Thursday, January 24, 2013


Suatu ketika bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sahabat-sahabatnya yang mulia. Dibarisi sahabat paling setia Abu Bakar as-Siddiq. Terkeluar dari mulut baginda yang sangat mulia. “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan ikhwanku (saudara-saudaraku),” kata baginda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

“Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?”Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku.” Suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga saudaramu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian Baginda bersuara,
“Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.” (Hadis Muslim)

-ImamMudaAsyraf-



Lajnah Perhubungan



KELEBIHAN BERSELAWAT
Assalamualaikum..

Di hari Jumaat yang barakah ini, penghulu segala hari di mana tidak akan berlaku kecuali pada hari Jumaat marilah sama-sama kita memperbanyakkan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW.

Firman Allah SWT ;

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
(Surah al-Ahzaab, 33: 56)

Perhatikan firman Allah di atas bagaimana Allah memulakan dengan DiriNya yang Maha Agung dalam perintah selawat sedangkan di dalam perintah ibadah yang lain Allah tidak ada seumpamanya. Inilah yang menunjukkan betapa selawat ini sesuatu yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim.
Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Ibn Mas’ud r.a)
Telah bersabda Junjungan Nabi s.a.w. : ” Orang yang bakhil itu adalah orang yang ketika mana aku disebut di sisinya dia tidak mengucapkan sholawat ke atasku.” Hadits diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi daripada Baginda ‘Ali r.a. dan dihukumkannya sebagai hasan shohih.

Ibnu Al-Mulqan juga menyebut di dalam kitab “Al-Hadaiq” bahawa terdapat seorang pemuda yang sedang melakukan tawaf di Baitullah. Beliau hanya sibuk membaca selawat ke atas Rasulullah s.a.w.

Apabila ditanya adakah sesuatu yang menyebabkan ia asyik berselawat sahaja.
Pemuda itu menjawab, “Ya, ketika aku bersama ayahku keluar mengerjakan fardu Haji tiba-tiba ayahku jatuh sakit di sebuah rumah. Ayahku meninggal dunia dalam keadaan mukanya berubah menjadi hitam, kedua matanya berubah menjadi biru dan perutnya membuncit tinggi.”

Melihat keadaannya begitu aku menangis kesedihan dan berkata : “Dan sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNyalah kita kembali. Ayahku meninggal dunia dalam keadaannya yang pelik.”
Apabila malam menjelma. aku merasa mengantuk dan aku (bermimpi) melihat Rasulullah s.a.w dengan pakaian serba putih dan berbau semerbak harum mewangi. Baginda menghampiri ayahku dan menyapu mukanya. Dengan serta merta aku lihat muka ayahku berubah menjadi terlalu putih melebihi putih susu!. Kemudiannya baginda menyapu pula perut ayahku yang membuncit itu lalu ia kembali seperti sediakala.

Apabila hendak beredar baginda berkata: “(Sesungguhnya ayahmu ialah seorang yang banyak melakukan maksiat dan dosa. Dia juga banyak berselawat ke atasku. Apabila berlaku perkara yang telah berlaku kepadanya itu, dia telah meminta bantuanku maka aku datang membantunya. Dan aku adalah pembantu kepada orang-orang yang banyak berselawat ke atasku semasa hidup di dunia).”

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

1. Melaksanakan perintah Allah.
2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11. Allah akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-Sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.


SALAM MAULIDUR RASUL..
Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad.

Lajnah Perhubungan Alumni Smasid.



Wednesday, January 23, 2013


FRIENDS

A friend cannot be considered as a friend until he is tested in three occasions:
1) in time of need
2) behind your back
3) after your death

"Ali bin Abi Talib"

Hopefully we can be a good friend to our friends by helping them or be with them when they need us, never talk bad about our friends to others, and always pray for the best to our friends that have been gone to meet the Khaliq.

Wallahua'lam..

Lajnah Perhubungan Alumni Smasid Sesi 2012/2013..

Monday, January 21, 2013

Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?
Beliau menjawab: "Aku tahu rezekiku tidak akan di ambil orang lain, kerana itu hati aku selalu tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh. Aku tahu Allah selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika Allah melihatku sedang dalam maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah"

Moga kita dapat sama-sama mengambil iktibar..
Exco Perhubungan..

