Monday, January 6, 2014

~Tabir Alumni Smasid Sesi 2013/2014~

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillahsegala puji dirafa’kan ke hadrat Allah SWTtuhan yang mentadbir sekalian alamselawat dan salam buatjunjungan mulia penghulu para nabi dan RasulNabi Muhammad SAW, ahli keluarga bagindapara sahabat RA dan seluruh pendokong agama Islam,
Ucapan selautan kesyukuran dilafazkan kepada Allah SWT yang telah memudahkan dan  melicinkan   perjalanan  mesyuarat agung  yang julung diadakan pada tahun dengan jayanya. Alhamdulillah, pada kali ni, kita telah mndapat ,perasmian untuk mesyuarat agung pada kali ini telah di rasmikan oleh penaung alumni SMASID 2013/2014,  Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail Muhammad. Melihat kepada komitmen dan kesanggupan Tan Sri untuk turun padang bersama kami merupakan satu peluang yang sangat di hargai,memandangkan beliau masih mempunyai komitmen kerja dalam masa yang sama. 





Maka,Tampuk kepimpinan ALUMNI SMASID sesi 2012/2013telah berakhir pada tarikh 31 Ogos 2013. Makaini beerti bermulanya tarikh keramat 1 september 2013, pentadbiran ALUMNI SMASID sesi 2013/2014 untuk  menyambung matarantai perjuangan tersebut.
sahabat alumni yang di kasihi sekalian,
Menjadi lumrah kehidupan sesebuah perjuangan yang benar itu pasti tidak akan temui noktahnya. Mata rantai perjuangan Islam akan sentiasa silihberganti bagi meneruskan kesinambungan gerak kerja  Islam.Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan diganti. Inilah ungkapan keramat yangselalu kita dengari bagi membuktikan bahawa kebenaran itu pasti akan ditegakkan walaupun pemimpinnya   bertukar ganti.
TAHNIAH DAN TAKZIAH diucapkan buat seluruh Line up Organisasi Alumnai Smasid 2013/2014.



Penaung :  Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail Muhammad
Presiden:  Hafizul Faris Bin Che Razlan
Timbalan Presiden 1:   Nordin Bin Ithnin
Timbalan President 2: Nur Mariam Nazihah Binti Mohammad Yusof
Setiausaha:    Fakhrulkhairi Bin Nagmuddin
Timbalan Setiausaha : Siti Amnah Binti RALIB
Bendahari: Syafiq Aiman
Timbalan Bendahari:Naqibah Binti Baharom

Exco Tarbiah: 
Ketua:Salman
Timbalan 1: Ahmad Zuhairei
Timbalan 2: Siti Sarah Binti Ali
Setiausaha: Nur Hikmah

Exco Perhubungan:
Ketua: Kamalul Bin Lukman
Timbalan: Siti Azmah Bin Ali
Setiausaha:Nurul Iqlima Binti Yahya

Exco Kebajikan:
Ketua:Hafizul Amin Bin Alias
Timbalan:Wan Nusaibah Asiah Binti Wan Hassan
Setiausaha: Maisarah Binti Mohd Zabidi

Exco Modal Insan:
Ketua :Mohamad Dhuha bin Mokhtar
Timbalan:Nurul Wahaidah Binti Abdul Wahab
Setiausaha:Khairiyah Binti Sulong

Exco Ekonomi:
Ketua: Zuhdi Bin Abdullah
Timbalan 1:Mohd Azizul Binti Talib
Timbalan 2:Nur Hamidah 
Setiausaha: Ashikin 

Exco Multimedia:
Ketua: Ahmad Mui'zuddin bin Mohd Riffin
Timbalan: Nurul Asma Binti Hamedan

"Sesungguhnya kami telah menawarkan amanat kepada langit,bumi,gunung - ganang tetapi semua enggan,memikul amanah ini dan mereka khuatir tidak dapat melaksanakan ,lalu dipikulkn amanah itu oleh manusia,sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat jahil ( Surah Ahzab 33: 72)
Kami bukanlah yang terbaik dari kalangan kamu semua, 
Kami mengharapkan sokongan kamu semua dlm menggerakkan persatuan ini.

