Wednesday, August 31, 2011

perutusan raya

UCAPAN PENGGULUNGAN TENURE ALUMNI SMASID 2010/2011
Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam yang telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, semulia-mulia kejadian di dunia, sebaik-baik contoh ikutan serta Nabi akhir zaman yang telah mewasiatkan kepada kita sebuah perjuangan iaitu menegakkan agama Allah didunia yang akan menyelamatkan manusia di hari akhirat.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Illahi, setelah satu tenure bermula 3 Jun 2010, genaplah setahun 3 bulan, Alumni SMASID di daftarkan di bawah sekolah dan mempunyai organisasi lengkap setelah mengalami tahun-tahun ‘hibernasi’ selama 7 tahun bermula tahun 2003. Sebelumnya, kita telah menyaksikan pergerakan alumni yang telah tersusun kukuh yang dipimpin oleh barisan exco daripada batch yang rata-ratanya adalah lepasan tingkatan 6 SMASID. Namun, setelah SMASID tidak lagi membuat pengambilan tingkatan 6, mereka-mereka yang bersemangat untuk meneruskan legasi tersebut telah berkurangan, lalu terjadilah tahun-tahun kemurungan yang mana alumni SMASID dilihat wujud hanya pada kem untuk adik-adik sekolah dan pada majlis jamuan hari raya.
Menyedari hakikat itu, lahirlah beberapa usaha untuk menghidupkannya kembali agar alumni SMASID terus unggul menjadi medan pengumpulan bekas pelajar SMASID dan sebagai badan kedua sekolah selepas PIBG yang menjadi ‘back up’ terhadap usaha-usaha yang membawa SMASID kearah yang lebih terkehadapan.
Setelah perlembagaan alumni SMASID dibuat dan disahkan oleh cikgu Hajah Norbiatun Abu Bakar (Pemangku Pengetua) pada tahun 2009, Alumni SMASID telah merangka sebuah organisasi bagi memegang posisi selama setahun bermula tahun 2010. Organisasi ini dibuat setelah organisasi yang lama membubarkan line up mereka dalam Majlis Jamuan Hari Raya pada 13 September 2009. Lalu dicadangkan nama-nama mereka yang dilihat mempunyai potensi serta memberikan komitmen dalam program-program anjuran alumni seperti kem untuk adik-adik dan majlis hari raya. Kemudian, dibawakan nama-nama tersebut kepada wakil batch yang lepas untuk disahkan. Setelah disahkan nama-nama ini, ia diumumkan oleh Cikgu Hajah Nobiatun, selaku Penasihat Alumni SMASID sewaktu majlis penutup Kem Generasi Idaman pada 3 Jun 2010 (Proses-proses ini telah digazetkan dalam Perlembagaan Alumni). Akhirnya terbentuklah secara rasminya organisasi alumni batch 2010/2011.
Seawal tenure, kami mengakui mempunyai pelbagai rintangan untuk bergerak memandangkan pengalaman yang amat terhad dalam mengendalikan sebuah persatuan yang asas penubuhannya adalah untuk bekas-bekas pelajar. Namun, berkat kesungguhan exco-exco alumni, tunjuk ajar daripada abang-abang dan kakak-kakak batch lepas terutamanya abang Hadi dan abang Wahee selaku Penasihat utama alumni, bantuan yang telah diberikan oleh pihak sekolah serta sokongan daripada sahabat-sahabiah alumni yang lain telah memberikan Persatuan Alumni SMASID nafas baru  sebagai sebuah platform untuk bekasan-bekasan pelajar SMASID menyumbangkan bakti.
Melalui 6 exco dalam persatuan alumni, kita telah mampu menghidupkan semula alumni kita kearah yang lebih bersistematik dari sudut pengurusan.
Exco Perhubungan selama satu tenure telah mampu mengumpulkan data lebih daripada 300 orang bekas pelajar SMASID. Data-data tersebut didapati daripada buku data sekolah, program-program alumni seperti majlis jamuan hari raya, majalah SEMAI, dan data yang telah sedia ada daripada batch lepas. Data-data ini penting bagi kita menghubungi mereka bagi memaklumkan sebarang program yang memerlukan tenaga serta penyertaan ramai.
Exco Kebajikan pula menumpukan kepada kebajikan ahli-ahli alumni. Sebarang berita mengenai bencana atau kematian seseorang ahli atau keluarga terdekat akan dimaklumkan menerusi SMS dan dimaklumkan melalui facebook oleh Exco Multimedia. Disamping itu, dengan kerjasama Exco Perhubungan, kita telah memberikan ucapan hari jadi. Setakat ini, tiada program khusus anjuran exco ini yang mengumpulkan semua. InsyaAllah, pada tenure hadapan, kita akan cuba menganjurkan beberapa aktiviti bersama seperti iftar alumni dan sebagainya.
Exco Multimedia adalah suara atau medium penerangan alumni. Selama satu tenure, kita telah mewujudkan satu blog rasmi alumni SMASID. Alamatnya adalah: www.alumnismasid.blogspot.com serta facebook rasmi alumni: Alumnai SMASID. Kedua-dua medium ini telah mampu menjadi tempat rujuk hampir 1500 orang bekas pelajar SMASID kepada aktiviti-aktiviti serta makluman daripada kita termasuk tazkirah dan berita-berita terkini mengenai sebarang musibah atau kematian. kita masih mengalu-alukan sebarang komentar daripada semua sahabat-sahabiah untuk bersama-sama mengimarahkan kedua-dua medium ini dengan sebarang post, pemberitahuan, promosi dan lain-lain. Diharapkan agar ukhwah kita terus menerus walau berada jauh di mata.
