diakhiri dengan alhamdullah..
begitulah sehari dalam hidup kita..
mudah-mudahan di rahmati ALLAH..
assalamualaikum wbt kepada semua pembaca yang di rahmati ALLAH..
selawat dan salam kita dahulukan untuk junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda,shbt2 tabi' wa tabi'in, dan seluruh umat manusia. mga hari ini mnjadikan kita lebih baik dari semalam.. insya ALLAH..
Alhamdullah hingga kini kita telah mndpt nikmat yg paling besar yg x terhitung nilainya,yakni nikmat islam dan iman.tp adkh kita terglg dlm glgn yg bersyukur?? fikirknlah diman bekalan kita untuk bertemu dengan Sang Pencipta?? semua tu tercipta sejarah kehidupan..
ok.. entiti kli ni mengisahkan tentang sejarah penubuhan SMASID.. tnpa sejarah mnubuh madrasah ini siapakah kita hingga saat ini???
sebelum ni kita dah bc tntg knologi PERSATUAN ALUMNI SMASID..
Jadi kali ini
jom kita cbe baca entiti kali ini????
Sejarah ringkas Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun
Pada hari Sabtu ,26 April 1958 bersamaan dengan 7 Syawal 1377, maka lahirlah Sekolah ‘Al-arabiah’ di daerah Dungun.Dengan kelahiran sekolah agama baru ini ,maka bererti satu lagi pusat pengajian Islam bertambah di negeri ini .
Sekolah ini di tubuhkan oleh jawatankuasa yang di bentuk di pengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Dungun pada ketika itu ,iaitu Yang Berbahagia Tuan Bachik bin Abd Jalil , yang kemudiannya bergelar Dato’ Aria Negara .Apabila kita memperkatakan tentang kemajuan sekolah ini ,maka sudah tentu kita tidak dapat melupakan usaha-usaha murni pihak tertentu dalam melaksanakan pembinaan sekolah baru ini .
Pada peringkat awal , sekolah ini hanya mempunyai pelajar seramai 94 orang ( 48 lelaki dan 46 perempuan ) dengan seorang guru merangkap Pengetua sekolah ini , iaitu Ustaz Lop Yusof bin A.Rahman.Pada bulan Julai yang bertarikh 24 haribulan , bersamaan dengan 9 Muharram 13 78 , iaitu setelah 3 bulan sekolah ini menjalankan pentadbirannya ,maka satu upacara pembukaan rasmi sekolah ini telah di sempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Al –Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ,Sultan Terengganu Darul Iman . Sempena nama baginda sendiri ,maka pada detik yang penuh bersejarah itu , sekolah ini telah di perkenalkan secara rasminya dengan nama “ Sekolah Ugama Sultan Ismail Dungun” .
Pembangunan Fizikal
Kerajaan negeri melalui Jabtan Hal Ehwal Agama Terengganu ( JHEAT ) ,Bahagian Pendidikan telah membekalkan ramai guru siswazah dan bukan siswazah , peralatan pejabat dan kelengkapan sekolah semasa ia masih bertaraf sekolah rakyat ,kini Sekolah Menengah Agama Sultan Ismai telah mempunyai beberapa blok bangunan baru tiga tingkat yang mula di gunakan pada tahun 1986 lalu , Dua blok bangunan baru tiga tingkat untuk kegunaan sekolah dan pejabat , dua blok tiga tingkat asrama putera dan puteri , dan satu kantin baru yang amat selesa , satu dewan besar di samping bangunan –bangunan yang sedia ada .
Sebagai sebuah sekolah aliran agama yang tunggal di daerah ini , sambutan orang ramai amat menggalakan .Semenjak sekolah ini mula di buka hingglah sekarang , bilangan pelajarnya sentiasa bertambah .Dan pada masa ini berjumlah 805 lelaki dan pelajar perempuan dengan 66 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada pelbagai kategori .
Pembangunan Akademik
Kemasukan pelajar bukan sahaja dari daerah Dungun dan negeri Terengganu ,malahan juga dari daerah lain , pada mulanya sekolah ini menggunakan system pelajaran aliran Arab Ibtida’l dan Thanawi .Tetapi di sebabkan perubahan masa , sehingga sekarang menggunakan Kurikulum Kementerian Pendidikan .Pada tahun 1968 ,bermulalah pengajian Sijil Rendah Pelajaran dengan Sijil Ibtida’l .Sementara pengajian Sijil Pelajaran Malaysia hanya bermula pada tahun 1981 .Walaubagaimanapun ,mata pelajaran Bahasa Arab dan Agama tetap di berikan penekanan sebagai persediaan memasuki aliran Thanawi Di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainai Abdin ,Kuala Terengganu .Begitu juga Kolej Agama Sultan Zainal Abidin ,Universiti Islam Antarabangsa (UIA ) ,Universiti –university Timur Tengah serta Maktab Penguruan Islam Bangi
Pelajar –pelajar dari sekolah ini Berjaya dengan cemerlang dalam peperikasaan PMR , dan SPM ,telah berjaya menyambung pelajaran mereka ke Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin ,Kolej Sains Pendidikan Islam Terengganu .KOSPINT serta beberapa buah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh di seluruh Malaysia .Selain dari itu ,ramai pelajar yang berjaya menyambung pelajaran mereka ke universiti-universiti tempatan dan luar negeri
Dalam bidang ko-kurikulum ,sekolah ini juga tidak ketinggalan berbanding dengan sekolah agama atau sekolah kementerian yang lain .Malah merupakan perintis untuk beberapa kegiatan tertentu .Misalnya ,pembelajaran computer di mana sekolah adalah salah sebuah sekolah percubaan .Buat masa ini makmal computer dapat di jalankan pada setiap petang .Sekolah ini juga merupakan sekolah yang pertama menubuhkan koperasi sekolah yang berdaftar
Dengan memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran Hidup ,pelajar –pelajar menengah rendah telah di beri pendedahan awal tentang pertukangan tangan, jahitan serta teori –teori asas kemahiran psicomotor .Adalah di harapkan pendedahan teknologi seperti kemahiran komputer ,pertukangan tangan ,jahitan akademik , dan pengetahuan agama dapat membina pelajar menjadi ihsan yang bertakwa serta berguna kepada agama , bangsa dan Negara Insyalla
No comments:
Post a Comment