Thursday, December 30, 2010

Mutiara Hadis

"Perbandingan orang-orang mukmin dalam berkasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka & dalam rasa simpati mereka adalah laksana tubuh badan yang satu...."- hadis riwayat bukhari & muslim

Friday, December 24, 2010

Keputusan PMR 2010

     Tahniah buat adik-adik yang telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Semoga kejayaan ini merupakan pemangkin bagi mencapai kejayaan yang lebih bermakna pada masa hadapan. Ingat, tingkatan 4 bukanlah masa untuk berbulan madu, tetapi gunakan masa tersebut dengan sebaiknya sebagai persediaan menghadapi tahap yang lebih mencabar, SPM

      Bagi yang kurang berjaya, usahlah bersedih kerana PMR bukanlah penentu segala-galanya. Tebuslah kesalahan anda dengan pencapaian yang cemerlang dalam SPM.
 
     Teruskan usahamu agar Islam tetap dijulang tinggi


Wednesday, December 15, 2010

Surat kepada AJK Alumni 10/11 untuk dikongsi bersama ahli.

Warkah buat semua Ahli Jawatankuasa Alumni Sesi 2010/2011.

Salam Maal Hijrah 1432 buat semua Ahli Alumni SMASID sesi 2010/2011. Sedikit renungan buat semua Ahli, memandangkan kita mempunyai banyak komitmen di kampus masing2 sebagai seorang pelajar, dan tidak kurang juga mereka yang bergiat aktif dalam persatuan-persatuan atau badan-badan dalam dan di luar kampus atau di mana sahaja, maka semestinya masa kita menjadi amat terhad. Tahniah dan takziah diucapkan memandangkan kita telah diberikan kepercayaan oleh pihak alumni lepas untuk meneruskan perjuangan membentuk satu biah (suasana) di bumi tempat kita semua ditarbiah, SMASID.

 Merujuk kepada cadangan asal kita adalah memperkuat semula Persatuan Alumni selepas melalui 7 tahun yang suram tanpa sebarang khabar bermula tahun 2002, iaitu membantu adik-adik di sekolah dalam membentuk biah Solehah iaitu satu suasana yang sarat dengan nilai-nilai Islam yang kita semua idam-idamkan berlaku di sekolah kita walaupun kita semua hatta ana sendiri tidak pernah merasainya sepanjang kita berada di bangku sekolah dahulu.
          
            Tahun 2010 ini, kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes yang jika dinyatakan di sini amat mengaibkan banyak pihak. Penyakit sosial yang tidak terkawal terus merebak menyusup masuk dengan cepatnya ke dalam sekolah kita. Keadaan ini bertambah malang apabila pelajar-pelajar yang mempunyai kesedaran untuk mencegah perkara ini amat sedikit jumlahnya. Lebih memburukkan keadaan, mereka sering diugut dan diancam dengan pelbagai ancaman oleh pelajar-pelajar yang bilangannya amat ramai. Mereka diugut dan dilemparkan dengan pelbagai cacian tanpa dibela dan dipertahankan pendirian mereka. Tambahan, usaha menangani masalah ini kurang menampakkan hasilnya apabila segolongan pendidik SMASID hanya menumpukan perhatian terhadap akademik semata-mata bukan keperibadian. Dengan kata lain mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada pihak guru

Ana sering mendengar rintihan adik-adik yang menyatakan mereka kadang-kadang jadi putus asa dan tidak kurang juga mereka yang jadi senyap terus daripada kerja-kerja menyeru pelajar lain ke arah kebaikan dan mencegah yang mungkar. Kadang-kadang mereka mengadu tiada sokongan daripada sesiapa hatta cikgu-cikgu sendiri. Ada yang menjadi murung dan pendiam tidak terkecuali bertukar menjadi agresif setelah dikenakan dan dipencilkan oleh sebilangan pelajar yang nakal dek kerana pendirian pelajar ini yang bertindak mencegah dan menegur mereka yang berkelakuan bertentangan bukan sahaja peraturan, bahkan juga syariat Islam yang kita agung-agungkan.

Ana sekadar melontarkan pandangan di sini bahawa amatlah malang bagi kita selaku abang-abang dan kakak-kakak yang telah diberikan kejayaan dari sudut akademik dan sakhsiah oleh Allah setelah bertahun-tahun ditarbiah di bumi SMASID mengambil pendirian untuk duduk diam dan sekadar berpeluk tubuh seolah-olah tiada apa yang berlaku. Berhati-hatilah dgn Hadith Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa celakalah mereka-mereka yang telah meninggalkan generasi yang teruk selepas mereka.

