meninggalkan kewajipan berjihad (menegakkan Islam) maka sesungguhnya tidak ada kaum yang meninggalkan kewajipan jihad itu melainkan Allah menghukum mereka menjadi hina. Taatilah aku selagi aku mentaati Allah dan RasulNya,jika aku menderhakai Allah dan RasulNya,maka kamu tidak wajib mentaatiku..”

Justeru, bagi menjayakan VISI besar ALUMNI pada sesi kali ini ialah

Memupuk ukhwwah islamiah dengan menjadikan ALUMNI sebagai satu wadah perantaraan untuk menyumbangkan kepada diri,sekolah dan masyarakat bertunjangkan ALQURAN dan ASSUNNAH.

Jadi,kami ingin merumuskannya kepada LIMA misi utama iaitu:

1) Membina fikrah Islamiyyah serta melahirkan insan ta’dib sebagai hamba Allah, anak dan pelajar berasaskan al-Quran dan as-Sunnah.
2) Mengumpul maklumat alumni-alumni SMASID secara sistematik.
3) Memperkukuh kebajikan berkaitan Alumni SMASID.
4) Memperluas maklumat berkaitan Alumni dalam meningkatkan kemahiran IT dan teknologi maklumat di kalangan pelajar SMASID.
5)Membentuk modal insan yang berintelek dalam meningkatkan pengurusan jana ALUMNI.

ANTARA PERANCANGAN ALUMNI SESI 2012/2013 IALAH:

1) Pembukaan Akaun Persatuan Alumnai Smasid
2)Jaulah ke rumah sahabat-sahibah Alumnai Smasid
3)Menziarahi Guru-guru Smasid
4)Pertemuan Alumnai Smasid Dengan Adik-adik
5)BBQ “Tautan Ukhuwwah” (Dah Dijalankan)
6)Promosi Untuk Tshirt Muslimin & Tshirt Muslimah Dengan Design Terbaru & kini tempahan dibuka sehingga bulan Januari 2013
7)Bengkel Multimedia
8) Pertandingan Mereka Cipta Design Baju Menggunakan Logo Alumnai Smasid(Dah Dijalankan)
9)Kem Untuk Adik-adik dengan kerjasama Sekolah
 10)Family Day bersama Alumnai Smasid
11)In Shaa Allah kami juga akan menjual beberapa jenis produk untuk menjana lagi ekonomi Persatuan Alumnai Smasid seperti:
-Air Zam-zam
-Button / Badge
-Kismis Doa
12)Dalam proses pengumpulan data -data Alumnai


"Semoga Allah Permudahkan":)
Mohon Doa Dari Semua Alumnai Smasid ^__^

SALAM UKHWWAH FILLAH ,

SAFF PIMPINAN ,
PERSATUAN ALUMNI SMASID ,
SESI 2012/2013.



No comments:

Post a Comment