Saturday, December 29, 2012

Keberkatan ilmu Mengejar kuantiti “A” atau kualiti “A”??


Nabi s.a.w. bersabda; “Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.” – Sahih Muslim

Ramai yang lupa untuk berbicara tentang keberkatan ilmu.
Tuntutan menuntut ilmu sangat jelas Allah rakamkan dalam surah Al-Alaq.Cantik susunan ayat yang Allah mulakan dengan lafaZ amar (wajib) iaitu" اقرأ" dalam ayat pertama اقرأ باسم ربك الذى خلق dan diakhiri dengan ayat 19 كلا لا تطعه واسجد واقترب. Lafaz “ واسجد واقترب ” sangat membawa kesan dan makna yang besar dalam proses menuntut ilmu..

Ini bererti, tuntutlah ilmu sebanyaknya, tidak kira ilmu dunia atau akhirat, tapi pastikan akhirnya ilmu itu akan bawa kita sujud dan berdamping pada Allah..sebab itu dimulakan dengan “Bacalah” dan akhirnya “Sujudlah dan Berdampinglah “ pada Allah.pemula dan pelengkap ayat yang sangat hebat.masyaAllah

Jika sesuatu ilmu itu mampu membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah maka ilmu itu adalah berkat insyaallah.tapi sekiranya ilmu yang banyak dalam dada kita tetapi kita semakin jauh dari Allah. Takut-takut ilmu itu tidak diberkati Allah, malah menjadi fitnah yang memudharatkan diri dan ummah.
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran serta menuntut ilmu.
Buat pemburu dunia dan pencinta ilmu, jangan pula kita memberi alasan, sahabat nabi tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.
Simbolik dalam menuntut ilmu.
Ramai yang terlalu memandang pada bilangan  “A” yang di capai untuk mengukur sesuatu kejayaan tapi hakikatnya Bukan kuantiti “A” yang kita cari dalam sesuatu imtihan, tapi KUALITI “A” yang anda dapat darinya.Tak bererti yang banyak itu cemerlang dan yang sikit itu bodoh.belajar lah menjadi orang yang faham bukan orang yang cemerlang.kerana ”semua yang faham adalah orang yang cemerlang,tapi bukan semua yang cemerlang itu orang yang faham “
Bila mana kita meletakkan bilangan menjadi kayu ukur. Kita akan lupa untuk meneliti soal keberkatan.
Jadi tidak mustahil, suatu ketika nanti semua universiti akan melahirkan ramai graduan-graduan tetapi tidak berkualiti..mereka menjadi seperti buih di lautan biru berkaca tapi akan pecah begitu sahaja ditiup angin bayu. Kerana ape? Kerana keberkatan ilmu yang sebenarnya akan membuahkan akhlak yang mulia, contoh teladan yang baik.maka tidak mustahil tanpa keberkatan ilmu ramai penuntut ilmu akan jadi seperti boneka yang tiada jati diri, yang masih dibelenggu dengan krisi identiti muslim yang sejati .
Akhirnya, sama-sama kita mengejar kefahaman ilmu untuk mendapat keberkatan dan manfaat darinya.mohon lah kefahaman dari yang MAHA FAHAM.moga-moga dengan ilmu yang berkatan menjadi sebab yang kukuh untuk Allah masukkan kita ke jannah yang indah.insyaallah.

