Wednesday, March 27, 2013

~Jom Pakat sokong produk-produk keluaran Persatuan Alumni Smasid~

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah...penjualan t-shirt Alumni Smasid telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari sahabat-sahabat Alumni Smasid..Dan berita gembira kEPADA penempah-penempah t-shirt Alumni, InshaAllah anda akan mendapat tempahan t-shirt alumni pada awal April ini.. Buat sahabat Alumni yang tak sempat nak tempah  tshirt Alumni untuk tempahan pertama  InshaAllah boleh tempah untuk tempahan yang akan datang.Pihak kami akan maklumkan pada sahabat-sahabat Semoga dipermudahkan segala urusan..Aminn


Tshirt Alumni Muslimin :Hanya Rm25 sangat berpatutan ^^
Tshirt Alumni Muslimah :Hanye Rm 28.00 sangat berpatutan & menepati syariat islam ^^

Syukur yang tidak terhingga pada-Nya...
Penjualan Button Badge versi Alumni Smasid juga mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan pelajar-pelajar.

Button Badge Versi Alumni Smasid

Penjualan Button Di Book Fair Unisza

Button Badge Versi Alumni Smasid 12/13 dengan 20 Design yang berbeza  sangat cantik,menarik beserta dengan kata-kata motivasi yang akan menaikkan semangat kte Insha Allah ^____^ hanye Rm 2.50 jer..sangat berpatutan & boleh dijadikan sebagai kenangan :)

 *Semoga perniagaan mendapat berkat dan rahmat dari Allah s.w.t..Jom Pakat Sokong Produk daripada Alumni Smasid..Moga peroleh redha-Nya..

by Lajnah Ekonomi Persatuan Alumni Smasid 12/13

Tuesday, March 26, 2013

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..:)

Tahniah buat adik-adik spm 2012 SMASID yng memperolehi keputusan yang agak cemerlng yng diumumkan pada khamis lepas..Allah..tabik spring..:)..dan buat adik2 yng memperolehi keputusan yang kurang memberansangkn..jangn BERPUTUS ASA..perjalanan tuk menuntut ilmu bukn ternoktah apabila keputusan SPM diumumkan tp ilmu Allah sangt luas..Allah itu Maha Pemberi Rezeki. :)


Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.

May Allah Bless..:)

by Exco Perhubungan


Sunday, March 10, 2013

Ziarah Presiden :Kemalangan

Assalamualaikum wbt bt semua pmbaca blog ALUMNI SMASID

Tanggal 10hb Mac 2013,12.30 tgh malam menerima satu berita yang menimpa Presiden ALUMNI SMASID yg terlibat dalm kemalangan yg mmbabitkan moto vs kenari pada 9/3/13 jam 11.30 mlm, berdekatan dgn Masjid Zakaria.. Beliau dalam perjalanan untuk pulang ke uiam setelah selesai Program Bersama YB Razif(exco pendidikan ) anjuran Persatuan Mahasiswa Terengganu(PERMATA). Bertubi-tubi msg kt inbox dari kwn2 bertnyakan tntg beliau kpada ana..pelbagai persoaln yg bermain di fikiran.. Akhirnya , terbaca satu post tentg yb:

1. Setakat jam 4.30 AM, masih ditahan di Zon Kuning, Unit Kecemasan, Hospital Selayang.

2. Kecederaan utama:
-patah di bahagian paha
-patah di bahagian bahu
-kecederaan di muka

3. Sudah menjalani X-Ray dan CT Scan. Tiada kecederaan di higher & lower abdomen.

4. Pre-Diagnosis (Ortopedik)
-memerlukan lebih kurang sebulan sebelum boleh memulakan fisioterapi.
-kecederaan di bahu di'benar'kan untuk pulih tanpa pembedahan
-menerima 15-17 jahitan di bahagian muka

mohon doa dari semua sahabat same-same kte doakan semoga beliau yg kte segani ini diberi kesembuhan yang segera ..
Syafakallah buat beliau..semoga Allah beri kekuatan..
Allah sebaik-baik perancang ...


