Tuesday, October 2, 2012

"Aslih Nafsak Wad’u Ghairak”




Assalamualaikum  warahmatullahi wabarakatuh …
Bismillahirahmanirahim..
Jom Sahabat-sahibah same-same kte mengucap kalimah
 Alhamdulillah …Segala puji bagi Allah s.w.t  kerana masih member kesempatan kepada kita sebagai
hambanya untuk beribadah kepadanya  dan  insyaallah kita masih lagi dapat mengecapi dan merasai
nikmat iman dan islam Amin..
Jom Same-same kte hayati kisah ini..semoga kte same-same dapat iktibar..
Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahibah..
Semoga Allah Redha!!! ^^





Abdullah bin Mas'ud berkata:
"Pengislaman Umar adalah satu kejayaan yang sangat besar. Penghijrahannnya ke Madinah menambahkan kekuatan dan pengkhalifahannya mendatangkan sebesar-besar rahmat kepada orang Islam".
Saidina Umar Al-Khattab r.a sangat dibanggakan oleh seluruh umat Islam dan sangat digeruni oleh orang-orang musyrikin. Pada awalnya beliau sangat kuat menentang Rasulullah S.A.W dan merupakan seorang musuh Islam yang sangat berani menyeksa orang-orang Islam sehinggalah beliau sendiri memeluk agama Islam.
Pada suatu hari orang-orang Quraisy bermesyuarat bagi melantik seseorang untuk menjalankan usaha untuk membunuh baginda Rasulullah S.A.W. Umar menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab itu. Tawaran beliau mendapat sorakan daripada hadirin memandangkan beliau merupakan panglima perang Quraisy yang paling terkemuka dan handal. Umar lantas menggalas pedangnya di tengkuk lalu lalu terus pergi untuk menyelesaikan tanggungjawab tersebut. Namun kekuasaan Allah telah menentukan segalanya. Sesungguhnya Allah telah memakbulkan doa nabi Muhammad SAW. Dalam munajat baginda, nabi menyebut:-
"Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau 'Umar bin Al-Khattab"
(Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi)
Dan riwayat lain menyebut:-
"Rasulullah SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam"
(Hadtih riwayat At-Thabarani)
Lihatlah kekuasaan Allah azza wajalla. Seorang yang digeruni kaum musyrikin kerana kegagahannya menentang umat islam akhirnya digeruni kaum musyrikin atas keberaniannya membela agama Allah.
"Aslih Nafsak Wad'u Ghairak"
Apa kaitannya dengan islah nafsak wad'u ghairak? Apakah yang dimaksudkan dengan ayat di atas?
"Perbaikilah diri kamu, dan (pada masa sama) ajaklah orang lain."
Itulah kalimah yang diseru Allahyarham Sheikh Mustapha Masyhur, seorang tokoh Mursyidul Ikhwanul Muslimin kelima suatu ketika dulu. Kalimah itu menjadi butir-butir semangat bagi kita yang turut sama menggalas tugas khalifah yang diberikan Allah sebaik saja kita dipilih untuk dilahirkan ke dunia.
Maka bersyukurlah. Kita bukan pemula, bukan juga penamat tetapi penyambung jihad baginda rasulullah s.a.w.
Perbaiki Diri
Perbaiki diri atau lebih signifikan disebut sebagai 'berubah menjadi lebih baik' adalah akar tunjang pokok-pokok dakwah. Hal ini kerana dakwah sewajarnya bermula dari dalam diri kita sendiri. Diri kita sendiri adalah asset yang paling berharga untuk memacu Islam di muka bumi. Sepertimana sebuah ungkapan Tegakkan Islam di dalam dirimu nescaya akan tertegak Islam di watanmu. 
1) Bila nak berubah?
Hendak berubah tidak perlu menunggu hari esok atau menanti hidayah datang bergolek. Setiap hari kita perlu berubah. Perlu menjadi lebih baik.
2) Bagaimana hendak berubah?
Berubah dengan Taubat... Menurut pandangan ibnu Abbas r.a, yang dimaksudkan dengan taubat ialah menyesal dengan hati, beristighfar dengan lidah dan berazam dengan kukuh tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
3) Saya tak buat dosa. Kenapa perlu bertaubat?
Ramai orang alpa, antara manifestasi amalan taubat ialah cinta kepada Allah s.w.t. Setelah seseorang itu bertaubat, taubatnya membuahkan iman yang sebulat-bulatnya. Jika belum bertaubat, maka belum timbul rasa cinta yang sebenarnya kepada Allah Azza Wajalla. Tanda-tanda orang yang beriman secara sempurna terletak pada kecintaannya kepada Allah s.w.t dan rasulnya berbanding cinta kepada yang lain.
Taubat itu menyucikan jiwa agar kita lebih mudah untuk menerima kebaikan. Saya analogikan sebiji belon yang diisi dengan pasir, lebih berat untuk dilambung berbanding sebiji belon yang bersih berisi udara. Renungkan.
4) Saya dah cuba berubah, tapi ramai orang asyik kutuk-kutuk saja.
Kata orang, cinta berkuasa mengubah segalanya. Maka yakinlah, 'The Power Of Love Towards ALLAH' yang kita miliki mampu mengubah segalanya. Kita perlu jadi lebih berani berhadapan dengan persepsi masyarakat. Bebaskan diri kita daripada sifat lemah dan putus asa. Buktikan pada mereka, perubahan kita tidak sia-sia! Seterusnya, berdoalah. Doa itu kan senjata mukmin.



