Saturday, October 27, 2012


Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan?


alt
Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas,.

Warna Kehidupan Jangan Dikeluhkan

alt
Alhamdulillah, indah dan uniknya ciptaan Allah. Penuh dengan keperlbagaian dan variasi yang tersendiri. Pada setiap kejadian ada perbezaan dan persamaan yang tidak sama. Walaupun seakan kelihatan sama, namun tetap berbeza. Seperti seorang lelaki dengan lelaki yang lain.
Walau kejadiannya adalah sama, namun setiap lelaki tidak sama. Ada perbezaannya. Demikianlah juga perempuan dan seluruh makhluk yang diciptakanNya. Hatta pasangan kembar seiras juga tetap ada perbezaannya walaupun kelihatan sama.
Unik kan? Subhanallah... Agung sungguh ciptaan Allah. 
Cuba kita renungkan... seorang pereka fesyen, pereka grafik.. pada satu saat akan terasa berat memikirkan idea dan ilham mencari design-design yang terbaru. Kadang-kadang seakan mati akal mencari design yang pelbagai. Tidak mahu design yang sedang disiapkankan mempunyai kriteria yang sama dengan design yang terdahulu. Namun, Allah walau ciptaanNya tidak dapat dihitung lagi, tidak ada satu pun yang sama ciptaannya.

Buktinya, lihat sahaja ibu jari kita. Berjuta, berbilion manusia tidak ada seorang pun yang memiliki garis ibu jari yang serupa. Begitu jugalah Allah ciptakan manusia ini pelbagai ragam. Pelbagai sifat.. Pelbagai perangai..
.MasyaAllah, ajaibnya ciptaan Allah... Penuh dengan warna-warni dalam penciptaanNya.
Kehidupan dan Ujian
Kenapa perlu kita keluhkan..
''Aih... aku tak suka lah cam ni...aku tak suka lah dia tuh... dia tak buat macam ni''
"Aku geram lah dengan dia ni... Pinjam barang tak bagitahu dulu. Lepas tu jadikan hak milik pula"
Kenapa kita marah orang sesuka hati
'' Kau ni kenapa lambat sangat nak faham... kenapa kau macam ni..?''
" Engkau pergi mana tadi? Tahu tak aku dah lama tunggu kat sini?"
Mungkin kita pernah terlepas kata. Mengeluh dan memarahi tanpa usul periksa. Waktu itu, apa yang kita fikir hanya tentang diri kita sahaja. Kita utamakan perasaan kita. Lantas kita luahkan ketidak puasan hati kita. Kita mengeluh. Marah dan berlalu dengan muka masam mencuka.
Kenapa tidak kita nasihati jika sahabat itu melakukan kesalahan? Mengapa tidak kita tanamkan redha pada setiap ujian yang Allah berikan untuk kita? Bukankah setiap apa yang mendatang itu adalah ujian buat kita. Sama ada ujian itu berbentuk nikmat, apatah lagi berbentuk perkara yang tidak kita sukai dan senangi. Mengapa kita tidak muhasabah diri dulu sebelum memuhasabah, memarahi orang di hadapan kita?
Kita terlupa, saat itu sebenarnya Allah menguji keimanan kita. Kesabaran kita. Demikianlah kehidupan dan ujian yang hadir dalam hidup kita. Ujian juga adalah warna- warni yang mewarnai hidup kita. Dan warna warni inilah yang akan mencorakkan kehidupan kita. Jika kita mewarnakan kehidupan kita dengan warna gelap kehitaman, maka lakaran corak hidup kita tidak seindah yang di rasa. Begitu jugalah kehidupan kita, jika kita mewarnakan ia dengan pelbagai warna, maka kehidupan kita pasti menawan rasa.
Bukankah pelangi itu indahnya pada biasan warnanya yang pelbagai? Begitulah juga dengan kehidupan. Jika kehidupan itu diwarnakan dengan pelbagai warna, maka keindahan itulah yang dapat nikmati. 

