Saturday, December 29, 2012

Keberkatan ilmu Mengejar kuantiti “A” atau kualiti “A”??


Nabi s.a.w. bersabda; “Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.” – Sahih Muslim

Ramai yang lupa untuk berbicara tentang keberkatan ilmu.
Tuntutan menuntut ilmu sangat jelas Allah rakamkan dalam surah Al-Alaq.Cantik susunan ayat yang Allah mulakan dengan lafaZ amar (wajib) iaitu" اقرأ" dalam ayat pertama اقرأ باسم ربك الذى خلق dan diakhiri dengan ayat 19 كلا لا تطعه واسجد واقترب. Lafaz “ واسجد واقترب ” sangat membawa kesan dan makna yang besar dalam proses menuntut ilmu..

Ini bererti, tuntutlah ilmu sebanyaknya, tidak kira ilmu dunia atau akhirat, tapi pastikan akhirnya ilmu itu akan bawa kita sujud dan berdamping pada Allah..sebab itu dimulakan dengan “Bacalah” dan akhirnya “Sujudlah dan Berdampinglah “ pada Allah.pemula dan pelengkap ayat yang sangat hebat.masyaAllah

Jika sesuatu ilmu itu mampu membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah maka ilmu itu adalah berkat insyaallah.tapi sekiranya ilmu yang banyak dalam dada kita tetapi kita semakin jauh dari Allah. Takut-takut ilmu itu tidak diberkati Allah, malah menjadi fitnah yang memudharatkan diri dan ummah.
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran serta menuntut ilmu.
Buat pemburu dunia dan pencinta ilmu, jangan pula kita memberi alasan, sahabat nabi tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.
Simbolik dalam menuntut ilmu.
Ramai yang terlalu memandang pada bilangan  “A” yang di capai untuk mengukur sesuatu kejayaan tapi hakikatnya Bukan kuantiti “A” yang kita cari dalam sesuatu imtihan, tapi KUALITI “A” yang anda dapat darinya.Tak bererti yang banyak itu cemerlang dan yang sikit itu bodoh.belajar lah menjadi orang yang faham bukan orang yang cemerlang.kerana ”semua yang faham adalah orang yang cemerlang,tapi bukan semua yang cemerlang itu orang yang faham “
Bila mana kita meletakkan bilangan menjadi kayu ukur. Kita akan lupa untuk meneliti soal keberkatan.
Jadi tidak mustahil, suatu ketika nanti semua universiti akan melahirkan ramai graduan-graduan tetapi tidak berkualiti..mereka menjadi seperti buih di lautan biru berkaca tapi akan pecah begitu sahaja ditiup angin bayu. Kerana ape? Kerana keberkatan ilmu yang sebenarnya akan membuahkan akhlak yang mulia, contoh teladan yang baik.maka tidak mustahil tanpa keberkatan ilmu ramai penuntut ilmu akan jadi seperti boneka yang tiada jati diri, yang masih dibelenggu dengan krisi identiti muslim yang sejati .
Akhirnya, sama-sama kita mengejar kefahaman ilmu untuk mendapat keberkatan dan manfaat darinya.mohon lah kefahaman dari yang MAHA FAHAM.moga-moga dengan ilmu yang berkatan menjadi sebab yang kukuh untuk Allah masukkan kita ke jannah yang indah.insyaallah.

Add caption

No comments:

Post a Comment