Exco Tarbiah adalah exco yang bersifat kerja belakang tabir, dimana mereka menjadi badan menghidupkan budaya islamiah kepada sesama ahli alumni dan sekolah. Mereka akan mengumpulkan dan membuat artikel-artikel, posts facebook, dan membantu adik-adik di sekolah menerbitkan beberapa risalah untuk diedarkan di sekolah. Setakat ini, mereka telah Berjaya menerbitkan lebih daripada 15 buah artikel yang dipostkan didalam blog, berpuluh-puluh posts didalam facebook dan 2 buah artikel untuk adik-adik yang telah diedarkan di sekolah atas nama persatuan dan kelab mereka masing-masing. Dalam masa yang sama, mereka telah mampu mengumpulkan lebih daripada 100 buah modul dan silibus untuk kem, usrah dan program yang akan menjadi rujukan kita dalam program-program bersama adik-adik sekolah. Pada kem yang akan datang, exco tarbiah adalah penasihat utama kepada sebarang pergerakan kita agar ia terus selari dengan kehendak syariat.
Exco Modal Insan adalah exco yang tugas mereka hanyalah untuk adik-adik di sekolah. Mereka akan menganjurkan aktiviti bersama adik-adik dan membantu mereka dari segenap aspek termasuk kepimpinan, tarbiah, pengurusan organisasi dan akademik. Setakat ini, 5 kali kelas tusyen telah berjaya dijalankan sepanjang bulan 6 hingga bulan 7 kepada sekelompok kumpulan adik-adik tingkatan 5. Beberapa aktiviti seperti rehlah ke pantai , usrah dan kem telah dijalankan kepada adik-adik yang kita pilih berdasarkan kepada komitmen mereka dalam program-program kita. Kita masih mengalu-alukan bantuan daripada semua ahli alumni terutamanya ustaz-ustaz untuk menghulurkan sebarang bentuk sokongan dan bantuan kepada adik-adik di sekolah memandangkan bilangan kumpulan sasaran kita masih terhad kepada beberapa kelompok pelajar sahaja kerana kekurangan tenaga dan komitmen. Semoga misi ‘setiap murid,satu usrah’ tercapai.
Exco Ekonomi dianggap team penjana kewangan alumni. Bermula daripada kosong, kita telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM 375 daripada jumlah keuntungan jualan baju alumni. Langkah ini dianggap sebagai satu langkah yang boleh dipuji kerana kita mampu membuka jualan baju buat kali kedua pada jamuan hari raya pada hari ini. Difahamkan, terdapat ramai lagi yang masih membuat tempahan secara SMS dan facebook. Kita optimis dengan memberikan kepercayaan kepada mereka membuat tempahan dahulu tanpa bayaran deposit sebagai modal kerana meletakkan kepercayaan kepada para penempah. Alhamdulillah, setakat ini, hanya 4 orang sahaja lagi yang masih belum menuntut baju mereka dan mereka semua akan mengambilnya dalam jamuan ini. Pada tenure akan datang, kita akan memperbanyakkan sumber pendapatan kita termasuk membuat kerjasama niaga dengan alumni-alumni yang lain. Sebarang persoalan, boleh terus hubungi mereka.
Di bahagian line up utama alumni, kita sedang mencari satu sistem pengurusan yang berkesan baik dari sudut pengumpulan data, catatan minit mesyuarat, pengurusan kewangan dan sebagainya. Setakat ini, kita sedang menumpukan untuk mewujudkan sebuah akaun persatuan yang memerlukan RM3000 sebagai pendahuluan. InsyaAllah pada tenure hadapan, kita akan usahakan agar ianya menjadi realiti. Dari sudut pengurusan data, setakat ini, semua mesyuarat dan aktiviti kita akan dicatatkan dalam bentuk minit mesyuarat serta laporan akhir program. Data-data ini disimpan baik oleh Setiausaha sebagai rujukan akan datang. Kita juga telah mempunyai nombor rasmi alumni: 011-19822687. Nombor ini akan digunakan untuk sebarang sebaran makluman umum alumni. Objektifnya agar tema “Alumni dekat dihati” kesampaian.
Alumni batch 2010/2011 telah meletakkan dua program wajib sebagai program tradisi yang harus dijalankan saban tahun iaitu Kem untuk pelajar sekolah dan Majlis Jamuan Hari Raya untuk sesama alumni SMASID.
Alhamdulillah pada 23-25 Jun 2011, melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah, kita telah berjaya menganjurkan Kem Khalifah Muda. Terima kasih buat cikgu Nordin Ithnin selaku cikgu Kaunseling yang juga ahli alumni kita yang telaj banyak membantu kami menjayaan program ini. Kem ini telah disertai oleh semua pelajar tingkatan 4 dan seramai 51 orang urusetia program daripada alumni SMASID telah mengambil bahagian.  Tujuan utama penganjuran kem tersebut adalah bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan berakhlak dengan akhlak islamiah disamping mengenalpasti dan menggilap bakat kepimpinan dalam kalangan para pelajar tingkatan empat iaitu bakal pewaris kepimpinan sekolah pada tahun depan. Secara keseluruhannya, kita telah berjaya mencapai matlamat kem tersebut, Cuma berlaku kekurangan dari sudut pengisian dan modul program memandangkan generasi muda kini rata-ratanya sukakan pengisian berbentuk hiburan dan kemodenan. Pada akhir program, kita telah berjaya mengenal pasti 57 orang pelajar yang ada potensi serta mempunyai bakat kepimpinan. Mereka semuanya telah dikumpulkan dan diberikan motivasi susulan oleh Exco Modal Insan Alumni bagi terus mencungkil bakat mereka sehingga mampu memimpin sekolah pada tahun hadapan. 

