Salam Satu Akidah kepada semua pembaca blog alumni smasid yang setia:) Semoga kte sentiasa di dalam rahmat allah, sentiasa di dalam nikmat iman & islam In Sha Allah ^^ Jom same-same kte "Membina Ukhuwah"
Ukhuwah.Manisnya..,pasti ramai yang akan tersenyum ^__^ Ramai orang suka mengangkat ukhuwah di satu tempat yang tinggi.Di dalam kalam,di dalam tulisan,di dalam cerita.Seakan-akan ukhuwah ini adalah satu makhluk yang datangnya dari syurga.Benar,Ukhuwah sangat indah.
Aduhai,siapakah yang membina ukhuwah sedalam-dalamnya??? :)
Atau sekadar mengetahui nama,bergembira bersama ,maka itu adalah ukhuwah bagi kita?Biasanya ,kita melihat ukhuwah hanya pada satu sisi.Aku & Dia.Tetapi kita tidak memperdalamkan ukhuwah kita,kepada aku,dia & keluarganya.
Ukhuwah yang indah adalah ukhuwah yang dalam, tetapi tidak ramai yang senang menerokanya. ^^
Kedalaman Ukhuwah
Kata orang ,kalau berkahwin ,kita bukan berkahwin dengan pasangan kita sahaja.Kita 'berkahwin' juga dengan adik-beradiknya,saudara-maranya & ibu bapanya.
Begitulah juga dalam persahabatan.Apabila bersahabat dengan seseorang,sepatutnya jika mempunyai peluang,kita perlu membina hubungan baik dengan kedua ibu bapanya,adik-beradiknya & sesiapa sahaja yang disayanginya.
Dengan itu menjadi realitilah gelaran ini "Sahabatku,Adalah Keluargaku" .
Keindahan Dalam Ukhuwah
Apa yang terhasil daripada perkara ini adalah ketsiqahan (kepercayaan) antara dia dengan kita. Ini adalah antara projek menawan hati yang paling berkesan.Siapa yang tidak senang melihat seorang sahabat menyayangi keluarga sahabatnya? :) Bahkan, Ana sendiri amat menyenangi sahabat-sahabat yang merapati keluarga ana,bukan sekadar ana sahaja.
Ada Keseronokan & Kelapangan Jiwa
Merapati keluarga sahabat mempunyai keseronokan sendiri yang sangat ajaib ,& ia melapangkan jiwa.
Ana sukar untuk menterjemahkan perasaan ini.Namun ,ana merasainya. Seakan-akan,ini satu tingkat ukhuwah yang baru.
Ukhuwah,Luas Untuk Dieksplorasi
Ukhuwah itu luas untuk kita terokai.Bukan sekadar ' aku & dia ' .Hidup akan lebih bahagia,