KELEBIHAN BERSELAWAT
Assalamualaikum..
Di hari Jumaat yang barakah ini, penghulu segala hari di
mana tidak akan berlaku kecuali pada hari Jumaat marilah sama-sama kita
memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW.
Firman Allah SWT ;
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ
عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan para
malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
(Surah al-Ahzaab, 33: 56)
Perhatikan firman Allah di atas bagaimana Allah memulakan
dengan DiriNya yang Maha Agung dalam perintah selawat sedangkan di dalam
perintah ibadah yang lain Allah tidak ada seumpamanya. Inilah yang menunjukkan
betapa selawat ini sesuatu yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : “Barangsiapa yang berselawat
kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah
menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”
Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim.
Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat
syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.”
(Ibn Mas’ud r.a)
Telah bersabda Junjungan Nabi s.a.w. : ” Orang yang bakhil
itu adalah orang yang ketika mana aku disebut di sisinya dia tidak mengucapkan
sholawat ke atasku.” Hadits diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi daripada Baginda
‘Ali r.a. dan dihukumkannya sebagai hasan shohih.
Ibnu Al-Mulqan juga menyebut di dalam kitab “Al-Hadaiq”
bahawa terdapat seorang pemuda yang sedang melakukan tawaf di Baitullah. Beliau
hanya sibuk membaca selawat ke atas Rasulullah s.a.w.
Apabila ditanya adakah sesuatu yang menyebabkan ia asyik
berselawat sahaja.
Pemuda itu menjawab, “Ya, ketika aku bersama ayahku keluar mengerjakan
fardu Haji tiba-tiba ayahku jatuh sakit di sebuah rumah. Ayahku meninggal dunia
dalam keadaan mukanya berubah menjadi hitam, kedua matanya berubah menjadi biru
dan perutnya membuncit tinggi.”
Melihat keadaannya begitu aku menangis kesedihan dan berkata
: “Dan sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNyalah kita kembali.
Ayahku meninggal dunia dalam keadaannya yang pelik.”
Apabila malam menjelma. aku merasa mengantuk dan aku
(bermimpi) melihat Rasulullah s.a.w dengan pakaian serba putih dan berbau
semerbak harum mewangi. Baginda menghampiri ayahku dan menyapu mukanya. Dengan
serta merta aku lihat muka ayahku berubah menjadi terlalu putih melebihi putih
susu!. Kemudiannya baginda menyapu pula perut ayahku yang membuncit itu lalu ia
kembali seperti sediakala.
Apabila hendak beredar baginda berkata: “(Sesungguhnya
ayahmu ialah seorang yang banyak melakukan maksiat dan dosa. Dia juga banyak
berselawat ke atasku. Apabila berlaku perkara yang telah berlaku kepadanya itu,
dia telah meminta bantuanku maka aku datang membantunya. Dan aku adalah
pembantu kepada orang-orang yang banyak berselawat ke atasku semasa hidup di
dunia).”
Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu
menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam
kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun
berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua
kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-
1. Melaksanakan perintah Allah.
2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah
atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti
rahmat).
5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu
selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap
selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap
selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala
keaiban.
11. Allah akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-Sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu
yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan
syurga.
18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas
setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta
tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w.
kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan
syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam
majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada
majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila
disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat
ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari
kiamat.
29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata
pujian yang lunak.
30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang
sentiasa hidup mengingati Allah.
35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan
Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
SALAM MAULIDUR RASUL..
Allahumma
solli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad.
Lajnah Perhubungan Alumni Smasid.
No comments:
Post a Comment