Add caption

Friday, December 28, 2012

Di kala hati disentuh




2 Unsur Dalam Diri Kita Iaitu Hati Dan Jasad

- Menurut Ibrahim Bin Adham
Kite Membunuh Hati Kita Perlahan2 Tanpa Kita Sedar 

~astaghfirullahalazim~ 8 perkara



1-Kita Tahu Hak Allah Tapi Kita Tak Tunaikan Hak Itu
(ex :Kita Tahu Amar Ma’ruf Itu Mesti Tapi Kita Alpa)


2-Kita Mengaku Al-Quran Sebagai Wahyu Tapi Kita Tak Laksanakan Apa Yang Diperintahkan
(ex: Kita Tahu Batas Aurat Kita, Tapi Kita Masih Dedahkan)

3-Yaa Kita Cinta Dan Sayang  Nabi Tapi Kita Abaikan Sunnahnya
(ex: Kita Tahu Nabi Seorang Yang Sangat Sopan Dalam Berkata-Kata Tapi Kita Masih Terpekik Terlolong Sana Sini)

4-Kita Memag Takut Mati Tapi Kita Langsung Tak Bersedia Untuk Mati
(ex: Kita Tahu Azab Kubur Pedih Tapi Kita Masih main-main dan bergurau)

5-Kita Tahu Syaitan Itu Musuh Tapi Kita Ikut Jugak
(ex: Kita Tahu Membazir Itu Best Friend Syaitan Tapi Kita Follow Juga)

6-Kita Takut Neraka Tapi Pelik Bin Ajaib Kita Senang Buat Maksiat
(ex: kita benci makan daging sahabat tapi kita tetap mengumpat)

7-Kita Nak Syurga Tapi Kita Malas Beramal Soleh
(ex: kita mudah Layu Dek Bisikan Manja Syaitan Untuk Qiam “Tidur Lah Malam Masih Panjangggg”)

8-Kekurangan Diri Dilupakan, Tapi Kekurangan Orang Lain Diingati N Dibesar Besarkan
(ex: kita Suka Mengata Kenape Si Fulan Tu Gemook Sangat Tapi Kite Lupe Kita Pun Pakai Baju Xxxxl)

semua perkataan "kita"..kita hebat kerana islam,islam rosak kerana kita..tapi hakikatnya islam akan tertegak walau tanpa "kita"

Jom Muhasabah Bersama!!!

Add caption
No Pain ,No Gain

Berkata Sheikh Nasiruddin Al-alBani Rahimahumullah :

Jalan menuju Allah panjang........
Dan kita pergi kepadaNya seperti penyu...

Bukanlah tujuannya untuk kita sampai ke penghujung jalan...
Akan tetapi tujuannya adalah untuk kita mati di jalan itu..

طريق الله طويل .. ونحن نمضي فيه كالسلحفاة 
وليست الغاية أن نصل لنهاية الطريق !

ولكن الغاية أن نموت على الطريق .

Monday, December 24, 2012

K.E.H.I.D.U.P.A.N

Hidup Terasa Payah? Hidup Terasa Sesak?

  Ada waktu kita rasa sedemikian.Kadangkala apa yang kita usahakan seakan tidak membuahkan hasil .Bahkan lebih teruk lagi,usaha kita menghala ke arah lain yang kelihatannya lebih memberikan keburukan kepada kita .

 Kadangkala kita memandang ke langit dan menjerit, "Ya Allah,kenapa hidup aku begini?"

Tertanya-tanya.Rasa seperti hendak menyalahkannya.Kita percaya bahawa kehidupan kita tertakluk dalam takdirnya .
Mengapa aku disusahkan?Bermain-main dalam jiwa.Namun hakikatnya,apakah benar kita disusahkan?Atau hakikatnya kitalah yang menyusahkan diri kita sendiri?


Kehidupan kita di atas apa ?
Melihat semula kehidupan kita ,di atas tapak apakah kita berpijak?
Apakah di atas tapak yang dibina dengan keimanan kepada Allah atau di atas tapak nafsu rekaan manusia?




  Adakalanya sebahagian kita telah menyangka bahawa kita telah mendirikan kehidupan kita di atas Islam sepenuhnya.Akhirnya,kita berkata,"Aku sudah amalkan Islam pun masih susahkan?"

Apakah betul bahawa kita telah mengamalkan Islam secara benar?

Allahuakbar!!!! "Sama-sama kita tepuk dada ,Tanyalah Iman"?


