Tuesday, November 15, 2011

Travelog Bengkel Multimedia 2011 !

Pertama kali, Alhamdulillah. Ucapan Syukur ke hadrat Ilahi. kerana dengan limpah kurnia dan izinNya. Pada 11-11-11 baru-baru ini ( tarikh yang agak cantik ), Alumni Smasid telah berjaya mengadakan 'Bengkel Multimedia' di bawah anjuran Pusat Sumber SMASID yang bertempat di Makmal Komputer SMASID .
bengkel bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tghari .



Mohd Syafiq , fasilitator untuk slot pertama.

Slot pertama yang dikendalikan oleh Syafiq ialah slot video . Para peserta diajar daripada awal untuk menggunakan Windows Live Movie Maker . Antara yang sempat dikongsi bersama para peserta ialah cara untuk memasukkan lagu dalam video . Selain daripada Syafiq , terdapat lagi beberapa fasi yang terlibat .



sewaktu program dijalankan


fasi turut membantu para peserta




para peserta khusyuk mendengar penerangan daripada Syafiq

Para peserta selesai untuk slot pertama pada pukul 10.30 pagi , setelah makan pagi , program diteruskan dengan slot kedua , iaitu slot image yang dikendalikan oleh Nor Farah Fazilah . Antara yang sempat dikongsi bersama peserta ialah cara untuk menggunting imej menggunakan Adobe Photoshop . 


macamner nak gunting yer ? nak gune pe ?? cepat la gitau !! :)

Selain itu , para peserta juga diajar untuk menggunakan tools yang tersedia di dalam Photoshop . Contohnya brush tool , shape tool , dan macam - macam lagi . 





fasi bersama peserta 




sekitar program berlangsung

walaupun terdapat beberapa kekangan sepanjang program dijalankan , namun bengkel ini dapat diteruskan hingga selesai dengan jayanya . Bengkel multimedia ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari . Sekalung penghargaan diucapkan kepada para fasilitator yang terlibat , Mohd Syafiq bin Awang , Addailamy Amin Mamat , Wan Khamarul Imran Wan Rosbani , Radhiyah binti Ismail , Nor Farah Fazilah Hamzaini , Nurul Asma Hamedan dan Nur Hadani Rosli . 


muslimah yang terlibat, yang paling penting , Cikgu Zunaidah pun ader ! ~

Tidak lupa , setinggi tinggi ucapan terima kasih ditujukan kepada Cikgu Zunaidah kerana turut hadir ke Bengkel Multimedia tersebut .


fasi lelaki , peserta lelaki , Cikgu Zunaidah dan Kak Radhiah, our senior ! 


-semoga aktiviti yang bermanfaat seperti ini dapat dijalankan lagi di SMASID-

TAHNIAH buat Alumni SMASID ! 

Semoga Terus Melangkah dengan Jayanya . insyaAllah







No comments:

Post a Comment