Maka tegurlah kami andai kami melakukan kesilapan,
dan sedarkanlah kami andai kami lalai dari menjalankan amanah ini.

"janganlah kamu tanya apakah jasa sekolah pada kamu, tetapi tanyalah, apakah jasa kamu kepada sekolah"
(arwah ustazah Rokiah)

Sama-samalah kita gerakkan Persatuan Alumni SMASID ini agar mampu menjadi persatuan yg menabur bakti kepada sekolah, sesama ahli serta masyarakat setempat.
Siru ‘ala barakatillah,

Thursday, August 1, 2013


Assalamualaikum sahabat sahabat sekelian,semoga dalam rahmat Allah s.w.t (^_^)

 Alhamdulillah, Allah telah memberi kita peluang untuk berada di dalam bulan penuh barakah ini yakni bulan ramadhan, kasihnya Allah kepada kita, kita dapat menjalani ibadah puasa dengan baik berbanding negara yang ditimpa bencana, berlaku peperangan dan sebagainya.. ketahuilah itu salah satu nikmat yang Allah berikan kepada kita ... 

Masa telah berlalu dengan pantas, Ramadhan masih berbaki beberapa hari sahaja... 
Mari kita fikir sejenak .. 

          "Adakah Ramadhan yang kita jalani ini lebih baik dari yang lepas ???" 
 "Ibadah kita lebih cemerlang dari yang lepas ???"   
 Tepuk dada tanya Iman..

kita telah berada di 10 hari terakhir Ramadhan, Fasa yang dikatakan pembebasan api neraka oleh sesetengah ulama', fasa ini juga dikatakan terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu malam.. ya, betul , Malam Lailatul Qadr seperti firman Allah s.w.t di dalam surah Al Qadr



إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ * لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ *

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”.
 (Al-Qadr: 1-5)

Apa yang ingin dikongsikan ialah beberapa amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad dan para sahabat. 

1. Mandi, berpakaian Indah dan memakai harum haruman 

 Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan. 

Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.


2. Melaksanakan Solat Sunat, Iktikaf dan membaca Al-quran 

 Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.” 

Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”

Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.
 




3. Memperbanyakkan doa 

 Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar. 

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).” 

  
Selain dari perkongsian yang disebut, Banyak lagi panduan dan rujukan untuk kita mempertingkatkan amal ibadat, berbalik kepada diri kita sendiri samada ingin melakukannya atau tidak.. 


 
p/s : Ayuh, tingkatkan amal ibadah seolah-olah Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir buat kita .. semoga Allah menerima segala amalan kita . Amin  
  




 Perkongsian dari Exco Tarbiyyah Alumni SMASID 12/13

Thursday, May 16, 2013

KELEBIHAN BULAN REJAB





Rejab bulan Isra' dan Mi'raj. Bulan disyariatkan solat. Solat menjamin penghapusan dosa dan menyahkan segala karat-karat kesalahan hamba dengan tuhannya. Akhirnya manusia mejadi segar, bersih, suci dan menjalani kehidupan sihat yang sebenarnya.
Sabda Rasulullah saw :

مَثَلُ الصَّلَوَاتِ الخَمْسِ كَمَثَلِ نَهْرٍ جَارٍ غمر عَلىَ بَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ مِنْهُ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسَ مَرَّاتٍ قَالَ قَالَ الحَسَنُ وَمَا يُبْقِيْ ذَلِكَ مِنْ الدَّرْنِ
Bermaksud : " Perumpamaan sembahyang lima waktu seperti sungai yang mengalir di hadapan pintu rumah seseorang di kalangan kamu. Dia mandi darinya setiap hari liama kali sehari. "

Al Hasan berkata : " Tidak tertinggal sebarang daki lagi "
HR Muslim.