"Dan jika Allah mengenakan(menimpakan) engkau dengan bahaya bencana ,maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan dia sendiri,dan jika DIA mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan,maka DIA adalah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu"

(Al-An'am 6:17)


Ayuh sahabat-sahibah sama-sama kita memandang positif kepada kesukaran.Sesungguhnya ujian adalah tarbiyah dari Allah kepada kita.Itu adalah ungkapan yang menjadi motivasi diri ana sendiri:)
Semoga kita sentiasa di dalam lindungan Allah s.w.t.


Salam Satu Akidah  ^___^,

Setiausaha/Timbalan Setiausaha
Persatuan Alumni Smasid 12/13





































































































Sunday, December 16, 2012

KRONOLOGI PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI SMASID


11.   Semua tuan puan sedia maklum tentang penubuhan sekolah kita Sek. Men. Agama Sultan Ismail Dungun yg ditubuhkan sejak tahun 1958.

22.  Rentetan daripada itu, maka lahirlah beribu-ribu alumni SMASID yang telah membanjiri masyarakat dalam pelbagai bidang baik pekerja biasa sehinggalah bidang professional.   Tidak kurang juga yang mendapat pengiktirafan kerajaan seperti Tan Sri Ismail bin Mat. Mendapat pengiktirafan Media seperti ustaz Muhd Hafaz bin Hj Ali dan ramai lagi.

33.  Bermula daripada itulah Persatuan Alumni SMASID mengorak langkah bertatih dan sehingga kini terus komited menjadi medan untuk mengumpul serta merapatkan silaturahim sesama ahli dan sebaris dengan pihak sekolah menabur bakti kepada warga SMASID.

44.   Sejarah penubuhan alumni dikesan bermula semenjak tahun 60-an lagi. Namun penubuhannya tidak bertahan lama kerana ianya ditubuhkan mengikut batch. Maka batch selepas itu tidak ada pengganti bagi meneruskannya dan masing-masing sibuk dengan komitmen masing-masing seperti keuarga dan kerjaya.

55.  Terdapat juga penubuhannya mengikut kumpulan batch seperti alumni tahun 80-an yang menumpukan kepada batch 1982-1987.

66.  Pada tahun 2002, beberapa kumpulan alumni batch 2002 yang kesemuanya adalah lepasan  batch tingkatan 6 tahun 2001 telah menubuhkan Persatuan alumni yang bukan menumpukan batch. Penubuhannya adalah secara berterusan dan tidak mengira batch.

77. Alumni batch mereka telah mampu melahirkan pelbagai pelapis sehingga batch saudara Kamalul Zaman b Luqman. Namun terhenti pada tahun 2005 atas sebab-sebab tertentu dan sehingga itu alumni hanya menumpukan kepada aktiviti-aktiviti utk pelajar sekolah dan program tahunan alumni seperti Jamuan Aidilfitri dan program bersama dalam kuantiti batch yang kecil dan terhad.

88.  Pada awal tahun 2008, atas inisiatif beberapa alumni batch 2004 dan 2006, membuat perbincangan bersama saudara Abd Hadi(Setiausaha Alumni ketika itu) telah bersetuju untuk mendaftarkan alumni dibawah sekolah.  Sebelum itu, alumni membuat program untuk sekolah adalah melalui kelab atau persatuan sekolah seperti Persatuan Bahasa Arab (PAIBA) dibawah arwah Ustazah Rokiah.

99.  Akhirnya pada September 2008, Perlembagaan Persatuan Alumni SMASID telah disahkan dibawah sekolah melalui pengesahan Pemangku Pengetua, Cikgu Hajah Norbiatun. Secara automatiknya, Alumni adalah sah dibawah SMASID.

110. Pada akhir tahun 2008 iaitu dalam pertemuan AidilFitri, Saudara Abd Hadi telah membubarkan organisasi  alumni batch mereka dan menyerahkan segala urusan alumni kepada batch kami.

