Tuesday, March 25, 2014

Assalamualaikum w.b.t buat adik-adik yang baru sahaja mendapat keputusan SPM, STPM dan STAM.
Mari kami abang2 dan kakak2 bantu kamu semua buat pilihan tempat belajar.
Depan kamu ada beberapa jalan yang boleh kamu pilih yang akan mengubah serta mencorakkan masa depan kamu untuk selamanya.

1) IPTA/IPTS: kalau nak masuk mana-mana universiti, kena isi borang UPU. Pergi ke website MOHE. Universiti lebih ana galakkan memandangkan keadaan disana yang amat terbuka dgn ilmu, suasana yang baik dan penuh dgn idea pemikiran. Ia menyebabkan kamu menjadi insan yg memahami pelbagai perkara.

Pilihlah universiti diluar negeri, ia akan memberikan kamu pengalaman baru. Tarbiyah disana lebih kreatif dan terbuka. Yg penting, universiti adalah medan ilmu dan praktikal yang terbaik bagi mencapai masa depan yg lebih gemilang memandangkan tarafnya yg bergelar menara gading.

2) Matrikulasi: Bezakan antara matrikulasi kementerian dan matrikulasi dibawah universiti. Kedua-dua matrikulasi, kamu akan mengambil masa selama setahun ke 2 tahun bagi sijil Matrikulasi/asasi yang sama level dgn Diploma.

Bezanya adalah matrik kementerian, kalau x capai pointer yg diperlukan, kita akan 'dilelong' dan diletakkan di mana2 IPTA dan kos yg ditetapkan kementerian. Kalau matrik bawah universiti atau pusat asasi, selagi x dapat pointer yg diperlukan utk masuk ke Ijazah, selagi itu x boleh masuk universiti itu. melainkn masuk Ijazah ke universiti lain.

3) Giat MARA atau Politeknik: Kalau minat dengan perkara teknikal, mekanik, khobek kete atau moto, minat dari sudut jahitan, usahawan, business, dan apa-apa perkara yg tak dop sangkut paut dgn teori pemikiran, Saya cadangkan kamu ambil bidang ini.

Bezanya kalau kos seperti teknikal ini diambil di universiti adalah disana kos tersebut lebih kepada teori dengan kiraan-kiraan matematik, fizik dan kimia.
Mungkin levelnya nampak rendah, tapi sebenarnya ia memberi kamu pengkhususan dlm bidang yg kamu minat tu dan menyediakan kamu kearah bidang itu.

4) Kolej: Beza kolej dan universiti adalah kolej baru ditubuhkan dan belum berjaya mendapat pengiktirafan kementerian bagi mendapat title universiti. Tp sebenarnya kos dan taraf sijilnya adalah sama dengan apa yang diambil di universiti.

Cuma kadang-kadang pasaran kurang berminat terhadap graduasi kolej kerana tidak ada pengiktirafan. Tapi realiti kini, orang melihat keupayaan kita berbanding sijil.

5) STPM (buat yang baru habis SPM): Ini pada saya adalah pilihan terakhir. Kerana ia mudah untuk masuk. Tapi kena faham bahawa sistem baru berkonsepkan PBS kini menyebabkan pelajar tertekan. Tarafnya sama dengan diploma, cuma suasananya sama seperti di sekolah. Kebiasaannya pelajar STPM akan jadi lebih matang dan semangatnya amat jitu bagi menebus kembali keputusan SPM mereka dahulu.

Kalau nak buat STPM, pilih sekolah yang memang hebat dan graduasinya cepat dapat universiti seperti Sheikh Malik dan KISAS. STPM dibawah sekolah Kementerian lebih mendapat tempat berbanding sekolah agama di baah kerajaan negeri.
(Mtk maaf yg ambil STPM sekolah2 kerajaan negeri)

6) STAM: Kalau berminat ke bidang agama dan ke negara Timur Tengah, sijil STAM diperlukan. STAM boleh juga boleh diguna sebagai sijil ganti SPM kalau berminat masuk ke universiti-universiti tempatan yang menyediakan kos agama seperti UIA, UM, UNISZA, dan USIM. Tetapi kamu kena compete (berlawan) dengan lepasan matrikulasi universiti itu dan pelajar diploma drp universiti lain.

Yang pasti, kamu kena minat menghafaz dan minat bahasa arab.
PILIHAN SUDAH DIDEPAN KAMU SEMUA ADIK-ADIK.. PILIHLAH.
ISTIKHARAHLAH TANYA ALLAH AGAR DIBERI KEYAKINAN HATI.
JANGAN IKUT KAWAN, SEBAB KITA ADA CITA-CITA SENDIRI, KITA HARAPAN AGAMA, KELUARGA, DAN UMMAH.
JUMPA ADIK-ADIK SEMUA DI MENARA KEJAYAAN.
(ALUMNI SMASID)

Saturday, March 8, 2014


Promisi Terkini!!! ^^

Tempahan Tshirt Persatuan Alumnai Smasid tercinta kini dibuka pada 18 Feb-31 Mac

Berminat untuk tempahan boleh direct contact pada no yang tertera Di bawah .(Lajnah Ekonomi 13/14) Syukran.