''Dengan Mengingati Allah Jiwa Akan Menjadi Tenang"'
Kadangkala kita terlepas pandang. Apabila ditimpa musibah, kita mendahulukan manusia dari Allah. Sedangkan musibah itu datangnya dari Allah. Maka, mengapa manusia yang perlu didahulukan. Adakah kita lupa tentangnya..???
Istighfarlah sahabat.. Kadang kala hadirnya musibah itu kerana berpunca dari diri kita sendiri. Musnahnya kehidupan flora dan fauna bukan dari sesiapa, tetapi puncanya dari tangan-tangan manusia. Banjir kilat, tanah runtuh, dan pelbagai lagi ujian alam  yang menduga adalah kita pemulanya. Maka, jangan mengeluh jika musibah itu beralih arah kepada diri kita sendiri. Kerana itulah perlunya beristighfar, memohon keampunan kepada Tuhan agar diampunkan segala kekhilafan dan keterlanjuran diri. 
Demikianlah jika ada sahabat-sahabat kita yang membuatkan kita tidak senang dengan sesuatu perkara. Jangan mengeluh dan marah sesuka hati. Mungkin saja ianya sebagai asbab diri kita sendiri. Sebelum kita menuding jari kepada orang di hadapan kita, dahulukanlah menuding jari ke arah diri sendiri.
Jangan juga dipinta seseorang mengikuti kehendak kita sedangkan tahap dirinya tidak tercapai. Tidak termampu olehnya. Mungkin ada sebab sesuatu yang kita tidak tahu mengapa dan kenapa demikian hal yang berlaku. Yang penting, mohonlah keampunan kepada Allah, dan pintalah moga Allah jauhkan kita dari sifat amarah. Sesungguhnya amarah itu adalah dari syaitan dan syaitan itu adalah dari api.
Ayuh muhasabah.. Jangan dikeluhkan ujian yang Allah berikan. Didiklah diri agar bersabar sentiasa dan hiasi hati itu dengan keindahan bersangka baik. Sesungguhnya itulah ciri-ciri mukmin yang membahagiakan dan menyenangkan orang lain. Barangsiapa yang baik akhlaknya di dalam muamalatnya pasti akan dimuliakan oleh orang lain. InsyaAllah~

Warna-warni kehidupan
Wahai sahabat... Cuba kita renungkan bersama. Jika semua orang ragamnya adalah sama sahaja dengan kita.. Apakah akan terjadi dengan kehidupan kita...????
Bosan bukan? Tapi mengapa..??
Kerana tiadanya warna -warni (ujian) yang mewanai kehidupan kita. Kehidupan yang penuh dengan warna warni pasti indah seterusnya akan memberi keindahan dan kebaikan pada sekeping hati (iman). Iman itu jika tiada musibah atau ujian, maka sifatnya hanya mendatar dan mungkin saja akan menurun selayaknya. Namun, sekiranya iman itu dihadirkan dengan ujian dan cabaran, maka iman itu akan meningkat sesuai dengan tahap iman yang ada. Semakin iman itu mantap, maka semakin hebatlah pula ujian yang mewarnainya.
Yakinilah janji Allah bahawa setiap apa yang Dia rencanakan tetap punyai hikmahnya.
Maka, Usah dikeluhkan ujian pada sebuah kehidupan.
 

Thursday, October 25, 2012



Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. 
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Salam Aidil Adha.

Tuesday, October 16, 2012

MANFAATKAN WAKTU DHUHA



Keberkatan Pagi 
Jangan biasakan bangun pagi hanya pada waktu persekolahan, namun lazimkan diri untuk sentiasa bangun pada awal biarkan berada pada musim cuti . Amat sedih jika seseorang melakukan sesuatu kerana menuruti perintah manusia semata-mata dan mensia-siakan manfaat yang diperoleh daripadanya. Begitu juga halnya menuruti arahan jadual harian yang menuntut untuk setiap pelajar berada pada awal pagi.

Waktu yang besar keberkatannya adalah pada waktu pagi. Nah, pada waktu inilah semua aktiviti yang berkaitan dengan pelajaran boleh dilakukan! Jika hari biasa terikat dengan jadual persekolahan dan kuliah, manfaatkan masa cuti dengan mengulang kaji, menghafal, menulis dan berdiskusi dengan rakan-rakan.

Rasulullah s.a.w berdoa untuk umatnya yang bermaksud : “ Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu paginya,” (Riwayat al-Tirmizi). Jadi , apa yang perlu dipersoalkan lagi? Buktikan kasih sayang kita kepada Rasulullah s.a.w sebagai umat Baginda dengan meraih keberkatan yang ada pada waktu pagi.