Keduanya adalah Majlis Ramah Mesra Alumni SMASID. Secara keseluruhannya, majlis ini telah berjaya mengumpulkan lepasan-lepasan pelajar SMASID daripada pelbagai batch SPM. Daripada penganjuran secara tidak formal pada tahun 2009, jumlah kehadiran tetamu yang hadir telah meningkat daripada 150 orang kepada 250 orang pada tahun 2010. Diharapkan agar jumlah ini akan terus meningkat daripada tahun ke tahun sehingga kita mampu mengumpulkan semua lepasan SMASID sejak seawal penubuhannya sehinggalah sekarang. Program ini wajar diteruskan agar ukhwah sesama kita terus mantap dan kita mampu menjadi pembantu kepada pembangunan SMASID baik dari sudut infrastuktur,modal insan dan sebagainya. Pembinaan Surau Sekolah yang telah dimulakan secara serius oleh Pengetua SMASID sekarang,ustaz Awang Dahan, telah membuka lebaran baru kepada kita untuk membuktikan bahawa kita akan turut serta menjadi penggiat kepada pembinaan surau sekolah. Justeru, saya menyeru semua alumni SMASID menghulurkan sebarang sumbangan kepada pihak sekolah baik dari sudut kewangan, tenaga, masa dan sebagainya bagi merealisasikan hasrat penubuhan surau ini.
Disamping dua program besar tersebut, kita telah melangkah selangkah lagi kehadapan apabila telah diberikan kepercayaan oleh pihak sekolah untuk menjadi urusetia dan fasilitator dalam beberapa buah program,kem dan majlis anjuran sekolah. Program seperti Kem Solat, Program Pecutan PMR dan majlis Pecah Tanah Surau SMASID adalah antara program yang telah disertai oleh beberapa orang alumni. Modus operandinya adalah, Exco Perhubungan dan Exco Multimedia(Penerangan) akan memaklumkan kepada semua alumni SMASID ke dalam facebook atau blog atau melalui SMS. Kemudian, sesiapa yang berminat, akan menghubungi orang yang ditugaskan(PIC) program tersebut dan mereka akan dipanggil melalui SMS untuk kepada program tersebut. Baru-baru ini, 2 orang guru ganti daripada alumni telah berjaya dicari melalui facebook dan SMS.
Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan, sepanjang setahun 3 bulan Persatuan Alumni SMASID ditubuhkan dibawah sekolah, kita telah berjaya mewajahkan persatuan kita diperingkat sekolah. Alhamdulillah, pihak sekolah telah melihat kita adalah sebuah persatuan yang mampu menyediakan pelbagai sumber baik dari sudut tenaga, idea, dan masa. Disamping itu, kita akan terus meneruskan usaha bagi mengumpulkan segenap tenaga dan kekuatan yang telah kita ada bagi terus menyumbangkan bakti kepada pihak sekolah. Kita akan cuba mengumpulkan ustaz-ustaz dan tenaga-tenaga pengajar bekas pelajar SMASID seperti ustaz Safwan,ustaz Nazri, Syeikh Hanafi, Ahmad Tarmizi Hj Ali dan ramai lagi sebagai usaha memantapkan adik-adik di sekolah.
 Semoga usaha ini membuahkan hasil sehingga Alumni SMASID bukan sahaja gah bersama aktiviti sesama mereka, tetapi, mereka mampu turun menebarkan bakti kepada sekolah tempat mereka ditarbiahkan sehingga mampu menjana ratusan bahkan ribuan adik-adik yang hebat dari sudut duniawi dan ukhrawi mereka.
Akhir kalam daripada saya dan barisan exco Alumni SMASID , memohon maaf andai  selama satu tenure kami memimpin alumni, terdapat amanah yang belum tertunai. Tujuan kami hanyalah bagi membawa persatuan kita kearah yang memberi, bukan diberi. Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
“Hidup Biar Berjasa”



Yang benar,
Hafizul Faris
(Presiden Alumni SMASID 2010/2011)

Wednesday, June 22, 2011

MESRA AIDILFITRI Syawal 1432H


Pihak Alumni akan menganjurkan satu jamuan Hari Raya sebagaimana berikut:

Tarikh        : 5 Syawal 1432 H
Bersamaan : 3 September 2011
Hari           : Sabtu
Jam            : 8.30pg -2.00 ptg
Tempat      : Dewan Besar SMASID

Semua bekas pelajar SMASID (sejak awal penubuhan sehingga SPM 2010) dijemput hadir.

Sebarang pertanyaan, hubungi:
Fadhlan : 019-5325302
Najwa  :  019-2493606


Semoga pertemuan seperti ini mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama bekas pelajar SMASID.