111. Bertatih dan merangkak  tanpa pengalaman yang luas, kami cuba membangunkan Persatuan Alumni  SMASID. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan sokongan semua pihak terutama exco-exco alumni, kita kini telah diiktiraf penubuhannya oleh PIBG. Alumni telah menjadi sebahagian drp Organisasi besar sekolah dimana persatuan kita diletakkan dibawah Persatuan PIBG pada tahun 2011.

112.  Alhamdulillah, Alumni sesi ini tidak lagi menumpukan kepada sesama batch atau kumpulan batch, tetapi ia adalah Persatuan milik semua. Selagi mana dia bergelar alumni SMASID iaitu seseorang yang pernah mendaftar masuk belajar di SMASID walaupun sehari dan keluar darinya sama ada kerana tamat belajar, tukar sekolah atau kena buang atas apa sahaja sebabnya.

113.  Alumni ini bukan milik seseorang, namun milik kita semua. Jadi marilah kita, semua bekas pelajar SMASID bersama-sama memberikan sokongan sama ada secara fizikal, buah fikiran, tenaga, wang atau apa sahaja demi melihat Persatuan kita ini terus maju dan bermanfaat kpd kita semua.

114.   Tema kita yang akan kita tatap bersama: 
“SEKALI KITA BERSUA WAJAH, SELAMANYA KITA BERTAUT UKHWAH”

-SEKIAN TERIMA KASIH-

(HAFIZUL FARIS BIN CHE RAZLAN, PRESIDEN ALUMNI SMASID SESI 2012)

Thursday, December 6, 2012

PEMBUKA TIRAI ALUMNI SESI 2012/2013


Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt kepada seluruh ALUMNI SMASID  yang di rahmati oleh ALLAH ..

Alhamdulillah. Segala puji dan syukur kita panjatkan kehadrat Allah, selawat serta salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W ,seluruh keluarga baginda, para tabi’en, sekalian ulamak as-solihin dan para pejuang, dan mata rantai-mata rantai perjuangan ini.

Pertamanya,kami dahulukan setinggi-tinggi ucapan Tahniah kepada seluruh saff kepimpinan ALUMNI sesi 2010/2012 di bawah pimpinan  Yb Hafizul Faris bin Che Razlan dan Ustazah Khairiyah Binti Sulong atas usaha dan komitmen mereka dalam membawa dan merencanakan ALUMNI sehingga berada pada hari ini. Semoga segala usaha dan amanah yang telah dilaksanakan oleh mereka mendapat nilaian sebaiknya di sisi Allah SWT.

Sebelum kami meneruskan kalam ini, suka untuk kami mengajak seluruh sahabat ALUMNI untuk  sama-sama bermuhasabah. Kami masih teringat kata-kata dari arwah Ustazah Rokiah : Jangan di Tanya apa sumbangan sekolah  kepada kamu,tapi tanyalah  apa sumbangan kamu kepada sekolah.Dengan kata-kata ini,ia memberi satu suntikan yang besar buat sahabat ALUMNI.Jadi  selaku insan yang acap kali mengaku diri sebagai tenaga kepada pelapis Islam ,ayuh sama-sama kita bersatu demi melihat natijah yang kita semua impikan tercapai dan semoga semangat perjuangan  kita ini tidak akan pernah tergelincir daripada landasan perjuangan yang asal iaitu Islam.Insya ALLAH

Atas dasar inilah, Allah SWT telah mempertemukan kita melalui wadah PERSATUAN ALUMNI SMASID demi mewujudkan satu kesinambungan perjuangan mendidik adik-adik SMASID yang memerlukan pengalaman dari ALUMNI untuk mencapai satu cita-cita yang murni dan merapatkan lagi ukhwwah dikalangan ALUMNI SMASID.