Alhamdulilah pada jam 12.45 tghri, bersama bberapa org rakan perjuangn bersama menziarahi beliau di Hospital Selayang..terpacar wajah keceriaan dari yb walaupun hakikat beliau sakit.. x putus2 dgn senyuman dan melayan karenah shbt2 yang mnziarahi beliau.. Setelah hmpir bberapa jam berada di hospital, kami di bgthu bahawa kesembuhan beliau mngambil masa yg lama.. di bahagian bahu mngambil masa sebulan dan di peha mngmbil masa 5@6 bln untuk baik.. dan akn mnjalani operate untuk memasukkan besi kt kaki dalam mase terdekat... ni antara gambar2 yg diambil:


wajah ceria seorang pejuang bersama rakan2 yg mnziarahi mereka

bersama rakan perjuangan yb zahid ,adli dan adham.. 
sempat ag bt no 7..

 terpancar kepenatan di wajah yb apabila melayan shbt2 yg mnziarahinya..
akhrnya. beliau tido dgn tenang.
 

Pelbagai  doa telah di berikan buat yb untuk kesembuhan beliau..

Smasid Cikgu Yusof Ya Allah ya tuhanku, pada pandanganku ujian ini mungkin berat untuk pendai' ini. Namun mungkin terahsia jutaan hikmah yang akan Engkau anugerahkan. Atas rahsia itu Ya Allah, seketika waktu lembutkan hati saudara Hafizul Faris Che Razlan untuk menerima qada' dan qadarMu. Kuatkanlah semangatnya. Perkasakan perjuangannya. Paparkanlah nanti Ya Allah, rahsia hikmah yang yang Engkau rahsiakan atas musibah ini. Agar nanti iman kami bertambah mantap dan amal kami hanya untukMu Ya Allah. Amin Ya Rabb

Matt Reez innalillahwainnaillahirojiun... smoga tiada yg memudaratkan & cepat sembuh..

Nurul Nadzatul Nadwa syafakallah YB Hafizul Faris Che Razlan
Moga cepat sembuh,insyallah. 
Allah beri kerehatan seketika kpd nta.

Zabeda Abdul Hamid Oh no...Insha'Allah hope he'll get well quickly.


Hafizatul Fathinah
Kesembuhannya kebahagiaan buat kami-
Baru 3hari lepas dy kuatkan ak dgn kata2 agr ak bsemangat utk bjuang demi Islam, ya Allah, hari ini, ak mohon Engkau kuatkannya dlm menghadapi ujianMu..
Tolong jaga dia untuk kami skeluarga..aamiin
Sahabat2, doakan kesembuhan & kekuatan utk abg ana..~Allah uji hamba2 yg Dia sayang~

ini antara doa2 yg x putus2 dari shbt kepada shbt.. Jadi ana mewakilkan kepada semua ALUMNI SMASID mengucapkan taziah atas yb atas musibah yg berlaku.. semua ni ada hikmah yg tersembunyi dari ALLAH.. Semoga yb menjadi lebih bersemangat untuk terus dlm prjuangan..Syafahuallah buat yb HAFIZUL FARIS CHE RAZLAN

P/S : sesiapa yg berkelapangn untuk menziarahi beliau di Hospital Selayang, 6D,Katil no 18

Dari,
NUR MARIAM NAZIHAH BINTI MOHAMMAD YUSOF
(Timbalan Presiden Alumni SMASID 2012/2013)

KISAH

  : PEMUDA DAKWAH



Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah S.A.W. yang sangat berjasa dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam, dia berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu bersaing dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.


Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara. Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesu. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya. Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Mus’ab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya:



“Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.


Apa lagi, lemahlah si ibu mendengar jawapan si anak. Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu. Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping lantaran penyiksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:

“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.




Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama Al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, Al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Mus’ab, adalah orang pertama diutus oleh Nabi ke Madinah untuk berdakwah. Hasil dakwahnya, pada tahun tersebut 12 orang Madinah Masuk Islam dan bertemu dengan Nabi di Musim Haji untuk mengikat janji setia dengan Nabi(Perjanjian A’qabah 1). Pada tahun berikutnya 70 lagi orang Madinah masuk Islam dan datang ke Mekah di musim Haji untuk berjanji setia dengan Nabi(Perjanjian A’qabah 2).Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka jalan kepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru:

Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak.

Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud. Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al- Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:

Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah.

Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah. Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana berbanding darjat dan kehidupan serba mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan akhirat..

P/s : sama-sama doakan Saudara Hafizul Faris B. Che Razlan (Presiden Alumnai 12/13) tabah dan cepat sembuh dari kecederaan akibat kemalangan yang menimpanya. Amin


cebisan perkongsian dari,

..:: EXCO TARBIYAH ALUMNAI SMASID 12/13 ::..

Sunday, March 3, 2013

Memberi Dengan Ikhlas

Ramai di antara kita, suka menolong orang lain. Tetapi ramai juga yang merasa kecewa kerana pertolongan yang diberikan seolah-olah tidak dihargai. "Sekurang-kurangnya, ucapkanlah terima kasih." Itu nada kecewa yang seringkali kita dengar.
Banyak situasi dalam hidup kita yang datang untuk menguji sejauh manakah ikhlasnya kita. Adakah hanya sekadar di bibir sahaja tetapi di dalam hati membebel panjang?
Atau kita memang betul-betul ikhlas sewaktu memberi bantuan, tetapi apabila pertolongan yang diberi tidak dihargai, mulalah hati terasa kecewa.
Kenapa agaknya kita rasa sebegitu? Walhal apabila datang kawan atau saudara yang meminta pertolongan, lancar saja mulut kita menyebut untuk memberi bantuan seikhlas yang mungkin tanpa meminta balasan.
Tetapi ternyata, ikhlas susah untuk diberi. Adakah puncanya kerana si penerima bantuan itu yang benar-benar tidak mengenang budi?
Ataukah mungkin kita yang TIDAK MEMBERI SEPENUH HATI?
Mungkin ramai yang tidak suka dengan kenyataan di atas, namun tidak salah kalau kita sama-sama fikirkan, mungkin ada kebenarannya.
Ayuh kita lihat kembali pertolongan-pertolongan yang kita dah berikan kepada sahabat atau saudara kita.
Apabila kita memberi, adakah kita kecewa apabila tiada ucapan terima kasih sebagai balasan?
Apabila kita membantu, adakah kita mengharapkan mereka akan kembali membantu apabila kita dalam kesusahan?
Apabila kita menolong, adakah kita sakit hati apabila kita tidak lagi dihiraukan selepas mereka senang?
Apabila kita menghulur, adakah kita tak senang duduk apabila tiada penghargaan diberikan?
Apabila kita membuat kebaikan, adakah kita selalu mengungkit kebaikan yang telah dilakukan?
Apabila kita membuat kebajikan, adakah kita rasa seolah-olah mahu dihebohkan kepada semua orang kebajikan yang telah kita laksanakan?
Kalau semua persoalan di atas jawapannya adalah ada, mungkinkah kita belum lagi memiliki sifat Ikhlas? Kerana pertolongan yang diberikan seolah-olah meminta untuk dibalas.
Setuju atau tidak dengan kenyataan ini?
Apabila kita menolong binatang, kita menjadi lebih ikhlas daripada menolong manusia.
