Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh …
Bismillahirahmanirahim..
Jom Sahabat-sahibah same-same kte mengucap kalimah
Alhamdulillah …Segala
puji bagi Allah s.w.t kerana masih
member kesempatan kepada kita sebagai
hambanya untuk beribadah kepadanya dan
insyaallah kita masih lagi dapat mengecapi dan merasai
nikmat iman dan islam Amin..
Jom Same-same kte hayati kisah ini..semoga kte same-same dapat
iktibar..
Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahibah..
Semoga Allah Redha!!! ^^
Abdullah bin Mas'ud berkata:
"Pengislaman Umar adalah satu
kejayaan yang sangat besar. Penghijrahannnya ke Madinah menambahkan kekuatan
dan pengkhalifahannya mendatangkan sebesar-besar rahmat kepada orang
Islam".
Saidina Umar Al-Khattab r.a sangat
dibanggakan oleh seluruh umat Islam dan sangat digeruni oleh orang-orang
musyrikin. Pada awalnya beliau sangat kuat menentang Rasulullah S.A.W dan
merupakan seorang musuh Islam yang sangat berani menyeksa orang-orang Islam
sehinggalah beliau sendiri memeluk agama Islam.
Pada suatu hari orang-orang Quraisy
bermesyuarat bagi melantik seseorang untuk menjalankan usaha untuk membunuh
baginda Rasulullah S.A.W. Umar menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab itu.
Tawaran beliau mendapat sorakan daripada hadirin memandangkan beliau merupakan
panglima perang Quraisy yang paling terkemuka dan handal. Umar lantas menggalas
pedangnya di tengkuk lalu lalu terus pergi untuk menyelesaikan tanggungjawab
tersebut. Namun kekuasaan Allah telah menentukan segalanya. Sesungguhnya Allah
telah memakbulkan doa nabi Muhammad SAW. Dalam munajat baginda, nabi menyebut:-
"Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari
dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau 'Umar bin Al-Khattab"
(Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi)
(Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi)
Dan riwayat lain menyebut:-
"Rasulullah SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan
Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam"
(Hadtih riwayat At-Thabarani)
(Hadtih riwayat At-Thabarani)
Lihatlah
kekuasaan Allah azza wajalla. Seorang yang digeruni kaum musyrikin kerana
kegagahannya menentang umat islam akhirnya digeruni kaum musyrikin atas keberaniannya membela agama Allah.
"Aslih Nafsak Wad'u
Ghairak"
Apa kaitannya dengan islah nafsak
wad'u ghairak? Apakah yang dimaksudkan dengan ayat di atas?
"Perbaikilah diri
kamu, dan (pada masa sama) ajaklah orang lain."
Itulah kalimah yang diseru
Allahyarham Sheikh Mustapha Masyhur, seorang tokoh Mursyidul Ikhwanul Muslimin
kelima suatu ketika dulu. Kalimah itu menjadi butir-butir semangat bagi
kita yang turut sama menggalas tugas khalifah yang diberikan Allah sebaik saja
kita dipilih untuk dilahirkan ke dunia.
Maka bersyukurlah. Kita bukan
pemula, bukan juga penamat tetapi penyambung jihad baginda rasulullah s.a.w.
Perbaiki Diri
Perbaiki diri atau lebih signifikan
disebut sebagai 'berubah menjadi lebih baik' adalah akar tunjang pokok-pokok
dakwah. Hal ini kerana dakwah sewajarnya bermula dari dalam diri kita sendiri.
Diri kita sendiri adalah asset yang paling berharga untuk memacu Islam di muka
bumi. Sepertimana sebuah ungkapan Tegakkan Islam di dalam dirimu
nescaya akan tertegak Islam di watanmu.
1) Bila nak berubah?
Hendak berubah tidak perlu menunggu
hari esok atau menanti hidayah datang bergolek. Setiap hari kita perlu berubah.
Perlu menjadi lebih baik.
2) Bagaimana hendak berubah?
Berubah dengan Taubat... Menurut pandangan
ibnu Abbas r.a, yang dimaksudkan dengan taubat ialah menyesal dengan hati,
beristighfar dengan lidah dan berazam dengan kukuh tidak akan mengulangi
perbuatan itu lagi.
3) Saya tak buat dosa. Kenapa
perlu bertaubat?
Ramai orang alpa, antara manifestasi
amalan taubat ialah cinta kepada Allah s.w.t. Setelah seseorang itu bertaubat,
taubatnya membuahkan iman yang sebulat-bulatnya. Jika belum bertaubat, maka
belum timbul rasa cinta yang sebenarnya kepada Allah Azza Wajalla. Tanda-tanda
orang yang beriman secara sempurna terletak pada kecintaannya kepada Allah
s.w.t dan rasulnya berbanding cinta kepada yang lain.
Taubat itu menyucikan jiwa agar kita
lebih mudah untuk menerima kebaikan. Saya analogikan sebiji belon yang diisi
dengan pasir, lebih berat untuk dilambung berbanding sebiji belon yang bersih
berisi udara. Renungkan.
4) Saya dah cuba berubah, tapi
ramai orang asyik kutuk-kutuk saja.
Kata orang, cinta berkuasa mengubah
segalanya. Maka yakinlah, 'The Power Of Love Towards ALLAH' yang kita
miliki mampu mengubah segalanya. Kita perlu jadi lebih berani berhadapan dengan
persepsi masyarakat. Bebaskan diri kita daripada sifat lemah dan putus asa.
