Salam ukhwwahfillah. Salam jihad. Salam juang buat sahabat-sahabat Alumni Smasid yang dirahmati Allah sekalian. Memulakan kalam, masih belum terlambat saya kira, saya mewakili Lajnah Perhubungan serta semua saff kepimpinan Alumni Smasid sesi 2010/2011 ingin mengucapkan salam imtihan buat sahabat-sahabat yang masih atau sedang dalam fatrah imtihan sekarang. Bagi yang masih bertarung di medan peperiksaan, gunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk kita berdepan di medan peperangan minda bersama qalam dan waraqah imtihan. Jangan pandang remeh pada perjuangan ini kerana kalah menang kita adalah maruah terhadap apa yang kita juangkan! Don’t give up!! Jom tumbangkan nafsu malas dan naikkan semangat study seiring dengan ibadah yang sempurna bagi menjamin kekuatan ilmu yang kita dapat.
Rabbi yassir wala tuassir.. Allahu amen..
Sedikit pesanan dari Lajnah Perhubungan Alumni Smasid 2010/2011,
Bagi sahabat-sahabat ex-smasid, tidak kira mana-mana batch,PMR atau SPM, walaupun hanya bersekolah di Smasid sehingga Form 3,atau hanya bersekolah form4 & form 5, anda amatlah dialu-alukan untuk menyertai sahabat Alumni Smasid. Tawaran ini dibuka kepada semua warga Smasid yang sudah habis belajar di sana. Oleh itu,anda dikehendaki memberi maklumat2 anda (database) kepada Lajnah Perhubungan. Ini bertujuan untuk mengumpul semua warga ex-smasid di bawah satu bumbung. <Nanti senang nak contact bila Alumni buat program> (“,)
Maklumat yang perlu dihantar dalam database :
~Nama l Alamat l No telefon l No kad pengenalan l Emel l Kampus l Cos Pengajian l Batch l
Segala maklumat peribadi anda InsyaAllah akan disimpan dan dijaga dengan baik,usah bimbang yer.. Hanya exco Alumni yang tertentu sahaja akan tahu.. Don’t worry,be happy!
Bagi memudahkan urusan ‘penyaluran’ database ini,Lajnah Perhubungan menyediakan beberapa pilihan untuk memudahkan sahabat-sahabat, antaranya :
1) Pilihan 1 : via mesej (SMS)
Ø Bagi muslimin : msj Helmie ( 0145089263)
Ø Bagi muslimat : msj Nadwa (0134197140)
2) Pilihan 2 : emel
Ø Muslimin : pas_emi@yahoo.com
Ø Muslimat : nadwa_syifa@yahoo.com
3) Pilihan 3 : melalui Facebook (FB) Alumni Smasid
( hantar melalui mesej di FB yer,bkn kat wall)
Ø Alumnai smasid
Terima kasih atas jasa baik sahabat sekalian. Semoga tautan ukhwwahfillah kita akan terus berkembang. Sebarang program dan aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak Alumni akan dihebahkan melalui Facebook atau blog alumni atau melalui mesej (sms).
Sekian, terima kasih.
P/S : Mohon disebarkan pada sahabat-sahabiah yang lain.
Kami sedia membantu anda! (^_^)
~~Lajnah Perhubungan Alumni Smasid~~
No comments:
Post a Comment