Thursday, April 10, 2014

-kem mukmin al fateh 2014-

Alhamdulillah syukur pada Allah yg telah mengizinkan Kem Mukmin Al Fateh 2014 berlangsung dgn jayanya selama 3 hari 2 malam di SMASID.

Jutaan Tahniah diucapkan buat para committee dan fasilitator yg telah berjaya menjayakan kem ini buat adik2 di SMASID.

Terima Kasih diucapkan buat pihak sekolah yg telah membantu dan memberikan kepercayaan kpd kami drp Alumnai Smasid menjalankan kem tahunan anjuran kami ini.

Syabas diucapkan kepada semua peserta kem di kalangan pelajar tingkatan 4 SMASID bakal mewarisi kepimpinan SMASID tahun 2015. Bawalah SMASID dengan jayanya.

Syabas buat barisan urusetia sekali lagi. kami di barisan soff exco Alumni SMASID amat terharu dengan setiap pengorbanan kamu semua. Allah sahaja yg mampu membalasnya. jadikan ia hujah didepan Tuhanmu kelak.

Sama2 kita doakan diri kita dan adik2 kita ini menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat.

Tahniah.


PESERTA KEM



PESERTA DAN KOMITI KEM YANG TERBAIK
MALAM KESENIAN ISLAM
 LAKONAN DARI KOMITI

LAPORAN AKTIVITI ,
PERSATUAN ALUMNI SMASID 2013/2014





Tuesday, March 25, 2014

Assalamualaikum w.b.t buat adik-adik yang baru sahaja mendapat keputusan SPM, STPM dan STAM.
Mari kami abang2 dan kakak2 bantu kamu semua buat pilihan tempat belajar.
Depan kamu ada beberapa jalan yang boleh kamu pilih yang akan mengubah serta mencorakkan masa depan kamu untuk selamanya.

1) IPTA/IPTS: kalau nak masuk mana-mana universiti, kena isi borang UPU. Pergi ke website MOHE. Universiti lebih ana galakkan memandangkan keadaan disana yang amat terbuka dgn ilmu, suasana yang baik dan penuh dgn idea pemikiran. Ia menyebabkan kamu menjadi insan yg memahami pelbagai perkara.

Pilihlah universiti diluar negeri, ia akan memberikan kamu pengalaman baru. Tarbiyah disana lebih kreatif dan terbuka. Yg penting, universiti adalah medan ilmu dan praktikal yang terbaik bagi mencapai masa depan yg lebih gemilang memandangkan tarafnya yg bergelar menara gading.

2) Matrikulasi: Bezakan antara matrikulasi kementerian dan matrikulasi dibawah universiti. Kedua-dua matrikulasi, kamu akan mengambil masa selama setahun ke 2 tahun bagi sijil Matrikulasi/asasi yang sama level dgn Diploma.

Bezanya adalah matrik kementerian, kalau x capai pointer yg diperlukan, kita akan 'dilelong' dan diletakkan di mana2 IPTA dan kos yg ditetapkan kementerian. Kalau matrik bawah universiti atau pusat asasi, selagi x dapat pointer yg diperlukan utk masuk ke Ijazah, selagi itu x boleh masuk universiti itu. melainkn masuk Ijazah ke universiti lain.

3) Giat MARA atau Politeknik: Kalau minat dengan perkara teknikal, mekanik, khobek kete atau moto, minat dari sudut jahitan, usahawan, business, dan apa-apa perkara yg tak dop sangkut paut dgn teori pemikiran, Saya cadangkan kamu ambil bidang ini.

Bezanya kalau kos seperti teknikal ini diambil di universiti adalah disana kos tersebut lebih kepada teori dengan kiraan-kiraan matematik, fizik dan kimia.
Mungkin levelnya nampak rendah, tapi sebenarnya ia memberi kamu pengkhususan dlm bidang yg kamu minat tu dan menyediakan kamu kearah bidang itu.

4) Kolej: Beza kolej dan universiti adalah kolej baru ditubuhkan dan belum berjaya mendapat pengiktirafan kementerian bagi mendapat title universiti. Tp sebenarnya kos dan taraf sijilnya adalah sama dengan apa yang diambil di universiti.

Cuma kadang-kadang pasaran kurang berminat terhadap graduasi kolej kerana tidak ada pengiktirafan. Tapi realiti kini, orang melihat keupayaan kita berbanding sijil.

5) STPM (buat yang baru habis SPM): Ini pada saya adalah pilihan terakhir. Kerana ia mudah untuk masuk. Tapi kena faham bahawa sistem baru berkonsepkan PBS kini menyebabkan pelajar tertekan. Tarafnya sama dengan diploma, cuma suasananya sama seperti di sekolah. Kebiasaannya pelajar STPM akan jadi lebih matang dan semangatnya amat jitu bagi menebus kembali keputusan SPM mereka dahulu.

Kalau nak buat STPM, pilih sekolah yang memang hebat dan graduasinya cepat dapat universiti seperti Sheikh Malik dan KISAS. STPM dibawah sekolah Kementerian lebih mendapat tempat berbanding sekolah agama di baah kerajaan negeri.
(Mtk maaf yg ambil STPM sekolah2 kerajaan negeri)

6) STAM: Kalau berminat ke bidang agama dan ke negara Timur Tengah, sijil STAM diperlukan. STAM boleh juga boleh diguna sebagai sijil ganti SPM kalau berminat masuk ke universiti-universiti tempatan yang menyediakan kos agama seperti UIA, UM, UNISZA, dan USIM. Tetapi kamu kena compete (berlawan) dengan lepasan matrikulasi universiti itu dan pelajar diploma drp universiti lain.