Ingatlah firman Allah yang bermaksud:-
"Janganlah kamu merasa hina dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika sekiranya kamu benar-benar orang-orang yang beriman."
(Surah Ali Imran ayat 139)
5) Orang tak hargai pun perubahan saya.
La tahzan! Usah gelisah jika perubahanmu tidak dihargai. Bukankah kamu berubah kerana Allah?Apabila kita berubah kerana Allah, secara automatic, pandangan Allah lebih berharga berbanding pandangan manusia. Hati yang ikhlas tidak perlu mengharapkan pandangan manusia. Kita tidak hidup dengan pujian, dan tidak juga akan mati disebabkan cacian.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud:-
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."
(Surah At-Taubah ayat 129)
6) Apa sebenarnya yang nak diubah ni. Tak fahamlah!
Ambil masa dan bermuhasabahlah. Meski kita tidak melakukan dosa-dosa besar seperti mensyirikkan Allah, membunuh, berzina dan sebagainya tetapi dalam tidak sedar dosa-dosa kecil yang acap kali dipandang enteng mula memakan amal-amal kebaikan kita.
Antara contoh kecil yang dapat kita lakukan ialah:
Tidak bertudung -> bertudung
Bertudung -> Menutup aurat dengan sempurna
Solat di akhir waktu -> Solat di awal waktu
Suka menyanyi -> suka baca Quran
Minat penyanyi korea -> Cintakan Muhammad
Dan... banyak lagi !

Ajak Orang Lain
 Hadith nabi telah menyeru kita semua untuk meneruskan perjuangan dakwahnya. Maka telah menjadi tugas kita untuk menyampaikan dakwah ini kepada orang lain pula.







"Sampaikan daripada aku, walaupun sepotong ayat."
(adith riwayat Bukhari)
Apabila kita bergerak mengajak manusia lain ke arah kebaikan, insyaAllah diri kita akan mempunyai satu rasa sensitif untuk menjalankan peningkatan. Hal ini kerana, kita akan merasakan satu tolakan untuk lebih memperkemaskan diri apabila kita mula menyeru manusia ke arah kebaikan. Ini merupakan satu booster untuk peningkatan diri.
Tak mampu? Tak tahan? Segan?
Mari kita lihat ayat yang terakam di dalam Al-Quran. Allah telah berfirman yang bermaksud:-
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
(Surah Al-Asr ayat 1-3)
Sesungguhnya telah jelas kepada kita, orang-orang yang berpesan-pesan kea rah kebaikan itu terkecuali daripada golongan manusia yang rugi. Namun ditegaskan ayat tesebut dengan ayat "Demi Masa!" yang mana kita seharusnya cakna, kita tidak boleeh berlengah lagi! Ayuh, bersegeralah menyeru ke arah kebaikan!
Usah bimbang jika kita dihina, diherdik mahupun dipulaukan. Itulah yang dinamakan ujian dan bukanlah namanya perjuangan kalau tak ditempuh mehnah berduri. Perkara penting yang perlu kita tahu, perbaiki diri kita, ajaklah orang lain ke arah kebaikan lalu pertingkatkanlah kemahiran dakwah kita.Firman Allah dalam kitabnya yang mulia:- 
""Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan sebaik-baiknya"
(Surah An Nahl ayat 125)
Apa pula kaitannya dengan pengislaman Saidina Umar al Khattab r.a ?
Sirah nabawiyah bukan sekadar ilmu pengetahuan tetapi coretan yang telah Allah takdirkan untuk kita ambil iktibar dan dijadikan panduan. Lihatlah keberanian Saidina Umar r.a untuk membela agama Allah sedangkan pada awalnya dialah yang paling kuat menentang Islam. Berikutan itu juga, ramai yang mengikut jejaknya mengganut agama suci ini sehingga catatan sirah juga turut menintakan bahawa zaman pemerintahan Khalifah Umar merupakan zaman kegemilangan Islam di mana berkembang luasnya wilayah-wilayah Islam.
Justeru, tiada yang mustahil untuk kita mengubah dan berubah ke arah yang lebih baik. Sejarah telah membuktikan, hakikatnya bermula dari diri sendiri. Allah tidak sekali-kali akan mengubah nasib hambaNya melainkan dia sendiri yang mengubahnya. Untuk berubah, maka perlunya mujahadah yang tinggi. Mujahadah itu juga satu perjuangan dan sesungguhnya perjuangan itu pahit, kerana syurga itu manis, dan jauh lebih manis dari kemanisan di dunia. Biarlah pahit untuk seketika asal kemanisan itu dimiliki untuk selamanya. Di Jannah!
Kesimpulannya
1)Perbaikilah diri kamu dan ajaklah orang lain
2) Mujahadah itu pahit,kerana syurga itu indah”
3) “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,melainkan ia mengubahnya dengan
sendiri”
4) Jom Sama-sama  kita ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah .^^  dan
Utamakan Pandangan Allah  Bukan Pandangan Manusia J