Sunday, January 6, 2013

Nilai Sebuah Kemaafan.


Suatu ketika, pernah kah kita merasa seolah-olah ada sesuatu yang menganggu ruang fikir kita. Kita mencari-cari di mana arah punca gangguan itu. Hati kita terasa seperti berbuat silap. Tapi semakin kita mencari, semakin pula kusut ruang fikir kita. 

Pada satu saat yang lain, pernah kah kita tertanya sendiri, kenapa hati tidak tenang? Kenapa hati terasa masih lagi gelisah? Kenapa fikiran selalu saja melayang mengenang perkara-perkara pahit? Kenapa selalu saja rasa sendu dan duka, kadang melarat dari pagi membawa ke petang.

Sedangkan tangan masih ditadah, masih lagi berbicara doa pada Allah. Meminta itu ini, mengadu begitu begini. Memohon agar diampunkan semua dosa dan kesalahan diri. Namun hati, masih juga buntu dalam menemui erti ketenangan yang sebenar.

Kita muhasabah,

Mungkin kita tidak tersedar, rupanya ketika bibir laju memohon ampun, kita sendiri belum lagi menghulur maaf. Bagaimana harus ditemui ketenangan, andai masih lagi berbekas rasa. Bagaimana mesti kita diampuni, andai masih lagi belum rela melepaskan rasa dalam hati. Kita ingin Allah mengampunkan dosa kita, tetapi kita lupa memberi maaf pada mereka yang bersalah. Kita membuat mereka terluka. Terluka dengan sikap kita.

Memaafkan bukanlah mudah. Kita manusia fitrahnya sentiasa  berteman khilaf. Yang selalu kalah dengan ujian yang Allah beri. Yang selalu dan tak malu mengaku lemah. Sedangkan Allah terang-terangan lebih menyukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah.

Kita ini manusia, yang selalu bersembunyi di balik dinding bernama mangsa. Kita ini manusia, yang tidak mahu memaafkan hanya beralasan 'kita bukan nabi, kita manusia biasa'...

Kadangkalanya kita mangsa dan mengenang betapa diperlakukan dengan tidak adil, betapa diri dizalimi, betapa diri tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu, diperlakukan sebegini... lantas sukar sekali rasa hati untuk memberi sebuah kemaafan.

Mengapa boleh berlaku sedemikian? 

Ya, kerana kita sebenarnya lupa. Yang menggerakkan sesuatu itu adalah Allah. Hati manusia, seperti saya, seperti dia, seperti semua, dipegang oleh Allah. Tiada satu pun yang akan terjadi tanpa izin dariNya. Setiap sesuatu, telah dirancang Allah sebaiknya. Baik atau buruk hanyalah di mata kita, manusia yang terhijab dari segala kebaikan yang Allah telah aturkan.

Tersiratnya, andai kita fikir kita dizalimi oleh manusia, lalu enggan pula memaafkannya, maka kitalah sebenarnya yang zalim kerana sedikit sebanyak, kita ini menuduh perancangan dan gerakan Allah itu zalim. Nauzubillahiminzalik. Astagfirullah.


Sedangkan Allah, pemilik segala sesuatu di langit dan bumi, sedia mengampunkan dosa hatta setinggi gunung. Sedangkan Allah, di dalam al-Quran berkali kali menegaskan yang dia Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. Sedangkan Dia, yang mahu hambaNya memohon ampun walau berkali-kali melakukan dosa.... Tapi kita, hanya hamba yang kerdil, satu antara jutaan butiran pasir manusia, seakan-akan mahu menumpang hakNya, dengan tidak bersedia memaafkan manusia kerdil lain. Siapa kita? Siapa? 

Benar, memaafkan memang tidak mudah. Memaafkan sedang hati masih berdarah kerana disakiti, memang sukar sekali. Apalagi jika yang mengkhianati tidak pernah peduli. Tidak pernah menghulur maaf. Tidak pernah menunjuk kesal. Malah seakan bergembira, seolah olah tidak pernah berlaku satu apa pun kesalahan atas bahunya.


Ingatlah, jalan ke syurga itu tidak mudah. Mahu ke syurga itu perlu diselangi dengan jerih payah. Maka, perlu apa kita mengeluh kesah?

