Setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan adik-adik dalam SPM sesi 2011 dari kami wakil ALUMNI SMASID juga masih tidak terlambat untuk mengucapkan ahlan wasahlan buat adik-adik yang baru sahaja bergelar ahli Alumni Smasid , semoga terus cemerlang di masa akan datang. Sejauh mana keberjayaan kita dalam peperiksaan, perlu di ingatkan tanpa keringat seorang yang bergelar GURU mana mungkin kita semua dapat melangkah sehingga ke tahap ini. Bagi mereka yang mendapat keputusan yang kurang menyenangkan hati ibu bapa, usah kuatir dan bimbang kerana masa masih panjang untuk kita cipta satu perubahan yang lebih hebat kerana “Tanpa halangan, matlamat bukanlah suatu impian” . Justeru menuntut ilmu tidak hanya terhenti di sekolah malah masih banyak lagi peluang dan ruang untuk menyambung pengajian di mana-mana IPTA/S, STAM, STPM ,Persijilan,Vokasional dan lain-lain kerana apa yang penting USAHA dan KEYAKINAN yang padu perlu diperhebatkan .
Allah Swt. berfirman dalam Al-Qur'an:"Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama?" (QS. At-Taubah:122)
suasana ketika pengambilan keputusan SPM di Dewan Gemilang SMASID.
Keputusan untuk menyambung belajar dalam apa-apa bidang terletak di tangan adik-adik, justeru buatlah pilihan yang terbaik berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing dengan mengambil kira keputusan yang diperolehi kerana kursus yang di ambil bakal mempengaruhi masa hadapan adik-adik.Sentiasa berjumpa dan merujuk guru-guru untuk meminta pandangan mereka berkenaan jurusan yang bakal di ambil agar bidang yang dipilih bersesuaian dengan kemampuan adik-adik.Sehingga bertemu lagi All the Best ..^_^
"Orang-rang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuanya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang " Cecil B.DeMille