Sunday, December 16, 2012

KRONOLOGI PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMASID


11.   Semua tuan puan sedia maklum tentang penubuhan sekolah kita Sek. Men. Agama Sultan Ismail Dungun yg ditubuhkan sejak tahun 1958.

22.  Rentetan daripada itu, maka lahirlah beribu-ribu alumni SMASID yang telah membanjiri masyarakat dalam pelbagai bidang baik pekerja biasa sehinggalah bidang professional.   Tidak kurang juga yang mendapat pengiktirafan kerajaan seperti Tan Sri Ismail bin Mat. Mendapat pengiktirafan Media seperti ustaz Muhd Hafaz bin Hj Ali dan ramai lagi.

33.  Bermula daripada itulah Persatuan Alumni SMASID mengorak langkah bertatih dan sehingga kini terus komited menjadi medan untuk mengumpul serta merapatkan silaturahim sesama ahli dan sebaris dengan pihak sekolah menabur bakti kepada warga SMASID.

44.   Sejarah penubuhan alumni dikesan bermula semenjak tahun 60-an lagi. Namun penubuhannya tidak bertahan lama kerana ianya ditubuhkan mengikut batch. Maka batch selepas itu tidak ada pengganti bagi meneruskannya dan masing-masing sibuk dengan komitmen masing-masing seperti keuarga dan kerjaya.

55.  Terdapat juga penubuhannya mengikut kumpulan batch seperti alumni tahun 80-an yang menumpukan kepada batch 1982-1987.

66.  Pada tahun 2002, beberapa kumpulan alumni batch 2002 yang kesemuanya adalah lepasan  batch tingkatan 6 tahun 2001 telah menubuhkan Persatuan alumni yang bukan menumpukan batch. Penubuhannya adalah secara berterusan dan tidak mengira batch.

77. Alumni batch mereka telah mampu melahirkan pelbagai pelapis sehingga batch saudara Kamalul Zaman b Luqman. Namun terhenti pada tahun 2005 atas sebab-sebab tertentu dan sehingga itu alumni hanya menumpukan kepada aktiviti-aktiviti utk pelajar sekolah dan program tahunan alumni seperti Jamuan Aidilfitri dan program bersama dalam kuantiti batch yang kecil dan terhad.

88.  Pada awal tahun 2008, atas inisiatif beberapa alumni batch 2004 dan 2006, membuat perbincangan bersama saudara Abd Hadi(Setiausaha Alumni ketika itu) telah bersetuju untuk mendaftarkan alumni dibawah sekolah.  Sebelum itu, alumni membuat program untuk sekolah adalah melalui kelab atau persatuan sekolah seperti Persatuan Bahasa Arab (PAIBA) dibawah arwah Ustazah Rokiah.

99.  Akhirnya pada September 2008, Perlembagaan Persatuan Alumni SMASID telah disahkan dibawah sekolah melalui pengesahan Pemangku Pengetua, Cikgu Hajah Norbiatun. Secara automatiknya, Alumni adalah sah dibawah SMASID.

110. Pada akhir tahun 2008 iaitu dalam pertemuan AidilFitri, Saudara Abd Hadi telah membubarkan organisasi  alumni batch mereka dan menyerahkan segala urusan alumni kepada batch kami.

111. Bertatih dan merangkak  tanpa pengalaman yang luas, kami cuba membangunkan Persatuan Alumni  SMASID. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan sokongan semua pihak terutama exco-exco alumni, kita kini telah diiktiraf penubuhannya oleh PIBG. Alumni telah menjadi sebahagian drp Organisasi besar sekolah dimana persatuan kita diletakkan dibawah Persatuan PIBG pada tahun 2011.

112.  Alhamdulillah, Alumni sesi ini tidak lagi menumpukan kepada sesama batch atau kumpulan batch, tetapi ia adalah Persatuan milik semua. Selagi mana dia bergelar alumni SMASID iaitu seseorang yang pernah mendaftar masuk belajar di SMASID walaupun sehari dan keluar darinya sama ada kerana tamat belajar, tukar sekolah atau kena buang atas apa sahaja sebabnya.

113.  Alumni ini bukan milik seseorang, namun milik kita semua. Jadi marilah kita, semua bekas pelajar SMASID bersama-sama memberikan sokongan sama ada secara fizikal, buah fikiran, tenaga, wang atau apa sahaja demi melihat Persatuan kita ini terus maju dan bermanfaat kpd kita semua.

114.   Tema kita yang akan kita tatap bersama: 
“SEKALI KITA BERSUA WAJAH, SELAMANYA KITA BERTAUT UKHWAH”

-SEKIAN TERIMA KASIH-

(HAFIZUL FARIS BIN CHE RAZLAN, PRESIDEN ALUMNI SMASID SESI 2012)

No comments:

Post a Comment