Percayalah, bila mana memaafkan maka perlahan-lahan rasa itu pasti datang. Rasa tenang. Rasa damai. Rasa lapang. Bila mana tangan ditadah, lalu memaafkan setulus hati, dapat dirasa hati bersorak girang. Hati terasa bebas dari dendam dan amarah kerana kita tidak lagi menanigisi sesuatu yang telah terjadi.

Didiklah hati itu agar sentiasa mendoakan mereka yang telah mengkhianati kita. Walau sakitnya bagai tusukan sembilu, doakanlah kerana tidak merugi orang yang membalas kejahatan dengan kebaikan.

Sukar. Sudahlah memaafkan itu payah, lagikan pula mendoakan untuk mereka? Tapi percayalah, memberi kemaafaan itu memberi jalan tenang, memaafkan itu membuka hati semakin lapang. Mendoakan buat mereka yang menganiaya adalah kemuncaknya. Hakikatnya merekalah sebenarnya yang patut dikasihani, kerana bukan saja mereka menzalimi kita, tapi juga menzalimi diri mereka sendiri... Bukankah orang seperti itu patut didoakan?

Walaupun pada saat ini mereka menyakiti dan menzalimi diri kita, mereka dikatakan seorang yang zalim bukan sahaja ke atas diri sendiri malah ke atas diri orang lain juga. Namun, kita tidak tahu bagaimana pengakhiran sebuah kehidupan di masa akan datang antara kita dengan orang yang menzalimi kita itu. Boleh saja orang tersebut menjadi lebih mulia di sisi Allah SWT berbanding diri kita sendiri.


 Andai belum pernah mendoakan yang baik-baik untuk mereka, maka pintalah. Setiap kali berdoa, pintalah kebaikan untuk mereka. Janganlah sesekali kita mendoakan keburukan buat mereka. Sebaik-baik mukmin dan 'sekuat-kuat' mukmin itu ialah dia tidak membalas kejahatan, kemarahan, kesakitan yang diberikan oleh mukmin yang lain sekalipun dia berkuasa dan berupaya untuk membalasnya. Maka doakanlah dirinya dan jangan lupa agar istiqamah untuk mendoakan kebaikan juga buat diri kita sendiri.




Ya Allah,
Ampunilah dosa dan ketelanjuran kami,
Jauhkan kami dari cuba menumpang hakMu,
Jauhkan kami dari rasa dendam dan sakit,
Kami manusia, yang tidak malu berbuat dosa,
Yang tidak segan mengumpul noda,
Ampunilah kami, hambaMu yang hina,
Berikanlah kami hati yang tabah, hati yang kuat,
Untuk memberi maaf, demi mencari ampunanMu...
Amin ya Rabb.

- Lajnah Kebajikan 12/13 -




Wednesday, January 2, 2013

~Penjualan Baju Alumni SMASID secara besar-besaran~


Assalamualaikum to ALUMNI SMASID..

SPECIAL FOR U!!!
Untuk pengetahuan semua,pihak alumni telah membuat penjualan baju alumni sebagai titik tolak untuk kite sama-sama mengimarahkan serta menyemarakkan lagi ALUMNI SMASID kite.

 Jom kita pakat-pakat beli baju ALUMNI...
sebelum tu,tengok la design dulu


cantik dan menarik kan???

apa lagi ..jangan tunggu lama-lama..

harga pun murah..

LELAKI RM 25, 
PEREMPUAN RM28

Pembayaran boleh di buat sebelum 31/1/2013
emmm..mesti tertanya-tanyakan camne nak bayar??
insya ALLAH yg tu,phk kami akn hntr msg kpda penempah

sebarang tempahan boleh di buat mlalui sms kepada:
AZIZUL (019-5202782)  dan Iqlima(013-6429206)
beserta dengan:

1) NAMA PENUH
2)SAIZ BAJU
3)KUANTITI
4)NO H/P

Kami juga menyediakn perkhidmatam pghantaran baju dgn kadar bayaran pos:

DLM TERENGGANU:RM 6
@
LUAR TERENGGANU:RM12
  
cepat-cepat,pakat beli..tempahan adalah TERHAD..

by,
EXCO EKONOMI ,
ALUMNI SMASID SESI 12/13