Jadi di sini, ana sebagai orang yang diberi amanah oleh Allah melalui pilihan sahabat-sahabat Alumni lepas, selaku Presiden ingin menyeru semua line up atau ahli jawatankuasa (AJK) Alumni SMASID 2010/2011, untuk bersama-sama menggemblengkan tenaga dan apa sahaja termasuk wang ringgit dan sedikit masa bagi membawa usaha dakwah kepada adik-adik di SMASID selaku generasi penerus kepada agama dan bangsa kita. Kerja kita selaku abang-abang dan kakak-kakak hanyalah sebagai suppoter dari luar kepada adik-adik melalui BADAR serta badan-badan dan persatuan-persatuan berpengaruh di sekolah seperti pengawas dan Asrama dari sudut akhlak dan sakhsiah mereka.

Guru-guru di sekolah termasuk Pengetua ada melahirkan perasaan berbesar hati kepada ana sewaktu ana berjumpa dengan beliau untuk Kem Generasi Idaman 1 tempoh hari. Beliau juga menambah agar Persatuan Alumni ini dapat menjadi satu badan luar yang bersama-sama membantu sekolah dalam mendidik dan mentarbiah para pelajar di SMASID sebagaimana persatuan-persatuan Alumni sekolah lain.

Kita mengambil pendirian untuk mengambil peranan bagi menumpukan perhatian terhadap aspek  akhlak dan sakhsiah para pelajar dan tidak dalam aspek akademik adalah kerana, pihak sekolah telah pun menumpukan perhatian secara langsung dan serius dalam bidang akademik melalui pelbagai program dan pemberian dana yang tinggi oleh Kementerian Pelajaran dalam aspek akademik para pelajar.

Oleh itu, halangan kita hanyalah berbentuk kewangan untuk membuat kem dan program berbentuk pembentukan sakhsiah adik-adik dan juga halangan dari sudut komitmen daripada ahli-ahli bekas pelajar SMASID yang rata-ratanya kurang menunjukkan minat untuk membantu sekolah setelah mereka keluar dari SMASID. Kita mestilah mengelakkan diri kita dan mengajak kawan-kawan kita daripada dikenali sebagai ‘ibarat kacang lupakan kulit’ dimata adik-adik dan guru-guru.

Jadi, amatlah wajar kepada kita selaku line up Alumni SMASID yang telah diberikan kepercayaan untuk menjadi pemula dan penggerak utama kepada misi yang mulia ini. Mungkin usaha ini tampak ‘gila sekolah’ di mata mereka yang tidak faham, namun yakinlah dan tanamkan pendirian yang kukuh dalam diri anda masing-masing bahawa usaha ini adalah diredhai Allah. Usaha membentuk satu Generasi unggul mengikut acuan Islam dan usaha menyeru manusia kepada kebaikan. Mungkin dulu kita dikenali tidak baik di sekolah, jadi inilah masanya untuk  kita membaikinya semula dengan memberikan sedikit pengorbanan sekadar termampu kita.

Masih terngiang-ngiang di telinga ana ini kata-kata arwah Ustazah Rokiah di dalam satu perhimpunan pagi semasa ana tingkatan 5, “Janganlah kamu tanya apa yang sekolah telah berikan kepada kamu, tetapi tanyalah diri kamu, apa yang telah kamu berikan kepada sekolah”.

Ana tutup warkah ini dengan satu kata-kata sebagai renungan semua. Kerja dakwah adalah kerja yang menjadi kewajipan kepada setiap orang yang bergelar Muslim. Hadith Rasulullah SAW telah menyatakan, ‘Sesiapa yang menyebut “LaIlahaillallah, Muhammadarrosulullah” maka dia adalah pendakwah’. Jadi, tanya diri kita, usaha apa yang telah aku buat demi Islam? Hari ini, ape yg dah aku buat untuk Islam? Adakah aku rindukan syurga abadi? Justeru itu, sama-samalah kita jadikan usaha yg sedikit ini sebagai bukti di hadapan Allah pada hari akhirat kelak bahawa kita telah pun melakukan sedikit usaha untuk menaikkan Islam. Sedangkan hakikatnya ana bersumpah bahawa usaha ini hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan dakwah Rasulullah SAW.
.
Sekian Terima Kasih


Hamba Allah yang hina,
Hafizul faris
(Presiden Alumni SMASID 10/11)                                                                            15/12/2010

Saturday, December 11, 2010

Sekolah Menengah UGAMA Sultan Ismail Dungun




Dalam Kenangan

AHLAN WASAHLAN

BismillahirRahmanirRahim
Semoga Allah memberkati penubuhan blog ini