لا يتوضأ رجل مسلم فيحسن الوضوء فيصلي صلاة إلا غفر الله له ما بينه وبين الصلاة التي تليها

" Tiadaklah seorang muslim itu berwudhu' lalu dia memperelokkan wudhu'nya. Kemudian dia sembahyang satu sembahyang melainkan Allah ampunkan untuknya kesalahan yang berlaku antara sembahyang itu dan sembahyang seterusnya. ".
HR Muslim.


Rejab Bulan Isra' & Mi'raj, Bulan Solat.

Solat menjadi anak kunci kebaikan dan penutup pintu kejahatan. Ia adalah pemandu kepada amal soleh dan pemelihara dari kerja jahat dan maksiat.
Perbuatan keji dan mungkar menjadi paksi kejahatan dalam hidup manusia. Jika manusia mampu membebaskan diri darinya maka dia adalah golongan baik yang terpilih.
Justeru, golongan ini memilih untuk mendahulukan solat sebelum semua urusan lain sebagai bukti hati yang sejahtera, yang mengagungkan Allah sebenar-sebenarnya.

Firman Allah swt :

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ [3]

" Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Rejab Bulan Isra' & Mi'raj, Bulan Solat.

Antara kelebihan terbesar solat adalah peranannya yang membantu manusia untuk mencapai kepentingan dirinya samada dalam urusan dunia atau akhirat.

وَاسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ

Bermaksud: " Minta bantuanlah dengan sabar dan bersembahyang " Surah al Baqarah:45.

Panduan ini sangat berguna dalam hidup manusia. Kelemahan adalah sifat semulajadi manusia. Mendapatkan pertolongan dan memohon bantuan adalah suatu yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan.
Maka sembahyang adalah ruang yang terbuka luas untuk manusia mendapat pertolongan yang sentiasa diperlukan itu. Inilah saatnya Allah swt membuka pintu dan menerima manusia sebagai tetamunya. Di situlah tempat mengadu nasib dan di situlah tempat meminta hajat keperluan.



Rejab Bulan Isra' & Mi'raj, Bulan Solat.

Sesiapa yang memelihara sembahyang, keinginannya untuk melakukan kebaikan, kekuatannya untuk mentaati perintah Allah sentiasa berada di puncaknya. Segala amal soleh dilakukannya dengan penuh iman dan keyakinan.

Kepuasannya adalah untuk berkebajikan dan kebaktian. Hidupnya sentiasa dalam suasana iman atau lebih tepatnya iman di dalam dirinya yang sentiasa hidup.
Sabda Rasulullulah saw :

وقال r «إذا رأيتم الرجل يعتاد المسجد فاشهدوا له بالإيمان، فإن الله يقول: إنما يعمر مساجد الله من آمن بالله واليوم الآخر

Maksudnya : Apabila engkau melihat seseorang itu mebiasakan diri dengan masjid, maka jadilah saksi bahawa dia seorang yang beriman. Sesungguhnya Allah swt telah berfirman : " Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah itu adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat ".
Maka solat adalah bukti hati yang makmur dengan kejujuran iman sementara mengabaikannya adalah ciri nifaq dan kufur. Menjaga solat lima waktu bermakna menghidupkan suasana iman dalam kehidupan peribadi dan umat.



Rejab Bulan Isra' & Mi'rak, Bulan Solat.

Meraih kasih Allah menjadi buruan manusia yang berjiwa hamba. Menjadi kekasih Allah bermakna menjadi makhluk yang sentiasa mendapat segala layanan istimewa. Di sinilah terserlah keindahan solat yang membuka jalan menuju kepada pintu yang boleh menerima manusia sebagai kekasih Allah.