Tuesday, June 21, 2011

- ANTARA MALU DAN MAHU -

Gambar demi gambar saya tatapi. Dengan pelbagai gaya dan berencam warna, terdapat lebih seratus foto silih berganti mengambil ruang pada skrin komputer.
Tidak sukar, tidak perlu menyelak lembar demi lembar. Hanya menekan mouse di bahagian kiri, keseluruhan foto-foto yang ada dapat saya lihat sepuasnya. Jika ingin mengulang tatap, teruskan sahaja menekan, pusingan gambar akan terus beredar. Satu demi satu.
Saya akui, kesemuanya cantik, comel dan ayu. Sememangnya, mereka gadis-gadis yang bertuah kerana memiliki kecantikan wajah. Mungkin kerana itu, mereka berusaha menampilkan gambar dalam pose terbaik dan tercantik untuk beradu nasib dalam pertandingan menggayakan tudung itu.
Akan tetapi, jauh di sudut hati, saya sedih dan gundah.
Bagai ada sesuatu yang terbuku di dada saya rasakan, tetapi tidak terluah.
Saya melanjutkan pandangan mata pada komen-komen yang bertemali di bawah setiap gambar. Ada kata-kata pujian serta pujuk rayu agar gambar mereka diundi. Gulana saya bertali sehinggalah saya menemukan komen dari seorang lelaki di bawah foto seorang gadis berpakaian t-shirt panjang tetapi agak ketat, bertudung kepala yang tidak cukup melindungi dada dengan legging hitam menutupi kakinya :
“Ini bukan hijab.”
Kata-katanya itu, disambut satu pertanyaan :
then what?”


KEGHAIRAHAN
Saya yakin, sudah terlalu banyak peringatan dan nasihat yang diberikan tentang muslimah dan gambar. Dan saya pasti, gadis-gadis yang menyertai pertandingan tersebut juga ramai yang telah sedia maklum tentang batas sempadan untuk gambar-gambar indah mereka dipertontonkan.
Sayangnya, keghairahan mempamer gambar masih tidak berkurang, malah ia kian menjadi-jadi. Perlumbaan demi perlumbaan diketengahkan. Tidak cukup dengan televisyen dan majalah, saluran internet menerusi laman-laman sosial menjadi sarana efektif yang melebarkan pesona muslimah.
Situasi Ini ditambah lagi dengan kemunculan kerjaya dan hobi yang dijalankan secara full-time atau part-time, yang banyak berasaskan kepada elemen kecantikan, dandanan dan paparan wajah seperti model busana muslimah, jurumekap dan jurugambar ( photographer).
Permintaan dari pasangan raja sehari untuk mengabadikan momen bersejarah dengan pelbagai aksi dan sisi juga tidak kurang hebatnya terutama ketika musim cuti sekolah di mana banyak majlis resepsi dan perkahwinan diadakan.
Tidak mengapa andai ia sekadar untuk simpanan peribadi dan tatapan kaum keluarga semata-mata, akan tetapi bila ianya dikongsi untuk tatapan umum di laman maya, maka sudah pasti ada keburukan tanpa sedar tercipta darinya.

HIKMAH YANG HILANG
Melihat perkembangan kurang sihat ini, saya sangat kecewa. Terlalu ramai di kalangan wanita Islam hari ini yang turut terkena tempias obses kepada kecantikan dan menyebarluas keindahan yang sewajarnya diperlihatkan hanya kepada yang halal.
Mereka menamakan tabarruj sebagai hijab dan menamakan maksiat sebagai ketaatan. Bukankah ini sangat tersasar? Kerana itu, saya membenar dan menegaskan komentar dari seorang lelaki di atas bahawa :
”Ini bukan hijab!”
Hakikatnya, semakin galak golongan muda belia ini mempertontonkan kecantikan, maka semakin sirnalah hikmah dan pesona kebaikan dari tujuan menutup aurat ( hijab ) yang sebenarnya sebagaimana yang diwar-warkan oleh syari’at yang mulia.
Antaranya :
1) Hijab itu adalah pesona kemuliaan ( ‘iffah ). Ia bertindak sebagai benteng yang kukuh untuk menjauhkan seorang gadis dari maksiat, gangguan lelaki jahat dan seterusnya meninggikan darjat kemuliaannya di tengah-tengah masyarakat.
Inilah yang menjarakkan darjat kemuliaan antara muslimat mukminat dan wanita-wanita jahililiah kerana wanita jahiliah, tatkala keluar dari rumah, mereka ingin tampil berbeza dan lebih dari wanita yang lain. Pujian dan sanjungan adalah matlamat utama terutama dari lelaki-lelaki yang tertarik dengan kejelitaan dan keindahan mereka.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud :
“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak akan diganggu.” ( Surah Al-Ahzab ayat 59 )
Ingin juga saya kongsikan satu riwayat menginsafkan berkenaan muslimat mukminat di zaman Rasulullah SAW.
Dari Safiyah binti Syaibah, beliau berkata: “Ketika kami bersama Aisyah r.a, Aisyah berbicara : “Aku terkenang akan wanita-wanita Quraisy dan keutamaan mereka.” Lalu Aisyah melanjutkan : “Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keutamaan, dan demi ALLAH, aku tidak melihat wanita yang lebih percaya kepada kitab ALLAH dan lebih meyakini ayat-ayat-NYA melebihi wanita-wanita Ansar. Ketika turun kepada mereka ayat: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.” ( Surah An-Nur ayat 31 ), maka para suami bersegera mendatangi isteri-isteri mereka dan membacakan apa yang diturunkan oleh ALLAH kepada para muslimah. Mereka membacakan ayat itu kepada isteri, anak gadis, saudara perempuan dan kaum kerabat. Dan tidak ada seorangpun di antara wanita itu kecuali mereka semuanya segera berdiri mengambil kain tirai dan menutupi kepala dan wajah mereka, lantaran percaya dan beriman kepada apa yang diturunkan ALLAH dalam kitab-NYA. Sehingga mereka (berjalan) di belakang Rasulullah SAW dengan kain penutup seakan-akan di atas kepala mereka terdapat burung gagak.”
2) Hijab itu adalah pesona kesucian hati. Peranan ini diiktiraf sendiri oleh ALLAH SWT kerana dengan ‘hijab’ yang benar, ia mampu melindungi pemakainya dari dilihat oleh lelaki secara tidak wajar seterusnya meleburkan keinginan-keinginan syahwat yang mungkin timbul dari pandangan mata tersebut. Dengan ini, mata yang ter’hijab’ dapat menjamin kesucian hati pemiliknya dan orang-orang yang berurusan bersama mereka. Inilah manfaat yang boleh difahami dari Firman ALLAH SWT yang bermaksud :
“Apabila kamu meminta suatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.” ( Surah Al-Ahzab ayat 53 )
3) Hijab itu adalah pesona akhlak. Muslimah yang baik dan bertaqwa adalah muslimah yang mendahulukan malu dari mahu untuk mempamer foto-fotonya yang indah itu. Tindakan ini bukan sekadar dapat menjaga imannya dari diganggu, malahan ia telah menyelamatkan iman para jejaka dari dirobek gejolak nafsu, juga iman para muslimah lainnya dari cemburu melulu.
Selanjutnya, bila keimanan masing-masing terpelihara, maka ketinggian akhlak juga akan turut terus melata. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Malu dan iman itu bergandingan bersama, bila salah satunya diangkat maka yang lainpun akan terangkat.”

