Thursday, November 15, 2012



CONTOHI HIJRAH RASULULLAH S.A.W


KISAH HIJRAH RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.

Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.


Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

 Marilahlah kita melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik, semoga Allah menerima amalan kita semua. SALAM MAAL HIJRAH 1434 H.


..:: EXCO TARBIYYAH 12/13 ::..



Saturday, November 10, 2012

Indahnya Sabar


Pahala bagi orang-orang yang bersabar menurut Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

"Sabar itu ada tiga:

1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di Syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.

2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.

3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi yang paling tinggi."

Dalam al-Quran yang suci Allah telah berfirman yang bermaksud:

Katakanlah:"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesunnguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar ayat 53)

Kita sebagai hamba-Nya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan, jadi bertaubatlah kepada Allah Yang Maha Mendengar taubat. Semoga sinar hidayah menerangi kehidupan kita dan menjadi hala tuju kita untuk ke Syurga Allah yang kita idam-idamkan, Insya-Allah


Ya Allah,
Ku menadah kedua belah tanganku untuk memohon kepada-Mu, Ya Rabb!
Aku mohon Ya Allah supaya engkau memelihara hati-hati kami dan seluruh jasad kami daripada melakukan maksiat kepada-Mu Ya Allah,
Kami adalah hamba-Mu yang kerdil lagi hina ya Allah,
Kami bertaubat kepada-Mu dengan apa yang telah kami lakukan kepada-Mu selama ini Ya Allah,
Dosa-dosa yang menggunung tinggi Ya Allah,
Engkaulah Yang Maha Pengampun,
Ampunilah dosa-dosa kami,
Kami mohon Ya Allah supaya Engkau pelihara kami daripada hasutan Syaitan yang direjam,
Terimalah taubat kami ini Ya Allah.

Semoga kita sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah, Insya-Allah.



- Lajnah kebajikan alumni smasid 2012/13 -


Sunday, November 4, 2012

PENGHARAPAN KITA KEPADA ALLAH




 Manusia kadang-kala mengalami perasaan sedih, kecewa, marah, gembira, bahagia, takut dan sebagainya yang boleh mengubah tindakan seseorang itu daripada perlakuan biasa seseorang manusia. Juga daripada pemikiran yang waras kepada perlakuan atau akhlak yang tidak dituntut dalam ajaran Islam. Islam menggalakkan umatnya untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana adanya konsep tawakal atau berserah dan pengharapan kita kepadaNya dalam setiap apa yang kita kerjakan contohnya  apabila kita sedang memandu kenderaan, ketika kita hendak tidur, ketika kita menyiapkan tugasan dan sebagainya. Apabila kita berdoa, kita seolah-olah telah membina satu jambatan untuk kita sampaikan keingingan atau sesuatu yang kita hajatkan kepada Tuhan.            

                Sebagai seorang mahasisiwa Islam yang terpaksa memikul amanah yang besar iaitu untuk belajar dan mencari ilmu di universiti atau kolej ini sememangnya menguji kekuatan dan ketahanan kita dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Kita bukan sahaja datang ke kuliah-kuliah pusat pengajian untuk balajar tetapi juga berperanan dalam menjadi seorang da’ie atau pendakwah Islam yang menyeru kepada Allah SWT. 

                 Segala gerak kerja yang kita lakukan ini, perlulah selari dengan pengharapan kita kepada Allah SWT kerana kita merupakan hamba yang mahukan setiap perbuatan kita  mendapat keredhaan dan keberkatanNya.Doa seseorang hamba  yang bersungguh-sungguh dan ikhlas akan menjadi penghubung kepada seseorang dengan penciptanya. Doa yang kita pohon mestilah sesuatu yang baik  seperti dalam firman Allah dalam Surah Al-Baqarah yang bermaksud: “Maka di antara manusia ada yang berdoa, ‘Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia’. Dan tiadalah baginya kebahagian di akhirat. Dan di antara mereka ada yang berdoa, ‘Ya Tuhan kami, berilah  kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.’ Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagian dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah sangat cepat perhitungan-Nya.” (Al-Baqarah: 200-202)     

Janganlah kita bersedih jika sesuatu yang kita mohon atau hajatkan kepada Allah SWT tidak dimakbulkan kerana semua yang berlaku itu mungkin ada hikmah di sebaliknya dan Allah ingin menguji hamba-hambaNya supaya terus istiqamah untuk berdoa kepadaNya. Malahan Nabi Zakaria  sendiri pernah diuji di mana baginda tidak dikurniakan anak disebabkan isteri baginda tidak dapat melahirkan anak. Walaupun begitu, baginda tidak putus harapan sehinggalah usia baginda sudah lanjut dan memohon doa serta pengharapan kepada Allah supaya dikurniakan anak. Akhirnya doa Nabi Zakaria dimakbulkan dan dikurniakan serang anak lelaki yang bernama Yahya seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran. Semoga segala sesuatu yang kita lakukan dan disertakan dengan doa akan dipermudahkan serta mendapat keredhaan daripada Allah SWT. InsyaAllah.

oleh:
 mohd azizul bin talib...exco ekonomi

Saturday, November 3, 2012

UCAPAN KHAS BUAT ADIK-ADIK SMASID FORM 5 2012
Selamat mengahadapi peperiksaan SPM adik-adik form5 2012 pada 5 November 2012..^^ semoga berjaya semua! 

Dan Allah S.W.T berfirman, 

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ 

“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.” 
(Al-Mukmin: 60).
"Ya ALLAH, aku manusia lemah, namun ENGKAU tentukan kesusahan dan kepayahan buat aku sedangkan aku lemah dalam menanggungnya. Tidak mengapalah Ya ALLAH, aku berharap dengan keadaanku ini ENGKAU akan belas kasihan padaku dan membantu aku mengatasinya"

Doa
Usaha
Ikhtiar
Tawakkal

ingatlah.!!bukan senang nak senang..bukan susah nak susah... so,anda penentu masa depan anda...^^ berusaha lah bersungguh-sungguh adik-adik supaya tidak menyesal di kemudian hari...chayok chayok!!! ^^


EXCO MULTIMEDIA...