عن أَبَي عَمْرٍو الشَّيْبَانِيَّ يَقُولُ حَدَّثَنَا صَاحِبُ هَذِهِ الدَّارِ وَأَشَارَ إِلَى دَارِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي بِهِنَّ وَلَوْ اسْتَزَدْتُهُ لَزَادَنِي

Bermaksud : Dari Abi Amr assyaibani katanya : Tuan punya rumah ini memberitahu kami. Dia menunjuk ke arah rumah Abdullah ( ibn Masuud ) ra. Dia memberitahu yang dia ada bertanya Rasulullah saw: " Apakah amal yang lebih dikasihi Allah ?". Baginda saw bersabda: " Sembahyang di awal waktu ". Ibn Masuud bertanya lagi : Kemudian apakah? Baginda menjawab: " Berbakti kepada kedua ibu bapa ".Beliau bertanya: " Kemudian apakah?" Baginda saw menjawab: " Jihad di jalan Allah ".Demikian baginda memberitahunya. Jika aku meminta tambahan pasti dia akan tambahkan lagi.
HR al Bukhari dan Muslim.

عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَقِيمُوا وَلَنْ تُحْصُوا وَاعْلَمُوا أَنَّ خَيْرَ أَعْمَالِكُمْ الصَّلَاةَ وَلَا يُحَافِظُ عَلَى الْوُضُوءِ إِلَّا مُؤْمِنٌ

Bermaksud: Dari Thauban ra katanya : Sabda Rasulullah saw : " Jejakilah jalan lurus ( istiqamah ) walaupun kamu tidak akan mampu sepenuhnya. Ketahuilah sebaik-baik amal kamu adalah solat dan tidak mampu memelihara untuk sentiasa dalam keadaan berwudhu' melainkan mu'min. "
HR Ahmad,Ibn Majah, Darimi dan Ibn Hibban.
Demikian solat berperanan besar mendekatkan pertalian hamba dengan tuhannya. Justeru solat adalah sebaik-sebaik amal bakti dan seterusnya menjadi aktiviti yang paling diredhai Allah terhadap hambanya di bumi. Sekali lagi kita mendapat bantuan dari kerja solat untuk meraih kasih Allah yang menjadikan kehidupan kita bernaung di bawah teduhan rahmah dan inayahNya....





cebisan perkongsian dari,

..::
 EXCO TARBIYAH ALUMNAI SMASID 12/13 ::..


Wednesday, May 15, 2013

CARA-CARA ANDA MENGHARGAI JASA DAN PENGORBANAN GURU


Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Begitulah tadi bait-bait puisi yang diungkapkan oleh Datuk usman Awang bekas Sasterawan Negara pada tahun 1979 yang bertajuk Guru Oh Guru. Ternyata puisi tersebut mengiktiraf guru sebagai insan murni yang bertungkus-lumus mencurahkan bakti demi mendidik anak bangsa menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelektual dan sosial (JERIS). Dalam proses manuntut ilmu pengetahuan, guru dikatakan pelengkap untuk memacu pembangunan minda dan intelektual seseorang. Dalam konteks negara pula, guru dapat diinterpretasikan sebagai permata yang amat berharga bagi memastikan negara berada pada landasan yang tepat agar dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain yang maju. Justeru, sememangnya jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh guru perlu dihargai, hatta dengan lemparan senyuman kejujuran tanda terima kasih daripada pelajarnya.

Pelajar ialah individu yang sepatutnya menghargai jasa dan pengorbanan guru. Hal ini kerana pelajar merupakan individu yang paling hampir dan amat mendambakan ilmu daripada guru untuk bekalan menempuhi pelbagai ranjau dan liku kehidupan masa hadapan. Sebagai pelajar, mereka perlu berkelakuan baik terhadap guru walaupun di mana-mana mereka berada. Pelajar harus senantiasa menghormati guru, bersopan-santun dan berbudi pekerti mulia apabila berhadapan dengan guru mereka. Sebagai contoh, perbuatan memberi salam dan mengucapkan salam sejahtera serta menggunakan nada yang lembut semasa berkomunikasi adalah amat dituntut daripada pelajar. Uslub ini bukan sahaja dapat menghargai jasa dan epngorbanan guru, bahkan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dengan pelajar, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Semasa di dalam kelas, pelajar yang menghormati guru tidak sesekali membuat bising sehingga mengganggu guru menjalankan tugasnya. Tegasnya, berbudi bahasa serta beradab sopan merupakan amalan terpuji bagi menghargai guru yang mengajar serta mendidik kita.