Kepimpinan baru bukanlah bermaksud yang terbaik dalam kalangan kita, bukanlah yang paling hebat dalam kalangan kita, namun merekalah yang bertindak sebagai barisan utama yang akan menjayakan misi dan visi persatuan ini sedaya upaya mungkin dan meletakkan “nasrullah” itu sebagai senjata utuh dalam perjuangan ini.

Oleh itu, meminjam kata-kata hikmat seorang tokoh Islam yang ulung dalam memimpin, Khulafa’ Ar-Rasyidin yang pertama, Saidina Abu Bakar As-siddiq:

“ Wahai semua yang hadir, saya dilantik menjadi pemimpin kamu,pada hal saya bukannya orang yang terbaik dalam kalangan kamu. Sekiranya saya seorang yang berlaku baik,bantulah saya, sekiranya saya berlaku buruk, perbetulkan saya. Benar itu amanah dan bohong itu khianat. Orang yang lemah di sisi kamu menjadi kuat di sisiku sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat pula menjadi lemah di sisiku sehingga aku bertindak dengan cara yang benar (adil). InsyaAllah, tiada seorang meninggalkan kewajipan berjihad (menegakkan Islam) maka sesungguhnya tidak ada kaum yang meninggalkan kewajipan jihad itu melainkan Allah menghukum mereka menjadi hina. Taatilah aku selagi aku mentaati Allah dan RasulNya,jika aku menderhakai Allah dan RasulNya,maka kamu tidak wajib mentaatiku..”

Justeru, bagi menjayakan VISI besar ALUMNI pada sesi kali ini ialah

Memupuk ukhwwah islamiah dengan menjadikan ALUMNI sebagai satu wadah perantaraan untuk menyumbangkan kepada diri,sekolah dan masyarakat bertunjangkan ALQURAN dan ASSUNNAH.

Jadi,kami ingin merumuskannya kepada LIMA misi utama iaitu:

1) Membina fikrah Islamiyyah serta melahirkan insan ta’dib sebagai hamba Allah, anak dan pelajar berasaskan al-Quran dan as-Sunnah.
2) Mengumpul maklumat alumni-alumni SMASID secara sistematik.
3) Memperkukuh kebajikan berkaitan Alumni SMASID.
4) Memperluas maklumat berkaitan Alumni dalam meningkatkan kemahiran IT dan teknologi maklumat di kalangan pelajar SMASID.
5)Membentuk modal insan yang berintelek dalam meningkatkan pengurusan jana ALUMNI.

ANTARA PERANCANGAN ALUMNI SESI 2012/2013 IALAH:

1) Pembukaan Akaun Persatuan Alumnai Smasid
2)Jaulah ke rumah sahabat-sahibah Alumnai Smasid
3)Menziarahi Guru-guru Smasid
4)Pertemuan Alumnai Smasid Dengan Adik-adik
5)BBQ “Tautan Ukhuwwah” (Dah Dijalankan)
6)Promosi Untuk Tshirt Muslimin & Tshirt Muslimah Dengan Design Terbaru & kini tempahan dibuka sehingga bulan Januari 2013
7)Bengkel Multimedia
8) Pertandingan Mereka Cipta Design Baju Menggunakan Logo Alumnai Smasid(Dah Dijalankan)
9)Kem Untuk Adik-adik dengan kerjasama Sekolah
 10)Family Day bersama Alumnai Smasid
11)In Shaa Allah kami juga akan menjual beberapa jenis produk untuk menjana lagi ekonomi Persatuan Alumnai Smasid seperti:
-Air Zam-zam
-Button / Badge
-Kismis Doa
12)Dalam proses pengumpulan data -data Alumnai


"Semoga Allah Permudahkan":)
Mohon Doa Dari Semua Alumnai Smasid ^__^

SALAM UKHWWAH FILLAH ,

SAFF PIMPINAN ,
PERSATUAN ALUMNI SMASID ,
SESI 2012/2013.