~Assalamualaikum to all reader~
Alhmdulillah..bersyukur kerana kita masih di beri nikmat yang tak terhingga olehNYA. Moga perkongsian kali ini memberi satu impak yang besar kepada kita dalam menjalani khidupan sebangai khalifah di bumi ALLAH ini..
Let's to follow..
Let's to follow..
Kebahagiaan, kesihatan dan kesenangan merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Sebagai orang Islam, mensyukuri nikmat Allah merupakan salah satu sifat Mukmin yang dituntut. Hakikatnya, semua ini adalah anugerah daripada Allah kepada hambanya samada ia seorang yang beriman ataupun tidak.
Disebutkan dalam Al-Quran, Al-Baqarah:268 yang bermaksud "Allah menjanjikan keampunan dan kurniaNya kepadamu, dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui".
Apakah konsep kekayaan (Wealth) dalam Islam?
Kekayaan adalah amanah daripada Allah yang mesti diuruskan dengan sebaik-baiknya. Konsep amanah ini menunjukkan bahawa segala kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah adalah merupakan pinjaman semata di dunia ini. Walaubagaimanapun, yang Maha Pemurah dan Maha Luas sifatnya memberikan kebebasan kepada hambanya menggunakan nikmat ini untuk manfaat dunia dengan berpandukan Syariah.
Melaksanakan amanah ini dengan baik bukan sahaja akan mendapat kesenangan duniawi, malahan Allah akan memberikan ganjaran pahala sebagai bekalan di Akhirat nanti.
Selain itu, kekayaan adalah merupakan salah satu jalan menuju kejayaan. Ayat 10-12, Surah As-Saff yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan ke tempat tinggal yang baik di dalam surga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."
Dengan memahami kedua-dua konsep kekayaan dalam Islam ini, maka aspek perancangan kewangan perlulah diberi perhatian. Melaksanakan perancangan kewangan yang baik dan berkesan merupakan suatu Ibadah dengan tujuan menjaga Amanah daripada Allah dan salah satu mehnah mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat sepertimana janji Allah yang disebutkan diatas.
Seorang Muslim yang beriman itu adalah baik, tetapi seorang Muslim yang beriman dan menggunakan kekayaan anugerah Allah untuk kemaslahatan ummah adalah amat disukaiNya.
Prepared by: Alumni SMASID
No comments:
Post a Comment