Friday, February 25, 2011

Ujian Allah Mencari Orang Yang Bersabar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Wahai orang yang beriman!Mintalah pertolongan untuk menghadapi susah payah dalam mnyempurnakan sesuatu perintah Allah dengan sabar dan mendirikan sembahyang kerana Allah itu Penolong bagi orang-orang yang sabar"(Al-Baqarah 1:153)

"Demi sesungguhnya kami menguji orang-orang yang sabar itu dengan sedikit perasaan ketakutan,kelaparan,kehilangan harta benda dan orang tersayang dan hasil perusahaan. Khabarkanlah Muhammad berita gembira ini kepada mereka yang bersabar"(Al-Baqarah 1:155)

"Orang yang bersabar itu ialah mereka yang apabila ditimpa dengan ujian maka mereka akan berkata,'sesungguhnya kita milik Allah dan kepada Allahlah kita akan dikembalikan'.mereka ini beroleh Rahmat dan Kebaikan dari Allah serta mereka itulah orang-orang yang mndapat petunjuk".(Al-Baqarah 1:156-157)

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal kamu belum kepada ujian dan cabaran yang telah sampai kepada orang-orang terdahulu daripada kamu?Mereka telah ditimpa kemiskinan,penyakit serta ancaman musuh sehingga mereka berkata,'bilakan akan datang pertolongan Allah?',katakanlah olehmu bahawa pertolongan Allah itu sangat dekat asalkan kamu bersabar dan istiqamah memegang agama Allah."(Al-Baqarah 1:214)

"dan siapa yang berserah diri bulat pada Allah dan berusaha melakukan kebaikan maka sesungguhnya dia telah berpegang pada satu tali yang sangat teguh dan utuh kerana ikhlas melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.dan ingatlah Allah itu kesudahan segala urusan."(Luqman 31:22)

"Dan tidaklah sama antara kebaikan dgn kejahatan itu. Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang baik.Boleh jadi org yangg bermusuh denganmu itu akan berbaik semula seperti sahabat karib".(Fussilat 41:34)

     Alhamdulillah dapat saya coret sedikit luahan hati dalam bentuk tulisan ini. Ayat-ayat di atas sempat saya semak selepas subuh tadi sebagai sumber kekuatan diri kita dalam kita mengharungi mehnah dan masyaqqah hidup sebagai hamba AllahSWT. Memang tidak lari kita dari ujian Allah kerana itulah kita diciptakan.apakah kita layak untuk menjadi hambaNya yang sabar jika sebesar biji sawi ujianpun sudah kita mengalah. Allah menguji kita dengan pelbagai bentuk dan keadaan. Sedarkah kita ujian yang silih berganti ini sebenarnya Dia ingin membersihkan diri kita dari dosa-dosa yang kita sedar atau pun tidak. Justeru,saya memaparkan beberapa hujah penting berdasarkan dalil-dalil di atas tentang bagaimana hidup ini yang kita katakan satu ujian.

     Ayat yang pertama hingga keempat di atas ialah berkenaan perihal orang-orang yang sabar. Di dalam keluarga penulis sendiri ujian dalam bentuk kekeluargaan juga tidak terlepas. Ada yang bergaduh sehigga hampir-hampir terputus hubungan suami isteri,ada yang berselisih faham dengan ibu bapa sehingga bertahun-tahun tidak pulang ke rumah ziarah dan sebagainya. Jadi bagaimana jika kita yang menjadi adik,abang atau kakak dalam keluarga untuk terus kuatkan diri dalam suasana sebegini rupa? Sudah pastilah di sini ilmu kesabaran dan kehambaan sewajibnya diserahkan sebulat-bulatnya kepada yang Maha Punca kepada semua ini. Apakah Allah tidak tahu kesusahan kita? Apakah Dia tidak memahami kesedihan kita? Jawapannya adalah sedarkah kita siapa di sisiNya? Sudah pastilah Dia Maha Layak untuk membuat apa saja ke atas kita kerana Dialah yang akan memilih kita berada di syurga atau neraka.