Salam Satu Akidah ^^
Setiausaha/ Timbalan Setiausaha
Persatuan Alumni Smasid 2012/2013


Monday, October 1, 2012

Wednesday, September 26, 2012

~Niat taubat menukar arak menjadi madu~

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum wbt di ucapkan kepada semua pembaca blog ALUMNI SMASID..
sebelum baca,cube checlist diri kita dengan ALLAH pada hari ini macam mane???
adakah lebih baik dari semalam..???
tanya iman???
muhasabah diri...
Jom kite membaca kisah ini!!!

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, danTuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman:, "Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allahmemberinya dari 'Nahrul Khabal'. 

Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "
kesimpulannya:
1.niat dalam melakukankan sesuatu perkara sangat penting.
2.Allah Maha menerima taubat kepada hambanya.
3:Alirkan air mata untuk berubah hanya kepada KEKASIH ILLAHI.
Salam mahabbah,
Presiden/Timbalan Presiden,
Persatuan ALUMNI SMASID 2012/2013

Saturday, September 15, 2012

Selamat Menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR) adik-adik!!! ^^

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...
Semua sedia maklum, adik-adik SMASID akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada
9 OKTOBER 2012...
Oleh itu, marilah kita sama-sama doakan yang terbaik buat mereka...anak didik SMASID...semoga Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun terus CEMERLANG di masa akan datang...^_____^
Kepada adik-adik yang akan menghadapi PMR, lakukan yang terbaik...Usaha dapatkan A dalam semua matapelajaran yang dihadapi...

Orang Cemerlang sentiasa fokus pada kejayaan dan mempunyai Visi dan Misi yang besar dan bermakna
~ Dato' Dr Fadzilah Kamsah~

Jika adik-adik inginkan kejayaan yang cemerlang,bukannya dengan menonton TV 24 jam, berFacebook sepanjang masa,Tido smpai tak ingat dunia....TAPI...adik-adik hendaklah merancang untuk berjaya! selepas setiap perancangan,usaha dan jihad dilakukan,kita perlulah bertawakkal kepada Allah...Dalam kitab Dalilul Falihin dituliskan definisi dari kitab Al-Hikmat yang mengdefinisikan tawakkal sebagai yakin sepenuhnya kepada Dia yang memberikan jaminan (iaitu Allah)..Imam Abu Uthman Al-Hairi pula mendefinisikan tawakkal sebagai berasa cukup dengan Allah dan bergantung kepadaNya..

Saturday, March 24, 2012

Tahniah Atas Kejayaan Dalam SPM

Assalamualaikum..


      Setinggi-tinggi tahniah  di atas kejayaan adik-adik  dalam SPM sesi 2011 dari kami wakil ALUMNI SMASID juga masih tidak terlambat untuk mengucapkan ahlan wasahlan buat adik-adik yang  baru sahaja bergelar ahli Alumni Smasid , semoga terus cemerlang di masa akan datang. Sejauh mana keberjayaan  kita dalam peperiksaan, perlu di ingatkan tanpa keringat seorang yang bergelar GURU mana mungkin kita semua dapat melangkah sehingga ke tahap ini.  Bagi mereka yang mendapat keputusan yang kurang menyenangkan hati ibu bapa, usah kuatir dan bimbang kerana masa masih panjang untuk kita cipta satu perubahan yang lebih hebat kerana “Tanpa halangan, matlamat bukanlah suatu impian”    . Justeru menuntut ilmu tidak hanya terhenti di sekolah malah masih banyak lagi peluang dan ruang untuk menyambung pengajian di mana-mana IPTA/S, STAM, STPM ,Persijilan,Vokasional  dan lain-lain kerana  apa yang penting USAHA dan KEYAKINAN yang padu perlu diperhebatkan .

Allah Swt. berfirman dalam Al-Qur'an:"Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama?" (QS. At-Taubah:122)







suasana ketika pengambilan keputusan SPM di Dewan Gemilang SMASID.