Selain itu, pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru. Belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja penting untuk kecemerlangan diri tetapi dalam masa yang sama mampu mengharumkan nama sekolah. Kecemerlangan yang diperolelh secara langsung dapat menyejukkan hati guru yang mengajar para pelajarnya. Sebagai contoh, pelajar perlu bertungkus-lumus dan berhati waja untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam semua peperiksaan yang diduduki seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia(STPM).Kejayaan yang tercipta diumpamakan sebagai hadiah berharga serta memastikan jerih payah guru tidak sia-sia dan berlalu begitu sahaja ibarat mencurahkan air ke daun keladi ataupun mencurahkan garam ke laut. Dalam hal ini, pelajar seharusnya sedar bahawa guru tidak pernah meminta apa-apa balasan daripada kejayaan yang tercipta tetapi cukup sekadar ucapan terima kasih yang kadang kala amat sukar dilafazkan.

Di samping mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik, para pelajar seharusnya tidak melanggar disiplin serta melibatkan diri dengan kegiatan negatif yang boleh merosakkan nama baik guru dan sekolah. Fenomena ini perlulah diberikan perhatian oleh para pelajar kerana pelbagai perkara negatif yang dilakukan oleh pelajar sama ada di sekolah atau di luar kawasan sekolah seolah-olah menggambarkan kegagalan guru mendidik para pelajarnya. Antara ciri pelajar berdisiplin ialah mereka sentiasa datang awal ke sekolah, sentiasa menepati masa, tidak terlibat dalam gangsterisme, vandalisme mahupun ponteng sekolah. Walaupun sesetengah kes dianggap terpencil, tetapi tetap digunakan utnuk menghukum semua guru di seluruh negara seperti kata peribahasa kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Oleh itu, untuk mengelakkan pandangan sinis masyarakat terhadap tugas dan peranan yang dimainkan guru, para pelajar perlulah sentiasa mengamalkan perbuatan yang positif serta menjauhkan diri daripad terlibat dengan gejala negatif selepas tamat masa persekolahan. jelaslah, pelajar yang mematuhi disiplin umpama memberikan penghormatan kepada guru yang telah banyak berjasa.

Seterusnya, pelajar perlu prihatin dan menunjukkan kasih sayang terhadap guru. Amalan mengingati dan menghargai jasa guru adalah amalan mulia. para guru akan merasakan bahawa jasa mereka dihargai walaupun mereka tidak lagi berkhidmat sebagai pendidik. Kita boleh menghargai jasa guru dengan meraikan sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei setiap tahun. Dalam hal ini sambutan Hari Guru perlulah diraikan sebaik mungkin dan tidak sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Semas sambutan Hari Guru, para pelajar boleh mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit hadiah atau cenderamata kepada guru-guru yang mengajar mereka sebagai menyatakan terima kasih kepada insan yang diibaratkan lebah yang menghimpunkan madu kepada mereka. Hadiah yang diberikan tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah disertai dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah, ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat para guru. Sesungguhnya guru tidak pernah menagih apa-apa jua balasan daripada anak didiknya walaupun telah banyak ilmu ditumpahkan kepada mereka.
 


