Rejab bulan Isra' dan Mi'raj. Bulan disyariatkan solat. Solat menjamin penghapusan dosa dan menyahkan segala karat-karat kesalahan hamba dengan tuhannya. Akhirnya manusia mejadi segar, bersih, suci dan menjalani kehidupan sihat yang sebenarnya.
Sabda Rasulullah saw :
مَثَلُ الصَّلَوَاتِ الخَمْسِ كَمَثَلِ نَهْرٍ جَارٍ غمر عَلىَ بَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ مِنْهُ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسَ مَرَّاتٍ قَالَ قَالَ الحَسَنُ وَمَا يُبْقِيْ ذَلِكَ مِنْ الدَّرْنِ
Bermaksud : " Perumpamaan sembahyang lima waktu seperti sungai yang mengalir di hadapan pintu rumah seseorang di kalangan kamu. Dia mandi darinya setiap hari liama kali sehari. "
Al Hasan berkata : " Tidak tertinggal sebarang daki lagi "
HR Muslim.
لا يتوضأ رجل مسلم فيحسن الوضوء فيصلي صلاة إلا غفر الله له ما بينه وبين الصلاة التي تليها
" Tiadaklah seorang muslim itu berwudhu' lalu dia memperelokkan wudhu'nya. Kemudian dia sembahyang satu sembahyang melainkan Allah ampunkan untuknya kesalahan yang berlaku antara sembahyang itu dan sembahyang seterusnya. ".

Rejab Bulan Isra' & Mi'raj, Bulan Solat.
Solat menjadi anak kunci kebaikan dan penutup pintu kejahatan. Ia adalah pemandu kepada amal soleh dan pemelihara dari kerja jahat dan maksiat.
Perbuatan keji dan mungkar menjadi paksi kejahatan dalam hidup manusia. Jika manusia mampu membebaskan diri darinya maka dia adalah golongan baik yang terpilih.
Justeru, golongan ini memilih untuk mendahulukan solat sebelum semua urusan lain sebagai bukti hati yang sejahtera, yang mengagungkan Allah sebenar-sebenarnya.
Firman Allah swt :
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ [3]
" Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Antara kelebihan terbesar solat adalah peranannya yang membantu manusia untuk mencapai kepentingan dirinya samada dalam urusan dunia atau akhirat.
وَاسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ
Bermaksud: " Minta bantuanlah dengan sabar dan bersembahyang " Surah al Baqarah:45.
Panduan ini sangat berguna dalam hidup manusia. Kelemahan adalah sifat semulajadi manusia. Mendapatkan pertolongan dan memohon bantuan adalah suatu yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan.
Maka sembahyang adalah ruang yang terbuka luas untuk manusia mendapat pertolongan yang sentiasa diperlukan itu. Inilah saatnya Allah swt membuka pintu dan menerima manusia sebagai tetamunya. Di situlah tempat mengadu nasib dan di situlah tempat meminta hajat keperluan.

Sesiapa yang memelihara sembahyang, keinginannya untuk melakukan kebaikan, kekuatannya untuk mentaati perintah Allah sentiasa berada di puncaknya. Segala amal soleh dilakukannya dengan penuh iman dan keyakinan.
Kepuasannya adalah untuk berkebajikan dan kebaktian. Hidupnya sentiasa dalam suasana iman atau lebih tepatnya iman di dalam dirinya yang sentiasa hidup.
Sabda Rasulullulah saw :
وقال r «إذا رأيتم الرجل يعتاد المسجد فاشهدوا له بالإيمان، فإن الله يقول: إنما يعمر مساجد الله من آمن بالله واليوم الآخر
Maksudnya : Apabila engkau melihat seseorang itu mebiasakan diri dengan masjid, maka jadilah saksi bahawa dia seorang yang beriman. Sesungguhnya Allah swt telah berfirman : " Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah itu adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat ".Maka solat adalah bukti hati yang makmur dengan kejujuran iman sementara mengabaikannya adalah ciri nifaq dan kufur. Menjaga solat lima waktu bermakna menghidupkan suasana iman dalam kehidupan peribadi dan umat.
Rejab Bulan Isra' & Mi'rak, Bulan Solat.
Meraih kasih Allah menjadi buruan manusia yang berjiwa hamba. Menjadi kekasih Allah bermakna menjadi makhluk yang sentiasa mendapat segala layanan istimewa. Di sinilah terserlah keindahan solat yang membuka jalan menuju kepada pintu yang boleh menerima manusia sebagai kekasih Allah.
عن أَبَي عَمْرٍو الشَّيْبَانِيَّ يَقُولُ حَدَّثَنَا صَاحِبُ هَذِهِ الدَّارِ وَأَشَارَ إِلَى دَارِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي بِهِنَّ وَلَوْ اسْتَزَدْتُهُ لَزَادَنِي
Bermaksud : Dari Abi Amr assyaibani katanya : Tuan punya rumah ini memberitahu kami. Dia menunjuk ke arah rumah Abdullah ( ibn Masuud ) ra. Dia memberitahu yang dia ada bertanya Rasulullah saw: " Apakah amal yang lebih dikasihi Allah ?". Baginda saw bersabda: " Sembahyang di awal waktu ". Ibn Masuud bertanya lagi : Kemudian apakah? Baginda menjawab: " Berbakti kepada kedua ibu bapa ".Beliau bertanya: " Kemudian apakah?" Baginda saw menjawab: " Jihad di jalan Allah ".Demikian baginda memberitahunya. Jika aku meminta tambahan pasti dia akan tambahkan lagi.
HR al Bukhari dan Muslim.
عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَقِيمُوا وَلَنْ تُحْصُوا وَاعْلَمُوا أَنَّ خَيْرَ أَعْمَالِكُمْ الصَّلَاةَ وَلَا يُحَافِظُ عَلَى الْوُضُوءِ إِلَّا مُؤْمِنٌ
Bermaksud: Dari Thauban ra katanya : Sabda Rasulullah saw : " Jejakilah jalan lurus ( istiqamah ) walaupun kamu tidak akan mampu sepenuhnya. Ketahuilah sebaik-baik amal kamu adalah solat dan tidak mampu memelihara untuk sentiasa dalam keadaan berwudhu' melainkan mu'min. "
HR Ahmad,Ibn Majah, Darimi dan Ibn Hibban.Demikian solat berperanan besar mendekatkan pertalian hamba dengan tuhannya. Justeru solat adalah sebaik-sebaik amal bakti dan seterusnya menjadi aktiviti yang paling diredhai Allah terhadap hambanya di bumi. Sekali lagi kita mendapat bantuan dari kerja solat untuk meraih kasih Allah yang menjadikan kehidupan kita bernaung di bawah teduhan rahmah dan inayahNya....

cebisan perkongsian dari,
..:: EXCO TARBIYAH ALUMNAI SMASID 12/13 ::..