BEAUTY AND THE BEAST
Melihat kepada obsess muda mudi kini kepada kecantikan, saya teringat kepada satu rancangan dokumentari bertajuk : Beauty and the beast: ugly face of prejudice, yang baru saja ke udara baru-baru ini menerusi satu saluran televisyen di UK.
Siri ini mengenengahkan investigasi tentang perbezaan dua individu yang ditakrifkan oleh cara mereka menanggapi, melihat dan menilai sesuatu.

Episod pertama rancangan ini menampilkan Leo, seorang lelaki di awal usia 60 yang memiliki wajah, tangan dan kaki kiri yang cacat akibat kebakaran sewaktu berumur 14 tahun, manakala seorang lagi ialah Yasmin, seorang gadis di awal usia dua puluhan yang terlalu obses dengan kecantikan. Hampir 40 hari setahun, iaitu lebih dua jam sehari masanya diperuntukkan di hadapan cermin. Ribuan pound juga dibelanjakan sebulan hanya untuk membeli peralatan solekan.
Sebelum keluar, wajahnya yang sedia jelita dioles sesempurna mungkin agar dapat berhadapan masyarakat dengan wajah tidak polos tanpa warna.
Berbeza dengan Yasmin yang sangat teruja melakukan apa sahaja demi kecantikan agar dapat tampil mempesona seperti selebriti dan artis ternama, Leo sebaliknya sangat menentang pembedahan plastik untuk tujuan kosmetik. Menurut Leo, secara khususnya seorang wanita sanggup menekan dirinya sendiri untuk cuba meniru kesempurnaan fizikal yang banyak ditampilkan di media. Dan inilah yang sedang dialami oleh Yasmin, seorang ‘penagih’ kecantikan paras rupa.
Di akhir rancangan, dengan bantuan Dr. Laxmi Kathuria, seorang pakar psikiatri yang mengkhusus kepada citra tubuh, Leo dapat menjeroka alasan sebenar di sebalik keghairahan Yasmin.
Perbualan demi perbualan dari pengisian masa bersama Leo, menyedarkan Yasmin bahawa kecantikan bukanlah segalanya kerana ia tercerna dari persepsi yang diinginkan oleh masyarakat ramai. Sedangkan kecantikan asli yang ada sepatutnya sudah cukup untuk dihargai dan lebih membebaskan dirinya dari menyia-nyiakan masa, tenaga juga wang ringgit untuk memenuhi persepsi massa.
Leo yang telah berkeluarga dan ayah kepada tiga cahaya mata juga berjaya membuka mata Yasmin bahawa pasangan yang baik adalah yang boleh menerima dia seadanya kerana sikap positif dan nilai hidup yang baik lebih diperlukan untuk kelansungan perhubungan yang bahagia.