     Ingatkan kita Allah menguji NabiNya Ayub A.S dengan penyakit kusta sehingga semua ahli keluarganya terpisah selama 18 tahun angkara syaitan laknat ini? Ingatkah kita Allah uji NabiNya Musa A.S dengan tidak makbul doanya selama berpuluh-puluh tahun? Ingatkan kita Allah uji NabiNya Nuh A.S sehingga terpisah dari isteri dan anaknya? Dan yang paling dekat dengan kita ingatkah kita Allah menguji kekasihNya Muhammad SAW selama 24 tahun dengan ancaman bunuh, keluarga baginda dipulau,dihina,dibaling najis ketika solat dan sebagainya. Dan persoalannya siapakah kita ini yang mahu mempersoalkan semua musibah ini? Allah itu Maha Mengetahui,dan tentulah setiap ujianNya dalam had kemampuan kita. Allah telah menyebut dalam kitab RasulNya yang Dia akan menguji kita dengan Anak isteri, keluarga, sanak saudara, sahabat dan teman sepermainan untuk melihat sejauh mana kita bergantung dan berserah kepada taqdirNya yang sangat halus dan teliti.

    Bersabarlah duhai insan yang lemah sesungguhnya dirimu sangat tinggi jika kamu beriman. Inilah nilainya sebuah keimanan yang dijamin oleh AllahSWT. Pilihlah iman nescaya kamu selamat dan janganlah memilih nafsu kerana sesungguhnya dia sentias menyeru ke arah kemungkaran dan permusuhan. Apa yang terjadi kepada Rasul, Nabi, Ulamak dan orang-orang soleh kerana kekejaman syaitan terlaknat ini. Dialah yang meniup penyakit hati seperti ego, sombong, buruk sangka dan sebagainya. Kuatkan dirimu insan semoga Allah bersama dengan orang-orng yang bersabar sepertimu insyaAllah. Kehidupan dan kematian ini adalah ciptaan Allah untuk menguji siapakah di anatara kita yang paling baik amalannya. Kita baru di peringkat yang pertama dan tahap ujian kita ini barangkali yang paling ringin. Hari esok, lusa dan seterusnya bakal menjadikan kita sebagai medan tarbiyyah Allah untuk hambaNya yang beriman dan bersabar.

    Dan ayat yang kelima itu tentang pentingnya sebuah keyakinan kepada AllahSWT.jika difikirkan sejenak, adakah sebelum ini kita wujud? Siapakah yang mewujudkan kita? Apa tujuan kita diwujudkan. Kesemua persoalan tauhid ini harus difahami dari sudut kehambaan atau pun ubudiyyah. Sudah pastilah penciptaan ini bertujuan membuktikan Maha Besar dan Agongnya Pencipta kewujudan ini. Justeru, adakah salah jika Dia ingin menguji kita untuk melihat siapa yang paling bersyukur dengan nikmatNya dan siapa paling bersabar dengan musibahNya? Tidak kan, maka inilah kekuatan kepada sebuah keyakinan. Yakinlah Allah itu yang mengatur segalanya. Allah menyediakan kita dua jalan sama ada jalan Dia atau pun Syaitan terlaknat. Jika kita pegang jalanNya maka kita akan selamat dari segala ujian hidup, kesedihan dan kesusahan tetapi jika kita memilih jalan syaitan maka bersedialah kita untuk meninggikan keegoan kita, bermusuhan dengan manusia, mengumpat sana sini dan menaruh perasaan buruk sangka sesama manusia.

    Ayat yang terkahir.ketahuilah yang kebaikan itu tidak sama kedudukannya di sisi AllahSWT. Kita tidak dapat melarikan diri dari kejahatan sama ada sedar atau tidak namun kejahatan seharusnya ditolak dengan cara yang paling baik kerana syaitan akan cuba sedaya upaya untuk menjadikan hal yang remeh temeh terus sehingga serius dan terkuburnya sebuah kasih sayang dan hubungan silaturrahim sesama makhluk. Maka ingat berwaspadalah duhai insan dengan tipu daya syaitan ini. Jika kamu memilih nafsu sebagai jalan penyelesaian maka ikutlah kamu dengan syaitan ini. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat daripada ujian yang mematangkan ini insyaAllah..

(Disediakan oleh : Lajnah Tarbiyyah, Sumber : Portal Murabbi)

No comments:

Post a Comment