Tuesday, October 16, 2012

MANFAATKAN WAKTU DHUHA



Keberkatan Pagi 
Jangan biasakan bangun pagi hanya pada waktu persekolahan, namun lazimkan diri untuk sentiasa bangun pada awal biarkan berada pada musim cuti . Amat sedih jika seseorang melakukan sesuatu kerana menuruti perintah manusia semata-mata dan mensia-siakan manfaat yang diperoleh daripadanya. Begitu juga halnya menuruti arahan jadual harian yang menuntut untuk setiap pelajar berada pada awal pagi.

Waktu yang besar keberkatannya adalah pada waktu pagi. Nah, pada waktu inilah semua aktiviti yang berkaitan dengan pelajaran boleh dilakukan! Jika hari biasa terikat dengan jadual persekolahan dan kuliah, manfaatkan masa cuti dengan mengulang kaji, menghafal, menulis dan berdiskusi dengan rakan-rakan.

Rasulullah s.a.w berdoa untuk umatnya yang bermaksud : “ Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu paginya,” (Riwayat al-Tirmizi). Jadi , apa yang perlu dipersoalkan lagi? Buktikan kasih sayang kita kepada Rasulullah s.a.w sebagai umat Baginda dengan meraih keberkatan yang ada pada waktu pagi.

Demi waktu Dhuha
Allah bersumpah di permulaan surah al-Dhuha dengan waktu dhuha. Sumpah Allah pada surah ini bukan suatu mainan, bahkan ada sesuatu yang besar ingin ditunjukkan oleh Allah kepada hamba-Nya yang berfikir. Surah al-Dhuha yang mengandungi 11 ayat ini bukti bahawa Allah s.w.t tidak putus-putus membimbing dan memelihara Nabi Muhammad s.a.w. Lalu Allah memerintahkan Baginda untuk sentiasa mensyukuri setiap kurniaan-Nya.

Apabila diri buntu mencari kaedah lain untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul, Islam menunjukkan jalan keluarnya dengan mengerjakan solat dhuha. Roh solat dhuha yang dilaksanakan pada waktu dhuha dapat menjernihkan fikiran daripada segala kekusutan dan stress. Solat dua rakaat yang ditunaikan pada waktu dhuha ini bukan untuk mengganggu dan membantukan urusan seseorang, bahkan ia merupakan satu rahsia besar untuk mendapatkan rezeki Allah. Rezaki tersebut bukan hanya pada makanan, minuman atau wang ringgit sahaja, bahkan Allah Yang Maha Pemurah bersedia memberi rezeki berupa dipermudahkan untuk memahami pelajaran, memperoleh idea yang bernas untuk menghafal pada waktu pagi, mencapai kejayaan dan banyak lagi rezeki yang tidak mampu dihitung.

 Jangan khianati waktu Dhuha
Akibat tidak menuruti ‘sunnatullah’ dengan tidak tidur pada waktu malam dan berjaga sampai ke subuh, seseorang itu telah mengkhianati waktu paginya sendiri. Benar, dia mampu untuk menunaikan solat subuh pada awal waktu kerana berjaga dari malam hingga ke pagi, tetapi amanah untuk memanfaatkan waktu waktu pagi dan dhuha itu tidak dilaksanakan dengan baik.

Kesan khianat atas perbuatannya sendiri, dia akan tertidur di dalam kelas dan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap perkara yang berlaku pada waktu siang. Bukankah masa yang Allah berikan kita semua sebagai satu amanah? Apabila berlaku zalim terhadap amanah tersebut, kita dikira telah mengkhianatnya. Seorang yang bijak memanfaatkan waktu belajarnya sentiasa mencari waktu yang paling diberkati Allah untuk dia mengulang kaji dan membaca. Peluang tersebut diisi sebaik mungkin kerana dia tahu, pada waktu itulah dia diberikan rezeki yang berharga.

Biarpun kejayaan tersebut tidak tercapai gred atau pangkat yang tinggi di mata manusia, ketahuilah Allah s.w.t. menilai usaha dan jalan seseorang untuk mencari ilmu. Ikhlas kerana Allah merupakan nilaian yang tidak dapt dipandang oleh mata kasar guru, pensyarah dan kawan-kawan. Ia terlalu subjektif untuk diberi penilaian oleh manusia. Ikhlas membawa seseorang untuk terus-menerus menimba pelbagai ilmu, sentiasa berada di alan yang diberkati Allah dan berusaha untuk menjauhi diri daripada perkara-perkara yang ditegah oleh Allah.



sumber : Gen Q
 EXCO TARBIYYAH
PERSATUAN ALUMNI SMASID 2012/2013

No comments:

Post a Comment