SECARA ZAHIR
Untuk apa gadis-gadis muda remaja itu melakukan hal tersebut hanya mereka yang dapat menjawabnya. Pada saya, untuk menelah atau meneka-neka niat dan tujuan yang tersembunyi di dalam hati seseorang bukanlah sesuatu yang dituntut untuk dilakukan oleh mana-mana muslim/muslimah yang berusaha mencapai taqwa, lantaran Rasulullah SAW sendiri menetapkan sesuatu hukum berdasarkan apa yang didengar dan dilihat oleh zahir mata sahaja sebagaimana penegasan baginda menerusi sabdanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka.” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain: Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )
Hadith di atas jelas menunjukkan bagaimana sikap seorang hakim ( dalam Islam ) melaksanakan hukum, iaitu berdasar kepada info dan bukti zahir yang diberikan.
Demikian juga dalam masalah penyebaran gambar-gambar muslimah menutup aurat tetapi masih bersolek cantik dalam gaya yang kurang manis. Insafilah, bahawa dengan penonjolan dirinya itu, setiap lelaki yang melihat dengan syahwat akan memperoleh dosa.
Sedang di pihak si gadis jelita, dia bukan setakat mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan mempamerkan diri setiap hari.
Baginda SAW bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya..” ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

ANTARA MALU DAN MAHU
Sungguh pilu memikirkan betapa Rasulullah dan para sahabat dahulunya bermandi keringat dan darah demi mempertahankan maruah Islam termasuk adanya peperangan akibat cemburu atas seorang wanita dan untuk menjaga kehormatannya.
Kini, muslimah sendiri yang mengurangi nilai diri mereka dengan berlumba-lumba menyertai pertandingan kecantikan demi meraih gelaran, pengiktirafan dan ganjaran.
Islam datang membawa penawar, agar penyakit masyarakat dapat diubat, tetapi dengan gejala kurang sihat yang melanda ini, penawar akan hilang berganti tuba yang akan mematikan hati manusia.
Justeru, muslimahku, tanyalah hatimu. Antara malu dan mahu, yang manakah kalian perlu?
Kutinggalkan kalian dengan barisan kata-kataku yang lahir dari lubuk hati ini :
“ Menatap foto-foto indah mu, terbit persoalan dihatiku: Sudah semakin pudarkah kecemburuan seorang suami terhadap isteri, telah sirnakah kecemburuan ibu bapa terhadap anak dan telah hilangkah kepedulian sahabat dan teman? Beruntunglah andai suami menegur, bertuahlah andai ibubapa menasihati, bersyukurlah andai teman menegur silap diri, itu tanda masih ada cemburu pada mereka, kerana cemburu itu tanda mereka sangat menyintai dan menyayangi anda.”

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
Jumpa lagi, InsyaALLAH.

Saturday, June 4, 2011

Siapa Kita ???



SIAPA KITA ? jika ditanyakan soalan ini,pasti ramai yang TAHU menjawab kita adalah hamba Allah.Namun,berapa ramai antara kita yang SEDAR bahawa kita hamba Allah?.Ya, ramai manusia hanya tahu tetapi tidak sedar,lantas dia hidup bagai “Tuan” di dunia ini.sikap berlagak, sombong,bangga,tamak,pemarah,kedekut menjadi tabiat. Makna Tahu & Sedar sangat berbeza. Tahu letaknya di akal- dengan memiliki ilmu dan maklumat, sedangkan sedar letaknya di hati- dengan memiliki penghayatan & hikmah.Sedar adalah mendalam,melibatkan kemahuan dan amali. Hakikat sebenar kesedaran boleh kita singkapkan dengan kata hikmah Saidina Ali; “ Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur ( mimpi ),bila mati nanti barulah mereka terjaga ( tersedar )”. Apa yang tersirat pada kata-kata ini ialah seseorang itu pabila mati kelak barulah hakikat kehidupan itu tersingkap. Tika alam kubur menjadi rumah,amalan di dunia penentu bahagia,menyesallah Sang Penderhaka pada Allah Taala yang Maha Esa. Tapi sayangnya,penyesalan tidak berguna,keinsafan tiada makna dek kerana buruan dunia hanyalah nafsu & dosa. Terbabas di jalan dunia akibat buta mata hati. Nah,terpukul jiwa yang masih bernafas dengan nikmat kurniaan-Nya.Alhamdulillah, kita diperingatkan lagi dengan hadith baginda yang bermaksud “ Allah suka orang yang bertaubat,tetapi Allah lebih suka orang muda yang bertaubat ”.

Apa yang dimaksudkan oleh Saidina Ali dengan “tersedar” merujuk kepada mata di hati.Inilah yang disebutkan dalam Al-Quran dalam surah Al-Hajj:46, “ Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi,lalu dengan hati yang mereka miliki dapat memahaminya atau dengan telinga yang mereka miliki dapat mendengar semuanya? Sesungguhnya (mereka tidak memahaminya) bukanlah kerana mata yang buta,tetapi yang buta itu ialah hati yang tersembungi di dada.” Ayuh diri,lihatlah alam dengan mata hati,fikirlah hikmah dengannya,nilailah sesuatu menggunakannya tetapi dengan syarat kesucian & kebersihan hati itu terjaga.Itulah pandangan yang paling tepat dan benar kerna ia mampu melihat apa yang tersirat disertai kesedaran.
Kesedaran adalah gerbang awal kepada perubahan diri.Ia mendorong fikiran,jiwa dan emosi,inilah yang dinamakan SEMANGAT untuk berubah  dalam berperanan sebagaimana dituntut Syariat; menjadi hamba dan khalifah Allah.kita hayati kata hukama, “ Untuk membaiki dunia,baiki manusianya.Dan untuk membaiki manusia, baiki hatinya”.



