Saturday, April 9, 2011

BANGKITLAH..


Baru sebentar tadi saya mendengar kuliah yang disampaikan oleh al-fadhil Ust Major Zulkifli di Surau An-Nur,Bandar Baru Bangi..melihat coletahnya yang tersendiri serta ulasan padat berkenaan tajuk kuliah disampaikan menyebabkan saya termenung sekejap,memikirkan dan menantikan seorang tokoh pejuang tanah air yang bersifat spiritual..
Lamunan saya kembali lagi saat itu tadi..bahkan selama ini saya pernah terfikir akan kondisi parajurit negara..memikirkan bagaimana harian mereka..asyik memikirkan berkenaan hal mereka menyebabkan kehidupan saya sendiri tidak diambil peduli.. masakan tidak,melihat gerak geri mereka membuat saya sendiri tidak duduk diam..malah banyak cerita yang bermain di telinga saya..sesekali bangga mendengarnya,namun ada juga duka di hujungnya..lantas saya mengambil inisiatif sendiri meninjau kehidupan ‘SINGA NEGARA’..mengapa gelaran ini ditampilkan..ini kerana pada hemat saya mereka pendokong kekuatan Negara,sanggup berkorban masa,tenaga malah nyawa demi mempertahankan tanah air tercinta..singa itulah melambangkan kekuatan dan keberanian..
Jelas sedih noktahnya..melihat telatah dan kehidupan mereka melambungkan saya pada imbasan lalu..ya,negara amat menaruh harap pada meraka..menanti kedatangan musuh yang mungkin menyusup tanpa diduga..maka merekalah yang sanggup menumpahkan darah dan keringat demi negara..mengharapkan kita mungkin tidak mampu..sekadar menangis ataupun menyembunyikan diri di sebalik semak mahupun longkang kotor..
Lamunan saya kali ini begitu menarik saya pada peperangan Hittin..tatkala Salahuddin Al-Ayubi cuba menawan kembali Kota Baitul Maqdis dari tangan tentera Salib..kehebatan dan kehandalan tentera Salahuddin tidak dapat dinafikan lagi..mereka mantap dengan kekuatan luaran dan dalaman..saya tertarik kepada pendekatan yang dimainkan oleh Panglima Salahuddin bagaimana ketegasannya dalam membentuk barisan tentera perang amat dikagumi..tapisan demi tapisan dilakukan demi menjana kekuataan sebenar melalui aqidah dan keimanan yang teguh..inilah yang menjadai kunci kepada kejayaan penaklukan semula Kota Baitul Maqdis..langkah yang sama dimainkan oleh Sultan  Muhammad Al-Fateh terhadap tenteranya..
Masyarakat kita sekadar menganggukkan kepala saat dikhabarkan tentang kejayaan Umat Islam dahulu..lalu ungkapan “WOW,HEBATNYA” menjadi muqaddimah awalan yang keluar dari kedua bibir..namun tiada perubahan yang berlaku pada diri..
Teman..tentera dahulunya dididik mengenai keEsaan Allah..tauhidnya pada Pencipta tidak diragui..tentera ini dilatih denagn latihan yang amat baik..jasmaninya teguh,tidqak rapuh..hatinya bersih tanpa dinodainya maksiat..sekalipun maksiat kecil..siangnya mereka seperti singa kelaparan,namun malamnya mereka merintih pilu mengalun siulan doa munajat..malamnya diberkati dengan zikirullah dan keseriaan bacaan al-quran..qiamullainya disisih dengan genangan airmata mengalir..inilah keberkatan,inilah kekuatan..janji Allah sentiasa bersama..

Firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad,ayat 7:


 7. Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (Agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Inilah janji yang akan dikotakan olehNya..justera harapan saya melihat kembali sumber kekuatan tentera Islam berpaksi kepada aqidah yang sebenar..dengan kekuatan ini,insyaallah negara terhindar dari malapetaka dan bala dari Allah s.w.t..harapan kepada semua..Islam kembali kepada haknya..

Yang ikhlas,
Ahmad Mukrim bin Adnan
Timb.Presiden Alumni SMASID 10/11

No comments:

Post a Comment