Demi waktu Dhuha
Allah bersumpah di permulaan surah al-Dhuha dengan waktu dhuha. Sumpah Allah pada surah ini bukan suatu mainan, bahkan ada sesuatu yang besar ingin ditunjukkan oleh Allah kepada hamba-Nya yang berfikir. Surah al-Dhuha yang mengandungi 11 ayat ini bukti bahawa Allah s.w.t tidak putus-putus membimbing dan memelihara Nabi Muhammad s.a.w. Lalu Allah memerintahkan Baginda untuk sentiasa mensyukuri setiap kurniaan-Nya.

Apabila diri buntu mencari kaedah lain untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul, Islam menunjukkan jalan keluarnya dengan mengerjakan solat dhuha. Roh solat dhuha yang dilaksanakan pada waktu dhuha dapat menjernihkan fikiran daripada segala kekusutan dan stress. Solat dua rakaat yang ditunaikan pada waktu dhuha ini bukan untuk mengganggu dan membantukan urusan seseorang, bahkan ia merupakan satu rahsia besar untuk mendapatkan rezeki Allah. Rezaki tersebut bukan hanya pada makanan, minuman atau wang ringgit sahaja, bahkan Allah Yang Maha Pemurah bersedia memberi rezeki berupa dipermudahkan untuk memahami pelajaran, memperoleh idea yang bernas untuk menghafal pada waktu pagi, mencapai kejayaan dan banyak lagi rezeki yang tidak mampu dihitung.

 Jangan khianati waktu Dhuha
Akibat tidak menuruti ‘sunnatullah’ dengan tidak tidur pada waktu malam dan berjaga sampai ke subuh, seseorang itu telah mengkhianati waktu paginya sendiri. Benar, dia mampu untuk menunaikan solat subuh pada awal waktu kerana berjaga dari malam hingga ke pagi, tetapi amanah untuk memanfaatkan waktu waktu pagi dan dhuha itu tidak dilaksanakan dengan baik.

Kesan khianat atas perbuatannya sendiri, dia akan tertidur di dalam kelas dan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap perkara yang berlaku pada waktu siang. Bukankah masa yang Allah berikan kita semua sebagai satu amanah? Apabila berlaku zalim terhadap amanah tersebut, kita dikira telah mengkhianatnya. Seorang yang bijak memanfaatkan waktu belajarnya sentiasa mencari waktu yang paling diberkati Allah untuk dia mengulang kaji dan membaca. Peluang tersebut diisi sebaik mungkin kerana dia tahu, pada waktu itulah dia diberikan rezeki yang berharga.

Biarpun kejayaan tersebut tidak tercapai gred atau pangkat yang tinggi di mata manusia, ketahuilah Allah s.w.t. menilai usaha dan jalan seseorang untuk mencari ilmu. Ikhlas kerana Allah merupakan nilaian yang tidak dapt dipandang oleh mata kasar guru, pensyarah dan kawan-kawan. Ia terlalu subjektif untuk diberi penilaian oleh manusia. Ikhlas membawa seseorang untuk terus-menerus menimba pelbagai ilmu, sentiasa berada di alan yang diberkati Allah dan berusaha untuk menjauhi diri daripada perkara-perkara yang ditegah oleh Allah.



sumber : Gen Q
 EXCO TARBIYYAH
PERSATUAN ALUMNI SMASID 2012/2013

Monday, October 8, 2012


salam muhasabah bersama..
jangan dipersoal KENAPA aku tak dilahirkan dalam keluarga yang hebat beragama,KENAPA aku x sewarak keluarga dia,KENAPA kakak aku tak pakai tudung labuh seperti kakak dia,KENAPA abang aku tak hebat berhujah seperti abang dia, KENAPA adik aku tak bagus seprti adik dia,KENAPA aku tak pandai macam dia..

Terlalu banyak KENAPA???? dalam minda kite, kite terlalu berfikirikan negatif..jangan tunggu untuk berada dalam keluarga yang hebat, yang islamik.baru kite rase bertuah dan menghargai kehidupan..keluarga bukan penentu siapa kite..not our family create us, but Allah..

same renungi :

kisah nabi Nuh..