Kenapa? Kerana kita tahu binatang tidak dapat membalas kebaikan kita, oleh sebab itu, kita menolong mereka tanpa mengharapkan ucapan terima kasih, puji-pujian, atau sebagainya.
Maka, kita tidak boleh mengharapkan balasan? Bukankah kita telah menolong mereka dengan ikhlas tanpa mengharapkan pembalasan?
Sebelum tu, mari kita semak.
Harta kita yang kita guna untuk bantu sahabat dan saudara kita, milik siapa?
Tangan kita yang kita hulur untuk tolong mereka, milik siapa?
Kaki kita yang kita guna untuk permudahkan urusan mereka, milik siapa?
Telinga kita yang kita guna untuk dengar permasalahan mereka, milik siapa?
Mulut kita yang kita guna untuk memberi nasihat kepada mereka, milik siapa?
Mata kita yang kita guna untuk melihat penderitaan mereka, milik siapa?
Akal kita yang kita guna untuk fikirkan alternatif masalah mereka, milik siapa?
Kekuatan kita untuk mendengar, melihat, bercakap dan bergerak, milik siapa?
Ilham kita untuk menyelesaikan masalah mereka, milik siapa?
SEMUANYA MILIK ALLAH!
Bukankah begitu?
Andai semua itu bukan milik kita, maka kita tidak berhak untuk menagih pembalasan darinya.
Bagaimana mungkin kita berani meminta balasan, sedangkan tiada satu pun milik kita yang mutlak. Harta, kekuatan, ilham.. semua itu milik Tuhan. Jadi yang selayaknya dapat pengiktirafan selepas diberi bantuan, adalah Allah, Tuhan semesta alam.
Seharusnya, kita tidak ada apa-apa untuk dikeluh kesahkan. Tiada istilah kecewa ataupun sakit hati sekiranya dilupakan selepas memberi bantuan kerana hakikat sebenarnya bukan kita yang membantu, bahkan Allah yang melakukannya.
Jadi, kita ni sebagai apa? Sebagai ASBAB. Sebagaimana ubat itu asbab kesembuhan, kita pula asbab penyelesaian masalah mereka, dan apabila kita sendiri ditimpa masalah, rakan dan saudara menjadi asbab kepada kita pula. Cantik aturan Tuhan kan?
Jadi, apa yang kita dapat? Sepatutnya tidak ada apa-apa yang kita dapat kerana semuanya dari Allah.
Tetapi, betapa maha Pengasih dan Penyayangnya Allah. Rupanya bukan saja-saja Dia jadikan kita sebagai asbab, rupa-rupanya Dia mahu memenuhkan akaun simpanan kebaikan kita.
Walaupun semuanya dari Allah, tetapi kita yang tidak berbuat apa-apa kerana tidak memiliki apa-apa ini masih lagi dapat hadiah lumayan dari Allah.
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" [Al-Zalzalah:7]
Tengok, kita tidak memberi apa-apa, tetapi Allah memberi PAHALA kepada kita. Mudah sahaja formulanya. Beri dengan IKHLAS, tunggu Allah balas.
Jadi sebenarnya, Allah ilhamkan kita kekuatan untuk membantu orang lain, kerana Allah mahu membantu kita mempertingkatkan amal kita. Subhanallah.
Jadi, perlukah ada rasa kecewa selepas menghulurkan bantuan? Perlukah diharapkan balasan dari manusia, sedangkan ganjaran dari Allah lebih berharga dan istimewa?
Siapa kita mahu merebut penghargaan itu, sedangkan pemilik sebenarnya adalah Allah?
Andai masih ada perasaan kecewa, sakit hati dan geram, petua untuk mengubatinya mudah sahaja.
Tanya diri sendiri, layakkah nak harapkan sesuatu yang bukan milik kita?
Ingat firman Allah: 
"Katakanlah, Mahukah kami khabarkan tentang orang yang paling rugi amalan mereka? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka di dunia, sedang mereka menyangka telah mengerjakan sebaik-baiknya." [Al-Kahfi:103-104]
Ayuh, memberi dengan IKHLAS, tanpa minta DIBALAS.
Wassalam.
 - Exco Kebajikan Alumni Smasid 2012/13 -

Friday, March 1, 2013

SENYUM ^^


Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"
Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).