Menziarahi guru ketika mereka mengalami kesusahan atau sakit juga cara kita menghargai jasa dan pengorbanan para guru. Sebagai manusia tentunya para guru menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan. Tamsilnya guru mungkin ditimpa kemalangan, bencana, menghidapi penyakit dan sebagainya. Sebagai murid, kita perlu menziarahi mereka jika mereka menghadapi situasi tersebut sebagai tanda melahirkan rasa simpati ibarat cubit peha kanan peha kira terasa sakitnya. Ketika menziarahi mereka sakit, kita perlulah membawa buah tangansebagai tanda kita bersimpati terhadap mereka. Jika mereka mengalami kemalangan atau bencana alam, kita perlu mengutip derma bagi meringankan beban yang mereka tanggung. Jelaslah bahawa frasa 'guru, jasamu dikenang, budimu disanjung' bukanlah sekadar omongan kosong kerana pengorbanan guru sentiasa dikenang oleh para pelajar. Dengan berbuat demikian kita dapat mengurangkan beban dan masalah yang dihadapi guru. Mudah-mudahan Tuhan akan memberikan ganjaran atas kebaikan yang kita berikan.

Selain itu, kita juga boleh menghargai jasa guru dengan mendoakan kesejahteraan guru yang telah mengajar dan mendidik kita. Mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah mereka kembali ke rahmatullah membuktikan kita sentiasa mengenang jasa mereka. Kita perlulah mendoakan mereka agar sentiasa sihat sejahtera dan dielakkan daripada segala bahaya. Hal ini kerana jika guru sihat sudah tentu mereka akan dapat menjalankan tugas mendidik kita dan generasi seterusnya dengan sempurna. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, kita perlulah mendoakan agar dosa-dosa mereka diampunkan agar mereka sejahtera di alam barzakh. Sesungguhnya harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan sudah tentu jasa serta pengorbanan guru akan terus dikenang sepanjang masa. Dalam hal ini, tidak rugi sekiranya kita berdoa untuk kebahagiaan dan kesejahteraan orang lain apatah lagi guru yang telah banyak berjasa kepada kita. Sesungguhnya guru, 'jasamu seharum limau kasturi yang terus mewangi mengiringi kejayaan seseorang anak didikmu'.

Konklusinya, guru merupakan insan mulia yang sepatutnya dihargai oleh setiap insan. Sudah terang lagi bersuluh,jasa dan pengorbanan seseorang guru sukar untuk dibalas walau dengan menghadiahkan mereka segunung intan. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan. Tanpa jasa dan pengorbanan guru yang berkaliber dan tidak eprnah mengaku kalah dalam perjuangan mereka, nescaya sukar untuk pemimpin atasan melaksanakan visi dan misinya mencapai wawasan negara maju pada tahun 2020. Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa guru agar ilmu yang kita peroleh daripadanya mendapat keberkatan daripada tuhan. Untuk itu marilah kita renung bait-bait puisi di bawah.

Guru,
kau ibarat dian yang membakar diri
melahirkan insan yang lestari
tanpa mengira waktu dan hari
segala ilmu dicurah dan diberi
kerana kau sedar tanggungjawab yang diberi
tanpamu negara tak mungkin teguh berdiri.




cebisan perkongsian dari,

..:: EXCO TARBIYAH ALUMNAI SMASID 12/13 ::..

Monday, April 15, 2013

I LOVE RASULLAH S.A.W

Bismillahirahirahmanirahim..:)
Assalamualaikum wbt ,khas untuk semua shbt alumni..:)




Sebagai peringatan bersama,kita hidup dalam satu pelayaran yang hny untuk meneruskan ranati2 perjuangan RASULLAH s.a.w , ;) tapi adkh kite mnjadikan amalan rasullah itu sbgai salah satu cara untuk kite merasai nikmat jika berada  bersama2 dalam perjuangan bersama rasullah s.a.w .. Jom kite mlihat 7Sunnah Rasullah s.a.w untuk kita musahabah adakah kite btul2 mencintai baginda???? jom!!!!
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu  ia akan sentiasa merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, “ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

salam muhasabah bersama,
exco ALUMNI SMASID,
SESI 2012/2013