Keputusan untuk menyambung belajar  dalam apa-apa bidang terletak di tangan adik-adik, justeru  buatlah  pilihan yang terbaik berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing dengan mengambil kira keputusan yang diperolehi kerana kursus yang di ambil bakal mempengaruhi masa hadapan adik-adik.Sentiasa berjumpa dan merujuk guru-guru untuk meminta pandangan mereka berkenaan jurusan yang bakal di ambil agar bidang yang dipilih bersesuaian dengan kemampuan adik-adik.Sehingga bertemu lagi All the Best ..^_^

"Orang-rang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuanya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang " Cecil B.DeMille






 


Tuesday, March 6, 2012

~KESEDIHANAN TENTANG SOLAT~

ASSALAMUALAIKUM WBT..

SALAM PAGI,RENUNGAN  BERSAMA

Kisah 1:

Dalam satu solat jemaah, kelihatan seorang lelaki yang tergesa-gesa masuk ke dalam masjid. Tatkala itu imam dan jemaah yang lain sedang bersolat. Oleh itu, lelaki itu agak tergesa-gesa agar sempat mendapat rakaat bersama imam. Lagak pakaiannya dengan berjubah 'ala tabligh', berjanggut lebat, seolahnya nampak seperti seorang yang bukan 'calang-calang' dari sudut ibadatnya dan ilmunya. Lalu sampai saja pada saf ... imam pun 'Allahu akbar' dan rukuk.

Dalam keadaan kelam-kabut, lelaki itu pun terus mengangkat tangan bertakbiratul ihram... Allahu Akbar. Baru saja lelaki itu nak rukuk, tiba-tiba imam pun iktidal... sami`allahu liman hamidah'. Tanpa berlengah lagi, lelaki itu pun rukuk dan terus iktidal untuk mengejar imam. Dalam hatinya berkata "Nasib baik sempat". Pada rakaat terakhir apabila imam memberi salam, lelaki itu pun turut serta memberi salam.

Pada sangkaannya solatnya selesai dah sah. Tapi malangnya akibat kedangkalan ilmu, dia masih tak tahu membezakan solat sah atau tidak. Sedangkan sebagai makmum masbuk dia perlu rukuk dan tomakninah dalam ruku bersama imam barulah dapat rakaat. Tapi oleh kerana tiada ilmu, maka begitulah jadinya.... Pakaian tidak melambangkan ilmu seseorang... walau pakai jubah, tetapi kalau tidak menuntut ilmu... ia tetap berada dalam kejahilan.


Kisah 2:

Seorang yang kelihatan sudah berusia emas berjalan perlahan-lahan menuju ke masjid. Satu persatu anak tangga masjid dilangkahi dengan penuh kepayahan. Kadang-kala kelihatan dia berhenti sebentar pada anak tangga masjid untuk menarik nafas dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan menaiki tangga masjid. Bukanlah tinggi sangat tangga masjid tu, tapi dek kerana kesihatan yang kurang memuaskan, ditambah diri yang semakin dimamah usia, menyebabkan agar sukar untuknya menapak laju ketika menaiki tangga masjid.

Tapi kesabaran dan keazaman yang tinggi membuatkan dia tidak peduli akan segala kesusahan dan kepayahan itu. Akhirnya dia berjaya masuk ke dewan masjid.... dan berdiri dalam saf. Matanya meliar mencari sesuatu.... Ya... dia sudah jumpa, kerusi kecil yang ditinggalkannya di masjid itu sudah dijumpai. Dia memang meletakkan kerusi di tepi dinding masjid yang digunakannya untuk menunaikan solat. Kakinya yang sakit dan lutut yang tidak boleh dibengkokkan menyebabkan beliau tidak boleh sujud macam orang lain. Dia hanya boleh sujud sambil duduk atas kerusi. Seketika imam pun bertakbiratul ihram... Allahu Akbar.

Lantas orang tua ini pun duduk atas kerusi di hujung saf dan memperbetulkan sedikit ikatan kain pelikatnya... dan dia pun .... Allahu Akbar... bertakbir dengan berniat mengikut imam. Malang sungguh orang tua ini kerana walau usia sudah senja tapi masih tidak tahu hukum hakam tentang solat. Akibatnya, solatnya tidak sah. Ini kerana sepatutnya dia bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri, selepas tu kalau dah tak larat baru duduk. Bukannya terus duduk dalam keadaan yang memang dia mampu berdiri.

*KESIMPULANNYA untuk kite mmbuat sesuatu perkara mesti lah mempunyai ilmu,jgn bertindak terburu-buru.. tny org yg lebih arif tentang hal yg berkaitan..Jom kite tinggikan ilmu yang kita ada untuk manfaat dan kepentingan bersama..)

PREPARED BY: 
BIRO TARBIYYAH 
ALUMNI SMASID 2011/2012