Sebenarnya, manusia memandang apa jua dengan 4 jenis pandangan : 1) Pandangan mata yang sifatnya selalu menipu. 2) Pandangan akal pula sifatnya selalu tersalah dan terbatas. 3) Pandangan nafsu yang sifatnya selalu melulu serta terbabas. 4 ) pandangan mata hati adalah pandangan yang paling tepat.Hati pada asalnya bers ih dan baik selagi mana tidak dicemari dengan noda dan dosa.
Gunalah mata hatimu dalam merealisasikan visi hidupmu. Tanyakan pada diri “ ke mana umur mudamu sudah kamu habiskan? Sebelum soalan ini ditanya kelak di padang mahsyar. Tetapkan matlamatmu iaitu abdikan diri pada Allah Taala dengan sepenuhnya. 3 Asas membina Ubudiyah adalah Iman yang benar lagi tulus,pegangan yang teguh dengan pertimbangan ilmu dan tuntutan Al-Quran serta beramal dengan pedoman yang betul.


Kata Imam Al-Ghazali: “Carilah hatimu pada 3 tempat... carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat.Jika kau tidak temui juga, carilah hatimu dengan duduk tafakur mengingati mati.Jika kau tidak temui juga,maka berdoalah pada Allah,pinta hati yang baru,kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati”.


Ingatlah diri, mata hati akan celik hanya apabila kita melihat kehidupan ini sejajar dengan kehendak atau ketetapan Allah Taala. Jika tidak, terjadilah apa yang ditegaskan oleh Allah Taala menerusi firman-Nya yang bermaksud; “ Dan sesungguhnya kami sediakan bagi neraka jahanam itu golongan jin dan manusia yang mereka itu mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu ibarat binatang ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” ( Surah al-A’raaf : 179 ).
Wallahua’lam...




Pres/Timb.Pres/Naib Pres




Saturday, May 28, 2011

FASi diperlukan

Empat orang fasilitator lelaki diperlukan untuk program berikut:

KEM SOLAT PERDANA
Tarikh: 15 & 16  Jun 2011
Tempat: Awang's Resort
Peserta: Pelajar Ting 1 SMASID
Penginapan, pengangkutan ke tempat program serta makan minum disediakan


Berminat? Hubungi  Dhuha 0199491643 

Thursday, April 28, 2011

PESANAN LAJNAH PERHUBUNGAN


Assalamualaikum wbt.

Salam ukhwwahfillah. Salam jihad. Salam juang buat sahabat-sahabat Alumni Smasid yang dirahmati Allah sekalian. Memulakan kalam, masih belum terlambat saya kira, saya mewakili Lajnah Perhubungan serta semua  saff kepimpinan Alumni Smasid sesi 2010/2011 ingin mengucapkan salam imtihan buat sahabat-sahabat yang masih atau sedang dalam fatrah imtihan sekarang. Bagi yang masih bertarung di medan peperiksaan, gunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk kita berdepan di medan peperangan minda bersama qalam dan waraqah  imtihan. Jangan pandang remeh pada perjuangan ini kerana kalah menang kita adalah maruah terhadap apa yang kita juangkan! Don’t give up!! Jom tumbangkan nafsu malas dan naikkan semangat study seiring dengan ibadah yang sempurna bagi menjamin kekuatan ilmu yang kita dapat.

Rabbi yassir wala tuassir.. Allahu amen..

Sedikit pesanan dari Lajnah Perhubungan Alumni Smasid 2010/2011,

Bagi sahabat-sahabat ex-smasid, tidak kira mana-mana batch,PMR atau SPM, walaupun hanya bersekolah di Smasid sehingga Form 3,atau hanya bersekolah form4 & form 5, anda amatlah dialu-alukan untuk menyertai sahabat Alumni Smasid. Tawaran ini dibuka kepada semua warga Smasid yang sudah habis belajar di sana. Oleh itu,anda dikehendaki memberi maklumat2 anda (database)  kepada Lajnah Perhubungan.  Ini bertujuan untuk mengumpul semua warga ex-smasid di bawah satu bumbung. <Nanti senang nak contact bila Alumni buat program> (“,)

Maklumat yang perlu dihantar dalam database :

~Nama l Alamat l No telefon l No kad pengenalan l Emel l Kampus l Cos Pengajian l Batch l
Segala maklumat peribadi anda  InsyaAllah akan disimpan dan dijaga dengan baik,usah bimbang yer.. Hanya exco Alumni  yang tertentu sahaja akan tahu.. Don’t worry,be happy!

Bagi memudahkan urusan ‘penyaluran’ database ini,Lajnah Perhubungan menyediakan beberapa pilihan untuk memudahkan sahabat-sahabat, antaranya :

1)     Pilihan 1 : via mesej (SMS)
Ø  Bagi muslimin : msj Helmie ( 0145089263)
Ø  Bagi muslimat : msj Nadwa (0134197140)

2)     Pilihan 2 : emel
Ø  Muslimin : pas_emi@yahoo.com
Ø  Muslimat : nadwa_syifa@yahoo.com

3)     Pilihan 3 : melalui Facebook (FB) Alumni Smasid
      ( hantar melalui mesej di FB yer,bkn kat wall)
Ø  Alumnai smasid

Terima kasih atas jasa baik sahabat sekalian. Semoga tautan ukhwwahfillah kita akan terus berkembang. Sebarang program dan aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak Alumni akan dihebahkan melalui Facebook atau blog alumni atau melalui mesej (sms).

Sekian, terima kasih.

Salam ukhwwahfillah.



P/S : Mohon disebarkan pada sahabat-sahabiah yang lain.