Buktikan pada mereka, perubahan kita tidak sia-sia! Seterusnya, berdoalah. Doa
itu kan senjata mukmin.
Ingatlah firman Allah yang
bermaksud:-
"Janganlah kamu merasa hina dan janganlah pula kamu
bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika
sekiranya kamu benar-benar orang-orang yang beriman."
(Surah Ali Imran ayat 139)
(Surah Ali Imran ayat 139)
5) Orang tak hargai pun perubahan
saya.
La tahzan! Usah gelisah jika
perubahanmu tidak dihargai. Bukankah kamu berubah kerana Allah?Apabila kita
berubah kerana Allah, secara automatic, pandangan Allah lebih berharga
berbanding pandangan manusia. Hati yang ikhlas tidak perlu mengharapkan
pandangan manusia. Kita tidak hidup dengan pujian, dan tidak juga akan mati
disebabkan cacian.
Ingatlah firman Allah yang
bermaksud:-
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku),
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri,
dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."
(Surah At-Taubah ayat 129)
(Surah At-Taubah ayat 129)
6) Apa sebenarnya yang nak diubah
ni. Tak fahamlah!
Ambil masa dan bermuhasabahlah.
Meski kita tidak melakukan dosa-dosa besar seperti mensyirikkan Allah,
membunuh, berzina dan sebagainya tetapi dalam tidak sedar dosa-dosa kecil yang
acap kali dipandang enteng mula memakan amal-amal kebaikan kita.
Antara contoh kecil yang dapat kita
lakukan ialah:
Tidak bertudung -> bertudung
Bertudung -> Menutup aurat dengan sempurna
Solat di akhir waktu -> Solat di awal waktu
Suka menyanyi -> suka baca Quran
Minat penyanyi korea -> Cintakan Muhammad
Bertudung -> Menutup aurat dengan sempurna
Solat di akhir waktu -> Solat di awal waktu
Suka menyanyi -> suka baca Quran
Minat penyanyi korea -> Cintakan Muhammad
Dan... banyak lagi !
Ajak Orang Lain
Hadith nabi telah menyeru kita semua untuk meneruskan
perjuangan dakwahnya. Maka telah menjadi tugas kita untuk menyampaikan dakwah
ini kepada orang lain pula.
Tak mampu? Tak tahan? Segan?
Mari kita lihat ayat yang terakam di
dalam Al-Quran. Allah telah berfirman yang bermaksud:-
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
(Surah Al-Asr ayat 1-3)
(Surah Al-Asr ayat 1-3)
Sesungguhnya telah jelas kepada
kita, orang-orang yang berpesan-pesan kea rah kebaikan itu terkecuali daripada
golongan manusia yang rugi. Namun ditegaskan ayat tesebut dengan ayat
"Demi Masa!" yang mana kita seharusnya cakna, kita tidak boleeh
berlengah lagi! Ayuh, bersegeralah menyeru ke arah kebaikan!
Usah bimbang jika kita dihina,
diherdik mahupun dipulaukan. Itulah yang dinamakan ujian dan bukanlah namanya
perjuangan kalau tak ditempuh mehnah berduri. Perkara penting yang perlu kita
tahu, perbaiki diri kita, ajaklah orang lain ke arah kebaikan lalu
pertingkatkanlah kemahiran dakwah kita.Firman Allah dalam kitabnya yang
mulia:-
""Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan
pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan sebaik-baiknya"
(Surah An Nahl ayat 125)
(Surah An Nahl ayat 125)
Apa pula kaitannya dengan
pengislaman Saidina Umar al Khattab r.a ?
Sirah nabawiyah bukan sekadar ilmu
pengetahuan tetapi coretan yang telah Allah takdirkan untuk kita ambil iktibar
dan dijadikan panduan. Lihatlah keberanian Saidina Umar r.a untuk membela agama
Allah sedangkan pada awalnya dialah yang paling kuat menentang Islam. Berikutan
itu juga, ramai yang mengikut jejaknya mengganut agama suci ini sehingga
catatan sirah juga turut menintakan bahawa zaman pemerintahan Khalifah Umar
merupakan zaman kegemilangan Islam di mana berkembang luasnya wilayah-wilayah
Islam.
Justeru, tiada yang mustahil untuk
kita mengubah dan berubah ke arah yang lebih baik. Sejarah telah membuktikan,
hakikatnya bermula dari diri sendiri. Allah tidak sekali-kali akan mengubah
nasib hambaNya melainkan dia sendiri yang mengubahnya. Untuk berubah, maka
perlunya mujahadah yang tinggi. Mujahadah itu juga satu perjuangan dan
sesungguhnya perjuangan itu pahit, kerana syurga itu manis, dan jauh lebih
manis dari kemanisan di dunia. Biarlah pahit untuk seketika asal kemanisan itu
dimiliki untuk selamanya. Di Jannah!
Kesimpulannya
1)Perbaikilah diri kamu dan
ajaklah orang lain
2) Mujahadah itu pahit,kerana
syurga itu indah”
3) “Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum,melainkan ia mengubahnya dengan
sendiri”
4) Jom Sama-sama kita ke arah yang lebih baik dan diredhai
Allah .^^ dan
Utamakan Pandangan Allah Bukan Pandangan Manusia J
Salam Satu Akidah ^^
Setiausaha/ Timbalan Setiausaha
Persatuan Alumni Smasid 2012/2013
No comments:
Post a Comment