Allah izinkan anak dan isteri nabi Nuh berada dalam keluarga seorang nabi..seorang pesurah Allah, seorang yang memperjuangkan agama Allah,tapi malangnye ke2-2nye tak memeluk islam..still mati dalam kekufuran..

dan cube kite renung pulak..

kisah asiah isteri kepada firaun laknatullah..Allah jadikan asiah isteri firaun..Asiah berada bersama suami yang kufur kepada islam, syirik kepada Allah,Firaun seorang yang paling hina di dunia ini..tapi asiah dijanjikan syurga.

****** jadi kesimpulannye..bukan asal usul kite yang menghadkan kite untuk jadi seorang yang hebat di cc allah..menjadi orang yang suka menuntut ilmu,menjadi orang yang sayangkan Allah dan pesuruh NYa..semuanye bermula dari kite..Allah tak pandang siape kite tapi Allah pandang TAQWA kite..so,how we create our self based of islam..****

~jom saling menghargai dan bersyukur..nikmat mane lagi yang kite nak ingkari..subhanallah..^^ peringatan untuk diri n semua..""""nobody perfect THAT WHY PENCIL HAVE ERASER"""



JOM PILIH DIMANA KITE ?? ANOLOGY AS A DAI’E

imbau kembali subjek sains yang belajar kat sekolah dulu..^^
islam itu syumuliyyah..dalam islam ada sains,dalam sains ade islam

adakan anda ibarat :

1.pepejal : sifatnye tak berubah walau kat mane pun..cth bola.kat mane pun it still bulat kan

2.cecair/liquid : sangat fleksible,boleh berubah2 ikut bentuk n keadaan..cth air..kalu masuk dalam bekas bulat, maka bulat lah keadaanye,kalu bujur maka bujurlah ia.

3.gas/udara : sifatnye memenuhi ruang, udara yang membentuk sesuatu bukan sesuatu yang membentuk udara..cth gas memenuhi belon,kebesaran belon bergantung pada kuantiti gas yang masuk kedalamnye.

ok..dah pilih^^sekarang anda ibarat yang mane??

adakah 1: seorang daie yang pejal..sukar untuk menerima pendapat orang lain,sukar untuk adapt dengan suasana baru,,u stilll want to be u..u still think u r the right one..

adakah 2 : seorang daie yang tidak tetap pendirian,jika dicampak ke sini anda begini,kalu dicampak kesana anda bagitu..jika berada bersame sahabat yang baik anda jadi baik,jika berada bersama sahabat yang alpa,anda turut lupa,anda tidak menjadi qudwah hasanah.matlamat x jelas..still berbelah bahagi,

adakah 3 : seorang daie yang cube membentuk suasana,,seseorang yang xakan tergugat dengan suasana yang melalaikan tetapi dia yang akan cube mencorakkan keadaan yang baik itu,dia yg akan memenuhi lompong2 kekurangan,dia yg akan tampal koyakan2 sahabatnye..jangan kite shock culture dengan suasana,but v create the good enviroment.make a biah solehah everywhere we go insyaallah.^^ that the true daie..

##tanda dakwah anda berjaya dan betul ialah,dalam berdakwah adanya cabaran,adanya cacian,adanya tangisan##no red carpet..jangan mimpiii...


AKU HATI YANG HIDUP ^^



salam ukhwah fillah ^^

Lame X Berblog..Blog Sendiri Pun Dah Hampir Bersarang..Ya Allah..
Xpelah Mane2 Pun Ia Hanya Medium Untuk Berdakwah..

setiap hari kite dapat pengisian dan perkongsian ilmu. mungkin ia perlu di kongsikan bersama..

Sabda junjungan Agung kita Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" 



"sHARING IS CARING, NOT SHARING IS BORING RIGHT"

 hati yang sentiase ingat pada Allah adalah hati yang hidup..insyaallah kite adelah golongan HATI YANG HIDUP ITU..aminn




HATI yang hidup penuh dengan zikrullah, penuh pengisian rohani...kite BUKAN hati yang MATI..sedarlah sahabat kite permata hati yang hidup..

"MANE MUNGKIN HATI YANG MATI DAPAT HIDUPKAN HATI-HATI YANG MATI DILUAR SANA"

jadi same2 kite hidupkan hati..hidupkan akal dan jiwa KERANA kite mesti pikul tanggungjawab dan amanah untuk hidupkan hati hati masyarakat dan keluarga yang mati...ayuh sahabat^^