Kami sedia membantu anda! (^_^)
~~Lajnah Perhubungan Alumni Smasid~~
                 

Wednesday, April 27, 2011

KEM KHALIFAH MUDA


Fasilitator dan ahli jawatankuasa pelaksa diperlukan
Tarikh: 30 Jun-2 Julai 2011
Terhad kepada 40 orang terawal
Hubungi segera 013-4160574 sebelum 10/5/2011

Sertakan maklumat berikut:
         1. Nama penuh,
         2. Batch SPM
        

p/s: pemilihan akan diadakan sekiranya penyertaan melebihi had

Tuesday, April 26, 2011

Bila Kesunyian Datang

Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari.

Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana.

Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.

Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna. 


Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.

DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam.
DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.

Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita.

Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa.

Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan?

Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.

Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita.

Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya.

Rasulullah SAW bersabda,
 “ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”

Disediakan oleh :

LAJNAH PERHUBUNGAN ALUMNI SMASID

Saturday, March 26, 2011

WOMEN AND LOLLIPOPS

                             

Thursday, March 24, 2011

22 TANDA HARI KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang. 

Tuesday, March 22, 2011

~Penjualan Baju Alumni SMASID~

Assalamualaikum to ALUMNI SMASID..

SPECIAL FOR U!!!

Monday, March 14, 2011

Antara SABAR dan MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. 

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." 
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Thursday, March 10, 2011

Renungan di Pagi Jumaat

Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja, sahabat saya mengingatkan saya bahawa hari ini Hari Jumaat, penghulu segala hari, banyakkan berselawat, istighfar, bertasbih. Dan sebentar tadi, saya terima email daripada teman sekerja. Menarik cerita ini...

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Wednesday, March 2, 2011

~Kekayaan dan Musibah Anugerah ALLAH~

~Assalamualaikum to all reader~
Alhmdulillah..bersyukur kerana kita masih di beri nikmat yang tak terhingga olehNYA. Moga perkongsian kali ini memberi satu impak yang besar kepada kita dalam menjalani khidupan sebangai khalifah di bumi ALLAH ini..


Let's to follow..

Kebahagiaan, kesihatan dan kesenangan merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Sebagai orang Islam, mensyukuri nikmat Allah merupakan salah satu sifat Mukmin yang dituntut. Hakikatnya, semua ini adalah anugerah daripada Allah kepada hambanya samada ia seorang yang beriman ataupun tidak.

Friday, February 25, 2011

Ujian Allah Mencari Orang Yang Bersabar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Wahai orang yang beriman!Mintalah pertolongan untuk menghadapi susah payah dalam mnyempurnakan sesuatu perintah Allah dengan sabar dan mendirikan sembahyang kerana Allah itu Penolong bagi orang-orang yang sabar"(Al-Baqarah 1:153)

"Demi sesungguhnya kami menguji orang-orang yang sabar itu dengan sedikit perasaan ketakutan,kelaparan,kehilangan harta benda dan orang tersayang dan hasil perusahaan. Khabarkanlah Muhammad berita gembira ini kepada mereka yang bersabar"(Al-Baqarah 1:155)

"Orang yang bersabar itu ialah mereka yang apabila ditimpa dengan ujian maka mereka akan berkata,'sesungguhnya kita milik Allah dan kepada Allahlah kita akan dikembalikan'.mereka ini beroleh Rahmat dan Kebaikan dari Allah serta mereka itulah orang-orang yang mndapat petunjuk".(Al-Baqarah 1:156-157)

Friday, February 11, 2011

APABILA DOSA MELINGKARI, KERJA SERBA TAK JADI ....

   Kerja ni nampak mudah saja. Tapi entah Kenapa, dah berbulan-bulan saya buat belum siap lagi? Hurmmmm, apa nak jadi ni. Lepas satu, satu masalah timbul! Dah buat dahhhhh! Problem lama pun tak selesai lagi, dah dating pulak problem lain. Bertimpa-timpa. Tension! Tensionnya akuuuu!!!

Friday, February 4, 2011

Tuesday, February 1, 2011

Pengumuman - GURU BAHASA ARAB SEMENTARA DI PERLUKAN

Seorang guru Bahasa Arab menengah atas (Tingkatan 4 dan 5) diperlukan di SMASID untuk menggantikan Ustazah Aini yang sedang cuti bersalin selama dua bulan. Sesiapa sahaja boleh (ex-SMASID dialu-alukan). Sebarang pertanyaan, hubungi terus Cikgu Norbiatun di talian 013-9863190. Secepat yang mungkin kerana sesi mengajar bermula lepas cuti Tahun Baru Cina nanti.

Pengumuman - FASI MUSLIMAT DIPERLUKAN

Satu perkhemahan selama 3 hari akan diadakan pada minggu akhir bulan Februari di bawah bimbingan Cikgu Nordin, kaunselor SMASID yang baru, (ex-SMASID 90-an),bertempat di pantai Dungun. Justeru, 6 orang fasi perempuan diperlukan  untuk membimbing adik-adik PRS. Syarat fasi adalah bekas pelajar SMASID, lepasan SPM 2010 turut dialu-alukan untuk menyertai kem ini. TERHAD kepada 6 orang sahaja, Jika lebih, pemilihan akan dibuat.

Sesiapa yang berminat, sila hantar
1) Nama Penuh
2) No Kad Pengenalan
3) Tempat belajar

kepada DHUHA (S/U Alumni) nombor telefon 019-9491643 ATAU melalui mesej Facebook kepada Mohamad Dhuha Mokhtar sebelum 15 Feb 2010.