Yang pasti, kamu kena minat menghafaz dan minat bahasa arab.
PILIHAN SUDAH DIDEPAN KAMU SEMUA ADIK-ADIK.. PILIHLAH.
ISTIKHARAHLAH TANYA ALLAH AGAR DIBERI KEYAKINAN HATI.
JANGAN IKUT KAWAN, SEBAB KITA ADA CITA-CITA SENDIRI, KITA HARAPAN AGAMA, KELUARGA, DAN UMMAH.
JUMPA ADIK-ADIK SEMUA DI MENARA KEJAYAAN.
(ALUMNI SMASID)

Saturday, March 8, 2014


Promisi Terkini!!! ^^

Tempahan Tshirt Persatuan Alumnai Smasid tercinta kini dibuka pada 18 Feb-31 Mac

Berminat untuk tempahan boleh direct contact pada no yang tertera Di bawah .(Lajnah Ekonomi 13/14) Syukran.

Monday, January 6, 2014

~Tabir Alumni Smasid Sesi 2013/2014~

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillahsegala puji dirafa’kan ke hadrat Allah SWTtuhan yang mentadbir sekalian alamselawat dan salam buatjunjungan mulia penghulu para nabi dan RasulNabi Muhammad SAW, ahli keluarga bagindapara sahabat RA dan seluruh pendokong agama Islam,
Ucapan selautan kesyukuran dilafazkan kepada Allah SWT yang telah memudahkan dan  melicinkan   perjalanan  mesyuarat agung  yang julung diadakan pada tahun dengan jayanya. Alhamdulillah, pada kali ni, kita telah mndapat ,perasmian untuk mesyuarat agung pada kali ini telah di rasmikan oleh penaung alumni SMASID 2013/2014,  Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail Muhammad. Melihat kepada komitmen dan kesanggupan Tan Sri untuk turun padang bersama kami merupakan satu peluang yang sangat di hargai,memandangkan beliau masih mempunyai komitmen kerja dalam masa yang sama. 





Maka,Tampuk kepimpinan ALUMNI SMASID sesi 2012/2013telah berakhir pada tarikh 31 Ogos 2013. Makaini beerti bermulanya tarikh keramat 1 september 2013, pentadbiran ALUMNI SMASID sesi 2013/2014 untuk  menyambung matarantai perjuangan tersebut.
sahabat alumni yang di kasihi sekalian,
Menjadi lumrah kehidupan sesebuah perjuangan yang benar itu pasti tidak akan temui noktahnya. Mata rantai perjuangan Islam akan sentiasa silihberganti bagi meneruskan kesinambungan gerak kerja  Islam.Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan diganti. Inilah ungkapan keramat yangselalu kita dengari bagi membuktikan bahawa kebenaran itu pasti akan ditegakkan walaupun pemimpinnya   bertukar ganti.
TAHNIAH DAN TAKZIAH diucapkan buat seluruh Line up Organisasi Alumnai Smasid 2013/2014.



Penaung :  Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail Muhammad
Presiden:  Hafizul Faris Bin Che Razlan
Timbalan Presiden 1:   Nordin Bin Ithnin
Timbalan President 2: Nur Mariam Nazihah Binti Mohammad Yusof
Setiausaha:    Fakhrulkhairi Bin Nagmuddin
Timbalan Setiausaha : Siti Amnah Binti RALIB
Bendahari: Syafiq Aiman
Timbalan Bendahari:Naqibah Binti Baharom

Exco Tarbiah: 
Ketua:Salman
Timbalan 1: Ahmad Zuhairei
Timbalan 2: Siti Sarah Binti Ali
Setiausaha: Nur Hikmah

Exco Perhubungan:
Ketua: Kamalul Bin Lukman
Timbalan: Siti Azmah Bin Ali
Setiausaha:Nurul Iqlima Binti Yahya

Exco Kebajikan:
Ketua:Hafizul Amin Bin Alias
Timbalan:Wan Nusaibah Asiah Binti Wan Hassan
Setiausaha: Maisarah Binti Mohd Zabidi

Exco Modal Insan:
Ketua :Mohamad Dhuha bin Mokhtar
Timbalan:Nurul Wahaidah Binti Abdul Wahab
Setiausaha:Khairiyah Binti Sulong

Exco Ekonomi:
Ketua: Zuhdi Bin Abdullah
Timbalan 1:Mohd Azizul Binti Talib
Timbalan 2:Nur Hamidah 
Setiausaha: Ashikin 

Exco Multimedia:
Ketua: Ahmad Mui'zuddin bin Mohd Riffin
Timbalan: Nurul Asma Binti Hamedan

"Sesungguhnya kami telah menawarkan amanat kepada langit,bumi,gunung - ganang tetapi semua enggan,memikul amanah ini dan mereka khuatir tidak dapat melaksanakan ,lalu dipikulkn amanah itu oleh manusia,sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat jahil ( Surah Ahzab 33: 72)
Kami bukanlah yang terbaik dari kalangan kamu semua, 
Kami mengharapkan sokongan kamu semua dlm menggerakkan persatuan ini.

Maka tegurlah kami andai kami melakukan kesilapan,
dan sedarkanlah kami andai kami lalai dari menjalankan amanah ini.

"janganlah kamu tanya apakah jasa sekolah pada kamu, tetapi tanyalah, apakah jasa kamu kepada sekolah"
(arwah ustazah Rokiah)

Sama-samalah kita gerakkan Persatuan Alumni SMASID ini agar mampu menjadi persatuan yg menabur bakti kepada sekolah, sesama ahli serta masyarakat setempat.
Siru ‘ala barakatillah,